Friday, 24 August 2018

Salam AidilAdha 2018

Cuti sehari ja. Alhamdulillah dapat peluang ziarah keluarga sebelah arwah Abah di Jengka 11. Itulah hikmahnya cuti pendek. Aku sedang belajar untuk sentiasa melihat ke arah yang lebih bright. Sikit-sikit nak praktikkan. InshaAllah nanti istiqomah. Aamiiin.

Kami plan nak gerak petang Selasa, kebetulan kelas aku habis jam 1. Jam 2.15 petang Insha Allah dengan kebenaran bos, dapatlah keluar awal. Aku seperti yakin jalan clear, tapi bila kawan mengajukan penyataan berkenaan jalan jam tergugat jugalah kesabaranku. Berkira-kira-kira-kira, sekali lagi aku didik diri untuk melihat kearah yang bersinar terang. Buat perkara baik (menziarah mengeratkan silaturrahim) Insha Allah, DIA bantu. Kan?

Alhamdulillah, betul jalan clear. Jam 6.30 petang sampai sudah rumah Pak Long. Aku bawalah bekal rendang daging minang, aku fikir Pak Long Mak Long ja tak makan pedas. Rupanya, yang lain-lain pun kurang pedas. Cuak ah sapa nak habis 2kg daging. Alhamdulillah habis. Dihabiskan oleh anak-anak sendiri. Huhu

Cuti pendek ni, rasa panjang. Berkat lansung tak pegang smartphone. Tak rancang nak detox tech atau apa-apa seumpamanya, cuma rasa nak berehat, makan dan follow the flow ja. Hasilnya, tada lansung gambar di Jengka meraikan AidilAdha.

Tapi suasana dan tentatif program sama seperti dua tahun sebelum.

Rumah Pak Long meriah dengan makanan. Checked.
Solat raya mula jam 8.30 pagi. Checked.
Lepas solat jom ziarah jalan raya. Checked.
Anak-anak dapat duit raya. Checked.
Ziarah lima buah rumah. Checked.
Selesai ziarah lepak lepak relaks chill tidur. Checked.
Bangun tidur, makan. Checked.
Bersiap pulang ke Pilah. Checked.
Pak Long bekalkan macam-macam. Checked.

Sama seketul. Alhamdulillah. Terima kasih Pak Long dan keluarga. 
Kalau cuti pendek, Insha Allah kami datang. Lagi.

 
Lembu dan AidilAdha tak dapat dipisahkan. Kan? 😁

Salam AidilAdha 2018. Moga bertemu lagi AidilAdha tahun hadapan. Aamiiin.

No comments:

Post a comment