Tuesday, 1 September 2015

Let's Picnic With Opah

Salam dari Senaling,

Hujung, hujung minggu lepas kembar dan kakak main piknik-piknik bukan sekadar ngan Opah, tapi dengan Mak Teh dan Pak Teh, Mak Andak, Pak Andak dan Faqeh. Merasa akhirnya kembar dan kakak berpiknik di Putrajaya. Selama ni tengok ja omputih berpiknik kat rumput padang yang awesome sangat. Kali ni kami merasainya. Jakun tak? Haha.

Tak sangka lak orang Putrajaya suka berpiknik macam ni. Layankan aje kehendak Mak Buyong yang tunggu masa ja nak melahirkan.

Aku bukan pa, memanglah Mak Buyong tu dah cakap awal-awal satu hari sebelum kat aku lepas Asar tayar golek, tapi bila tiba jam 4 sumer orang membuta, 4.30 pun lek-lek belaka. Mau aku tak konpius. Kata piknik, jadi mestilah ada makan-makan kan. Aku seawal jam 10.00 pagi dah rebus jagung. Takan jagung jew. Ramai umat nak join piknik ni kot. Umat akulah yang paling ramai. Jadi wajarlah aku debar lebih kan?

Tak sangka lak, laju juga penyediaan makanan. Berkat doa ibu mengandung agaknya.


Nampak tenang je kan...padahal sebelah situ sana sini penuh orang. Silap lak tak bawa tikar. Menyucuk-nyucuk rumput tu rupanya. Heh. Masa masak makanan tu, nampak cam banyak. Sekali dah makan ramai-ramai, habis.

Sebenarnya...sebenarnya kan...tujuan utama kami keluar ke Putrajaya ni...ialah sebab...sebab...



Mau celebrate ulang tahun kelahiran mak yang ke XX tahun. Mak lahir pada tanggal 11 Ogos. Disebabkan masa tu sumer duk jauh di perantauan, kebetulan ada peluang berkumpul ni. Celebrate je lah. Tapi yang perabihkan kek tu, seperti biasa ialah anak, menantu dan cucu-cucu. Birthday girl makan dua tiga suap je.



Restoran Sabaa di Cyberjaya. Sedap nasi arabnya. Kami amik ayam, kambing dan kambing dengan masakan yang berbeza. Orang punya ramai tapi puas hati makan. Sedap. Servis pun laju. Amik tiga pinggan saiz L, siap ngan bakhlava (sejenis manisan dari Timur Tengah) dan air teh...teh... lupa nama... tapi majoriti minum air suam ja. Baru RM120.00. Jimat kan? Bagi aku memang jimat sangat ni.

Semenjak duk agak jauh di Banjaran Titiwangsa ni, kami memang akan amik peluang tuk berjumpa ngan Opah kalau Opah turun KL. Peluang ni. Nak harapkan kami balik kampung selalu, memang susah sikit. Sekali turun leh jumpa ngan adik-beradik. Alhamdulillah. Ukhuwah fillah ni doakan agar berkekalan sampai syurga, sentiasa dalam rahmat Allah, sentiasa dalam kasih sayang Allah hendaknya. 

Amiiinnnn.

Terkini, mak buyong dah selamat melahirkan. Baby girl. Alhamdulillah dapat sepasang.

Ada ja pic baby dalam fon tapi ada kawan ta nak share kat media sosial, tak tanya lak kenapa.
Jadi, tak berani nak share kat sini pic anak sedara sebab bukan anak sendiri kan.

Ada yang tau ke kenapa tak leh share pic baby?

Kalau tau leh la komen ke. Wasap ke.
Tu aje. Bye.

No comments:

Post a comment