Wednesday, 6 November 2013

Kembar dan Perkembangan Kognitifnya

Salam dari Jugra,

Mulai minggu ni aku mula bercuti. Cuti pensyarah matrikulasi memang lain macam sikit. Tak sama macam cuti sekolah. Cuti tiga minggu tapi kira macam dua minggu je lah kot sebab aku terlibat dengan SIPMA 2013 di Gambang Pahang selama lima hari nanti. Jadi merasalah jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Seriously its fun.  Yeah. Its really fun compare to few years back.
Mungkin sebab anak-anak dah besar. Amni dah 9 tahun. Kembar dah 5 tahun. Pandai bawa diri dan aku ada masa untuk diri sendiri. Ada masa untuk bersenam. Ada masa untuk nap. Ada masa untuk layan blog. Mengemas rumah pun rasa berbaloi sebab kalau nak bersepah pun, budak-budak tu dah boleh disuruh untuk mengemaskan mainan  tu semula. Kalau memasak pun. Habis sokmo. Siap dipuji lambung-lambung lagi....teheheee...Syukur dan happy ja rasa duk rumah cuti-cuti sekarang.

Itu bukan point aku nak citer dalam entri ni. Hehe. Aku nak citer sal perkembangan kognitif kembar.

Pemerhatian aku sejak dorang baby lagi, memang jelas nampak Iman cepat belajar mende-mende baru. Amin cool kentang selalu. Relaks banyak. Tahu-tahu sama-sama boleh merangkak. Sama-sama boleh berjalan. Jadi aku anggap Iman perlu berusaha lebih untuk berjaya dan Amin is a fast learner. Anggapanku. Tah boleh pakai, tah idak...

Tapi bila mula masuk sekolah (5 tahun) Iman seperti biasa cepat belajar. Iman cepat kenal huruf samada Iqra', nombor atau abjad. Aku naik risau juga bila pertengahan tahun ni, makluman dari mualimahnya, "Iman cepat dapat, Amin agak lambat". Bila aku ajar Iqra' kerisauan aku akan naik secara directly proportional. Iqra' kan stail dia sebut ulang-ulang. Amin seperti susah nak ingat. Kalau kami sekeluarga naik kereta gi mana-mana, saja main-main sebut plat number kereta orang. Iman memang lancar ja sebutan nombor dan hurufnya. Amin tak macam tu.

Hari ni Amin dan Iman tunjuk surat hari penyampaian hadiah PASTI hari Sabtu minggu ni.

Iman bagitau dia dapat nombor 5. Pastu aku tanya Amin dia dapat nombor berapa. Dalam hati aku mengharap janganlah jauh sangat nombor Amin dari Iman. Dapat nombor 7 ke, 8 ke, 9 ke...Lega da aku. Bukan apa, nombor tu tak penting pun tapi sebab dorang kembar. Tak naklah nanti seorang akan rasa rendah diri. Rasa down.

"Amin dapat nombor 2", bagitau Amin sambil sengih-sengih.

Haaa? Confuse jap aku. 

Adakah ini bermaksud teori pemerhatian aku tu boleh diguna pakai? Adakah? Adakah?

Harap-harapnya betullah apa yang dorang bagitau tu. Dan...

Harap-harapnya mualimahnya tak tertukar masa nak tanda kertas peperiksaan Amin dan Iman.
Dah, nak join kembar cycling. Jommmm

TuAjeLahKali.Bye! 

No comments:

Post a comment