Saturday, 4 January 2020

Familia Embrace the Taste : KFC

Sebelum hadirnya McD di Kuala Pilah, ini antara restoran makanan segera yang menjadi tumpuan kami sekeluarga. Sebetulnya tak suka, eh silap... siapa tak suka KFC hoiiii...

Seboleh-bolehnya tak mahu kerap kali ke restoran seumpamanya. Tak bagus. Tinggi kalori (tapi sedap yums). Tinggi lemak (tapi sedap yums). Konon-kononnya akan ke KFC hanya jika ada resepi baru diperkenalkan. Itu antara azam tahun baharu yang diulang-ulang. Ulang-ulang tapi tiada tindakan. Ibunya tak juga rajin memasak. Kahkah.

Tambah pula sekarang menyandang jawatan ibu hujung minggu. Suami pula suami mithali. Bila aku mula menyatakan hasrat nak memasak (walau pun tak rajin, niat mahu memasak harus ada), suami kata T A K   P E R L U. Kesian awak, balik rehat je lah. Kita makan di luar.

Lepas tu, bakal hafizah (Insha Allah, moga dimakbulkan) bercerita pula tentang suatu kisah...

 Pada suatu hari...

... Saidina Ali memanjat pokok kelapa (kelapa ke Amni?), ditanya isteri tercinta Saiditina Fatimah kelapa mana yang ingin dipetik? Isteri sarankan kanan, tetapi hati suami terdetik kiri. Akhirnya diikut kata hati, dan baginda jatuh. 

Tunggu! Cerita belum habis... (kata Amni lebih kuranglah)

Sebelah kanan rupanya ada seekor ular, yang mungkin memberi impak yang lebih besar dah dahsyat kepada baginda.

Kesimpulan; kata putus seorang lelaki biasanya lebih rasional dan lebih betul. 

Jadi ibu kena dengar dan patuh kepada ayah, sambung bakal hafizah tersebut.

Hoyeahhhh. Berzumba aku mendengar hujah bernas tersebut, lantas patuh kepada kata-kata suami tercinta. Itu sebabnya agak kerap jugalah kami ke KFC tahun lepas.

Lepas tu, tambah pula alasan nak basuh kereta di sebelah restoran.
Ada diskaun 25% pula tu untuk pembelian dalam talian.

Wow 😋

KFC Kuala Pilah, Negeri Sembilan
16/11/2019

No comments:

Post a comment