Monday, 26 May 2014

Langkawi Day 1


Salam dari Jugra,

Asal cuti ja mesti nak kena hadap komputer wat entri bercuti. Malas dan malas bercampur baur dengan malas. Tapi, kenangan punya pasal, aku gagahkan juga semangat dan diri ini. Sebab...Sebabnya 14 Mei ni aku nak travel lagi. Jadi lets start. Bismillah...

Percutian di Langkawi dirancang 10 bulan yang lalu. Asal namanya aku, haruslah perancangan mengambil masa yang lama. Tiket kapal terbang aku booked tuk 5 orang termasuk check in baggage 40kg Langkawi -> KL baru RM250 ++. Penjimatan berganda di situ. Seperkara lagi, anak-anak haruslah dipontengkan sebab cuti aku tak sama dengan cuti sekolah. Bila bercuti pada waktu bukan peak hour ni, makanya penjimatan menjadi triple.

Maka skang korang dah tahu kan apakah visi percutian yang aku rancang? Hehe

Aku dah wat kajian sebelum datang Langkawi dengan membuat pembacaan melalui blog. Peta Langkawi pun dah belek secaraonline. Tapi biasalah, kita merancang, penentuan tuhan jugalah yang terbaik. Ada banyak lagi tempat di Langkawi yang belum kami pergi. Tak sempat!

Aku pendekkan citer. Kami touch down di Langkawi jam 9 pagi bertarikh 6 Mei 2014.

Tempat pertama kami tuju ialah Telaga 7 dan air terjun. Dua tempat ni sebelah-sebelah ja. Tak jauh. Untuk ke Telaga 7, kena hiking sikitlah. Memenatkan untuk yang tak biasa tapi janganlah bermuram durjana, nak ke atas nun di sediakan tangga siap ngan pit stop lagi. Ada bangku tuk melepaskan lelah. Leh goyang-goyang kaki sebelum meneruskan perjalanan. Sampainya disana, silalah kira betul atau tak ada tujuh telaga kat situ dan selepas tu silalah bermandi manda ya. Anak-anak je lah yang mandi. Ibu dan ayah anak? Adehhhh...Menyesal tak bawa baju extra. Salah kami tak baca betul-betul sal pengalaman orang di sini. Sepertinya baca, kata airnya paras buku lali. Sepertinya...T_T. Tu sebab tak bawa baju extra. Jadi tips pertama ke telaga 7 ialah sila bawa baju mandi sebab mandi kat sini best!

Selamat datang ke Hutan Simpan Gunung Machincang, Langkawi.

 Moh kita hiking sikit...

 Jangan cari pasal naik ikut jalan tar kerana tangga disediakan...

Kembar Najla, Najwa, Amin dan Iman berposing setelah diberi amaran yang sangat keras, dan untuk pengetahuan semua ini baru halfway ke Telaga Tujuh.

 Inilah tempat berehat melepaskan lelah yang disediakan sepanjang perjalanan mendaki ke Telaga Tujuh, So, tiada alasan tau ta dapat naik sampai atas...

Kami dah sampai....

Mula-mula nak celup kaki ja katanya...

 Eh...dah takde baju?

 Sejuk dan segar airnya...

Yeahhhhh...mana tahan kalau ke sini tak mandi weh...

Saksikan kemeriahan bermandi manda di Telaga Tujuh beserta pesanan penaja: "Jangan lupa bawa baju extra ya..."

Selesai di sini, kami turun dan barulah ke air terjun. Kat sini pun boleh kalau nak mandi tapi ikut pandangan peribadiku di Telaga 7 lagi best. Maka, sesi fotografi dan celup-celup kaki sajalah yang diadakan.

 Abang kawasan dan geng Naga Merah baru sampai kawasan air terjun.

Pandangan peribadi, Telaga Tujuh lebih best untuk bermandi manda...

 View memang subhanallah cantik...

Yes, aku kurus dari posisi ini...yes yes yes...

Masa ni, anak-anak aku  duk ulang-ulang mendendangkan lagu "Nak naik Cable Car... Nak naik Cable Car" Sebab dari tempat ni leh nampak Cable Car tu duk jalan turun naik.

Dari Telaga Tujuh dah leh nampak Cable Car, tapi tak nampak la plak dalam pic ni. Maklumlah, lensa 8MP...

Maka tempat kedua yang kami terjah haruslah Oriental Village. Di sinilah permulaan tempat untuk ke Cable Car. Oriental Village ni ala-ala western village. Ada kereta kuda, ada kuda, leh bagi ikan kap makan, ada flying fox (pendek ja trailnya), ada Duck Tour dan bersepahan kedai-kedai menjual cenderamata yang harganya aku survey agak munasabah juga. Namun, aku syak ada macam-macam lagi kat sini tapi aku perasan itu aje. Insha Allah kalau ada rezeki ke Langkawi lagi, kami explore yang lain pulak.

