Wednesday, 19 April 2017

Kuala Gula, Bagan Serai Perak

Salam dari Senaling,

Dari Gurun tak tahu mana arah tuju. Macam nak ke Ipoh. Maaacaammmm. Pastu nak tidur Ipoh kah? Taiping pun macam okay. Pastu nak tidur Taiping? Pun tak dapat nak bagi kata putus. Sudahnya  naik kereta, hidupkan enjin, mulakan perjalanan yang tak tahu nak menghala ke mana. Hohohoho...

Bila dah keluar homestay Cik Am, contact lah Cik Am nak bagitahu dah keluar, kunci dah drop. Sambung plak sembang dengan Cik Am. Tanya arah tujuan cuti. Kebetulan dia sedang kembara hala ke Utara dan kami kembara hala Selatan.

Cik Am lah punca cerita Kuala Gula nih. Dia bagitau nak singgah Kuala Gula tuk makan ketam lembut. Ketam lembut??? Aku yang penuh tanda tanya ni gi lah google cari apa itu ketam lembut Kuala Gula. Yeahhhhhh, akhirnya inilah destinasi kami hari ini (itu).

Seriously tempat ni best. Kami cari jalan guna Waze. Masuk ke dalam semata-mata untuk ke tempat ni adalah berbaloi.

Mula tu aku ingat sekadar tempat untuk makan sahaja, tetapi no, no, no... Dapat lebih dari itu.




Dapat photoshoot. Persekitaran sangat menarik. Dapat tengok helang sambar makanan dari permukaan sungai. Dapat tengok nelayan menaiki bot mencari rezeki. Dapat lihat nelayan membetulkan jala/ jaring yang menjadi objek utama untuk mencari rezeki. Dan inilah rupanya kampong nelayan.




Selain itu, kami dapat buat lawatan muhibbah ke tempat pemprosesan ketam lembut yang letaknya sebelah kedai makan ni aje. Barulah aku tahu macam mana ketam ni leh jadi lembut. Ya, lembut yang kau boleh makan sepit dan keseluruhan ketam tak perlu kopek kulitnya yang keras. Aku rasa macam tak wujud lansung kulit keras tu.

Perusahaan ketam lembut ni dah jadi macam Industri Kecil dan Sederhana di Kuala Gula. Tapi hanya perusahaan ni yang turut menyediakan restoran terapung. Aduh aku memang salute dengan usahawan kreatif macam ni.

Kat sebelah sinun ada resort rupanya. Kuala Gula Sanctuary Resort. Kaki pancing sesuaila sangat lepak sini. Boleh memancing dari balkoni bilik ja yang semuanya memang menghadap ke muara sungai.

Aku perasan, hanya restoran ni aje yang wujud kat sini. Alhamdulillah makanan sedap-sedap. Kami order ketam lembut goreng tepung (harga seekor ketam RM12 ikut saiz), kalian ikan masin, kari sembilang, dan mi goreng (tiba-tiba) tuk kembar.

Dari bacaan, ketam lembut ni kadang-kadang ada, kadang-kadang sold out. Sesetengah blogger cadangkan call dulu untuk dapat makan ketam ni. Kami yang main redah ni tawakal je lah.  Rezeki dapat rasa.

Kembar kata mi goreng kat sini paling sedap durang pernah makan seumur hidup. Tah betul tah sebab lapar sangat. Paling sedap seumur hidup tu katanya.

Lama juga kami di sini (kes tak tahu hala tuju spesifik lepas ni). Enjoy tengok yang best-best di Kuala Gula, Bagan Serai, Perak. Selesai dan puas hati barulah kami beransur untuk singgah solat dulu dan...

...ke MAHA 2016. Tak sangka!

Bertambah pengalaman, indahnya kenangan dan bye...

No comments:

Post a Comment