Sunday, 10 May 2015

Zoo Melaka 2015

Salam dari Senaling,

Besar hikmahnya bila terpaksa melajakkan diri ke Terminal Kenderaan Berat Gangsa, Durian Tunggal. Syukur. Tersenyum-senyum aku update blog bila kenangkan betapa dekat rupanya Pilah dengan Melaka. Spesis kaki jalan macam aku ni, asal dapat akal nak berjalan-jalan dengan mudah pun dah cukup bahgia. Mihmih.

Zoo Melaka. Zoo Melaka lagi. Tahun 2011 dah pergi sekali. Amni Amin Iman pun dah pergi tuk trip kindergarden durang. Tahun 2015 kami pergi lagi.  Nak wat caner, kids easily attached with animals. Tapi ibu kids pun sama tolak campur darab bahagi pun sebenarnya happily attached with animals, or to be more specific - with nature.

Sampai Zoo terus carik surau sebab ngam masuk waktu Zuhur. Ada surau dalam Zoo, tapi kami gi surau di luar yang banyak gerai jual macam-macam tu.

Antara entiti yang menarik perhatian kami sekeluarga di salah satu gerai luar Zoo ni.

Menatang ni kalau tengok memang real. Berpusing-pusing menatang ni mengejar bola. Comel kiut ah. Aku tertanya-tanya jugalah, binatang apakah ini? Tokey kedai tah gi mana. Solat kot. Tanak membazir masa gamaknya, En. Ayah dengan yakin berkata, "Ini tupai laut". Perghhhh tahap keyakinan beliau hingga level maksima  sehingga aku percaya tanpa banyak soal. 

Jom masuk Zoo selepas tinguk haiwan pelik tadi dan bayar berapa eh? Aku tak ingat sebab perhatianku sebenarnya tertumpu kepada peta  Zoo fotostat yang adik kat kaunter tu bagi. Mula tu aku fikir... Peta? Perlukah? Jawapannya ialah PERLU. Pergi mana-mana memang kena tengok peta. Tak kisahlah dalam atau luar negara. Tak yah bajet poyo walau pun tempat tu kau dah pergi setiap tahun. Kalau masuk setiap hari, mungkin ada pengecualian.

Peta banyak membantu untuk cari jalan, ofkos. Selain dari itu, ia juga sangat berguna untuk check list mana tempat dah pergi, mana yang belum. Supaya berbaloi dengan masa, tenaga dan duit yang dilaburkan. Atau lebih tepat, berbaloi dengan pengalaman yang anak-anak kita dapat. Secara seriusnya, TIPS #1 Gi vacation mesti cari peta dulu.

Zoo Melaka skang ada night safari, tapi tidaklah aku pergi yang itu. Mungkin next time boleh di pertimbangkan. Cumanya kali ni aku pergi, banyak tempat taleh nak masuk. Yang aku ingat, aviary burung, rumah reptilia dan beberapa tempat lagi. Ada juga beberapa tempat yang dalam proses penyelenggaraan. Sedih plak tengok sumer binatang-binatang ni. 

Dikurung tu satu hal. Tak dikurung tak merasalah pulak anak-anak kita nak tengok haiwan-haiwan secara live. Takan nak masuk hutan, live ngan harimau kumbang lak. Kan? Tapi bila tengok tempat haiwan-haiwan ni tak diselenggara dengan baik, sayu pulak hati. Bukan apa, sebab masa aku taip entri ni aku baru lepas gi Sunway Lagoon. Sunway Lagoon kan ada Wildlife Park. Kat Sunway Lagoon, proper sangat lah tempat haiwan-haiwan ni tinggal. 

Bila wat banding beza, mungkin berbalik pada rezeki...Mungkin.

Jangan cancel lak plan nak gi Zoo Melaka k. Sebab hanya 25% yang dalam selenggaraan. Selebihnya masih awesome. Anak-anak pun hepi bangat dapat tengok pertunjukan haiwan. Dapat bagi makan tebu pada gajah, dapat tengok tapir secara dekat. Geng-geng kakak tua kat pintu masuk pun kecoh sokmo.

Pertunjukan ni best. Anak-anak excited!




Lepas show, gi terus tempat gajah. Peta Zoo fotostat tu sangat membantu ketika ini.

Nak dapat tangkap pic gajah bersama-sama secara dekat, masa nilah. Kalau idak durang duk lepak nunnnnnnnn jauh kat hujung belakang sana. Makanan tuk gajah dikenakan sedikit bayaran. Yang pasti tak mahal sangat. Amni dan Amin je yang berani bagi gajah tu makan. Iman gi menyorok belakang ibu. 

With The King of The Jungle. Kami syak, singa ni dah tua sebab terketar-ketar dia nak cari port best tuk tido. Hehe

Real sangat lettew mengiau...Eh, mengaum.

Amin yang sibuk nak tengok tapir. Tah apa yang dia berkenan dengan tenuk ni, aku pun tatau. Dah dapat tengok cipan secara live, baru kurang bunyi.

 Aku ingat ini kancil, tapi bukan kancil rupanya. Kancil lebih comel saiznya.

Haiwan wajib tuk diziarahi. Mr/Mrs Giraffe. Selagi tak jumpa, sila jangan balik.

Last pic, bersama lembu ankole.

Satu gi...Kalau korang spesis cerewet part makanan, baik makan kenyang-kenyang sebelum masuk Zoo. Makanan dalam Zoo teda banyak pilihan. Dan masih ingat tak lagi pada menatang comel kiut yang aku citer di awal entri? Keluar dari Zoo, aku memang target nak tanya juga tokey kedai tu, apa nama sebenar "tupai laut" tersebut. 

Kami sampai kedai, tinguk besen "tupai laut". "Tupai laut" tu dah tak berpusing-pusing macam tengahari tadi. "Tupai laut" tu kini statik. Kami amat-amati. Sekali, dua, tiga kali tengok...rupa-rupanya ia hanyalah salah satu mainan berbulu. Cisss...macam mana kami semua leh tak perasan itu hanyalah mainan. Tapi respek pada inventor "tupai laut" tersebut, sebab memang real macam binatang betul.

Tanpa ku sedari, rupa-rupanya En. Ayah peminat tegar citer SpongeBob SquarePants. Aku syak dia minat ngan karakter ni...
Sandy...si "Tupai Laut"

Daaa. Bye korang!

No comments:

Post a Comment