Wednesday, 5 April 2017

What You Give Is What You Get

Salam dari Senaling,

Malam tadi sakit perut. Memulas. Bayu laut melanda angkara empat ulas nangka. Empat ulas ja pon. Dah tahu kesannya sebelum makan, tapiiiii... saja nak cari pasal.

Maka berkerut-kerutlah dahi menahan sakit. Baring depan TV dengan posisi udang. Sakit yang dicari. Hehe

Iman datang dekat.

"Ibu sakit perut?"
"Sakit kat mana? Kanan, kiri atau tengah-tengah?"
"Sakit sikit, sederhana atau sakit sangat?"

Aku senyum. Senyum sebab Iman ulang ayat aku tanya dia semenjak dia kena mild gastrik empat hari lalu. Tersentuh pulak naluri keibuan aku. Eh perempuan memang mudah cair kalau ada orang caring. Ini pulak dari budak umur 9 tahun.

Dia picit bahu aku. Sambil Tanya, Ibu okay? Ibu okay? Melting habis aku.

Malam tu aku tido awal. Tido dalam senyum.

No comments:

Post a comment