Anak dara kesayangan ramai ber posing berlatar belakangkan Oriental Village

Kat sini ada jambatan gantung lagi tew...

Naik Cable Car is the very excited tau. Harga pun murah dari apa yang aku sangka. RM60 jer tuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak, tapi dengan syarat kau persembahkan MyCard masing-masing. Pengalaman naik Cable Car bagi aku sangat berbaloi hingga aku berazam nak naik Cable Car setiap kali aku ke Langkawi. Nampak tak keterujaan aku pada ayat tadi?

Abang kawasan yang gayat...Anak-anak buah chillex ja...

Peace dengan tenangnya kunun...

View nya subhanallah...

Kat pit stop pertama ada tempat solat. Next time aku berazam nak solat dari atas Gunung Machincang. Mana tau khusyuk bertambah...


Aktiviti bergambar adalah perkara biasa, maka tayahla jakun sangat ya anak-anak...

View dari atas dek, 360 darjah boleh tengok keindahan Langkawi

Lepas turun dari Cable Car, anak-anak sibuk nak bagi ikan kap makan. Makanan ikan ada ja dijual dengan bebasnya, baru RM1 sebungkus. 

Rehat jap, dan solat jamak di surau berdekatan dengan tempat car park. Plan asal nak lunch lepas solat. Sekali tu kembar tidur masa tunggu ayahnya habis solat. Nasib kedai makan tu dekat ja dengan surau. Masa nga lunch tu ternampaklah pulak Duck Tour. Mende ni ialah yang leh berada kat darat dan air tu. Aku rasa mende ni ada kat Melaka tapi aku tak pernah naik lagi. Jadi mari kita cuba ya. Harga lepas diskaun ialah RM123.

Kami dah cuba Duck Tours...^_^

Secara peribadi, aku seronok try Duck Tour ni, cuma harganya agak mahal. Sekurang-kurangnya aku leh cerita pengalaman naik Duck Tour, dan komen ikhlas ku ialah... sekali cuba dah cukup kot. Part best ialah masa bot ni nak berubah dari darat ke laut tu, splashing air tu agak thrill la jugak. Masa dia pusing kat Harbour View (tempat orang kaya-kaya parking bot) pun best Lebih best bila dengar driver dia bercerita sal sewa parking bot RM3000 sebulan, citer sal bot tersadai, citer sal nelayan dan macam-macam lagilah. Moral citer, kalau nak berbaloi join Duck Tour, sila duk depan berdekatan dengan drivernya. Oh, lagi satu bot ni melalui Danai Resort. Di sini ialah tempat feveret orang kaya-kaya tidur sebab satu malam sewanya RM1000++. Suite dia cer teka berapa? RM2300++. Teka lagi...Siapa owner Danai Resort sekali ngan tempat parking bot tu? Jawapannya ialah Syed Bukhari. Mana aku tahu? Driver tu lah yang citer...Hehe


Antara view yang boleh kita nampak bila naik Duck Tours.

Parking bot orang-orang kaya. Orang kurang kaya macam aku leh capture pic parking bot je lah...^_^

Petrol kiosk atas laut.

Duck Tour
ambil masa dalam 40 minit. Masa tu masing-masing dah kepenatan, ingat nak menyinggah lagi di mana-mana tapi sepertinya mendapat tentangan hebat. Maka, moh la kiter balik homestay jommmm. Homestay tanpa nama yang kami sewa terletak di Apartment Sri Lagenda, Kuah. Semalam RM150 ja. Murah sebab weekdays k. Ada swimming pool saujana mata memandang. Luas dan puas hati duk homestay ni. Lebih-lebih lagi sebab leh memasak. Penjimatan berlaku lagi disini. Hehe. Masak yang simple jer. Janji kenyang dan boleh meneruskan hidup gitu.

Malam tak ke mana-mana pun. Plan asal nak survey harga cekelat dan pinggan mangkuk di Pekan Kuah. Tapi ke Pasaraya Kiki membeli barang-barang dapur ja yang kami mampu. Selebihnya membuta. Hehe. Apapun syukur sangat sebab perjalanan hari pertama di permudahkan. Cuaca pun super baik. Alhamdulillah.

Nota kaki : Kami sewa Avanza RM250 tuk 60 jam. Seperkara lagi, silalah pakai topi dan minumlah air mineral banyak-banyak di Langkawi k.

Gambar dan video masuk nanti. Jadi, silalah ulang masuk blog kiter ya. Hikhik (ketawa malu-malu sebab promosi blog sendiri)

Tamat sudah. Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^

No comments:

Post a Comment