Thursday, 5 July 2018

Aidilfitri 1439H : Edisi Hari Terbuka Raya Asrama Kakak Amni

Salam dari Senaling,

Sakan kami sambung beraya hujung minggu lepas. Alhamdulillah. Plan asal lain, Allah kehendaki lain. Dapat makluman dari sekolah kakak melalui whatsapps, ada Hari Terbuka Asrama, merangkap Hari Terbuka Raya. Konsep pot luck. Perancangan nak bawa nasi impit, rendang ayam. Allah kehendaki mee goreng mamak. Perancangannya 9.00 pagi keluar dari rumah.Allah kehendaki tayar golek jam 9.30 pagi ๐Ÿ˜.

Mengimbau sangat kenangan katil asrama, tingkat atas. Tak main ah rebut-rebut katil bawah. Chills ja aku dulu bila nak masuk asrama sesi persekolah baru. Stress free. Sekarang aku turun ilmu chills tersebut dengan Amni.

 Gigih bilik Amni buat props ni. Tah ada pertandingan ke apa ke aku pun tak pasti.

Dorm mate kakak.

Depan dorm sebelah.

Berkenan dengan 3D wallpaper dorm ni

Toilet okay. Sekolah kakak Amni bawah projek toilet gemilang ke apa ke nama projek tu. Dari tahun lepas. Jadinya memang semua toilet bersih, kemas dan cantik!

Puas meronda baru pergi beraya. Konsep potluck kumpul lima bilik dalam satu bilik kuliah. Aku lebih suka dalam bilik terus, bolehlah berkenalan dengan dormmate Amni. Mungkin ada sebab-sebab lain yang hanya sekolah ja tahu.

Bukan kami yang kumpul, cuma amik kesempatan kebetulan ada sesi fotografi di belakang asrama. Perkenalkan Muslimat Tingkatan Dua Program TMUA.

Suasana Haaari Raya... Walau di tengah asrama...

Amboiiii, kaki kau Amin...

Dapatlah jumpa kakak hujung minggu lepas. Alhamdulillah.

Barulah tenang nak balik kampung minggu ni, cuma teringat-ingat kakak nak makan sate je belum sempat nak tunaikan. Minggu depan Insha Allah k. Yeay. Satay! ๐Ÿ˜Ž

No comments:

Post a comment