Friday, 23 November 2018

Balik Kampung ~ Abang Sukur Kahwin

Hampir dua bulan tak update cerita di sini sebab dah selesaikan hampir 40 entri ke China di blog sana. Wowww... 40 entri. Sampai aku jadi muak nak update blog. Santai-santai jap dan Insha Allah akan update kisah buat kenangan hari tua, Insha Allah. 

Kisah dua bulan lalu.

Jarang-jarang kami balik kampung. Kalau ada kenduri kendara, Insha Allah sampai. Cuti Hari Malaysia yang lalu Alhamdulillah anak saudara Incik Ayah kahwin. Yuk pulang. Pulang ke kampung halaman dan yang paling mengujakan kalau majlis kenduri ni ialah... M.A.K.A.N la apa lagi. Heheiii. Lagi-lagi Incik Ayah orang Jawa. Makanan memang meriah sehari ke dua hari sebelum majlis.

Tapiiii... aku berkira-kira lak nak makan. Risau nak menhancurkan diet kunun. Nahh, Allah kurniakan sakit tekak, sekali pakej dengan selsema. Terima kasih Allah, memang berat berada dalam zon selamat selepas kembali semula ke Pilah. Moral cerita : Bersyukur dan terus bersyukur dengan nikmat yang ada, kelak nanti Allah kurniai lebih banyak nikmat. 

Acara tabur gula-gula ni wajib ada. Jangan kata budak-budak, mak bapak budak pun turut serta. Aku ja chill duk belakang pengantin memantau keadaan, risau kalau-kalau berlaku pemberontakan. Kembar toksah ceritalah, memang segenggam gula-gula dapat. 

Teringat memori kembar dan kakak kecil-kecil. Memang aku atau Incik Ayah berebut juga sebab anak-anak pemalu. Sama ngan parent nya. Tu sebab aku chill ja duk belakang. Tapi kalau yang ditabur Kinder Bueno, DarkChoc apa-apa spesis, Whittaker, InshaAllah depan pengantin aku tercongok.

No comments:

Post a comment