Wednesday, 25 September 2013

Kisah tau fu fah dan diet

Salam dari Jugra,

Malam semalam aku dan Amni berkongsi makan tau fu fah sama-sama. Sambil makan sambil bersembang. Isu yang diutarakan ialah isu perempuan la kan? Isu diet.

Lebih kurang cengginilah tau fu fah kami semalam

"Ibu rasa ibu kena kurus lagi"

"Ibu dah kurus. Tapi kalau ibu buat senaman lebih lagi macam perempuan yang menari dalam Astro tengahari tadi perut  ibu akan lebih berotot"
 
Anak aku umur 9 tahun tengok aerobic di Astro u alls dan apa motifnya dia mention perut? Aku pun tak tahu atau sebenarnya aku pura-pura buat tak tahu...T_T

"Kalau macam tu ibu minum teh tarik ja tuk breakfast pagi esok"

Sambil membulatkan matanya...

"Mana boleh. Kita mesti breakfast. Breakfast tu penting "

"Tapi ibu minum teh tarik..." tak sempat pun aku nak menghabiskan tutur kataku untuk memberitahunya jumlah kalori dalam segelas teh tarik, sepantas kilat dia memotong.

"Tak boleh. Ibu mesti breakfast", tegas suaranya.

"Siapa cakap?"

"Cikgu yang cakap. Kita mesti breakfast. Kalau tidak kita wat kerja tidak bermaya. Kita akan jadi macam ni...", sambil mengecilkan matanya sambil menggerakkan badannya sedikit ke kiri dan ke kanan ala-ala orang lalok tak cukup tidur.

"Kalau macam tu ibu breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar la, ibu makan penuh meja pagi sok"

"Apa tu?"

"Maksudnya breakfast makan macam raja. Makan banyak-banyak sebab kaya. Ibu nak makan nasi lemak, bihun goreng, keow teow goreng, teh tarik, milo", dan aku pura-pura makan dengan gaya yang gelojoh.

Kukikkukik dia ketawa.

"Tapi nanti tengahari ibu makan macam biasa-biasa ja. Malam ibu makan simple-simple macam peminta sedekah"

"Peminta sedekah makan apa?"

"Tau fu fah?"

Amni memberhentikan suapan tau fu fah nya dan serta merta bekas tau fu fah kini beralih tangan.


Yes!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments:

Post a comment