Tuesday, 7 June 2016

Resepi Roti Jala & Selamat Berpuasa

Salam dari Senaling,
 
Tahun ni adalah tahun kedua kembar berpuasa. Kalau tahun lepas dapat penuh dua ke tiga hari ja. Tahun ni tak tahu lagi. Tapi semalam Alhamdulillah penuh walau pun nampak macam lembik teruk dua orang budak tu berpuasa. Tidur dari jam tiga petang sampai waktu nak berbuka. Aku asyik tanya Incik Ayah, "Okay ke kembar tu? okay ke kembar tu?". Risau mehhh.
 
Syukur sangat Ramadhan kali ni kena time cuti sekolah. Positif kembar akan puasa 'banyak' tahun ni Insha Allah. Hehe
 
Nampaknya parenting knowledge kami dah sedikit meningkat. Dibandingkan dengan kakak Amni, kembar lebih bertuah kerna didedahkan dengan ibadah solat dan puasa lebih awal. Mungkin juga sebab Amni... Nak tekankan Amni sebenarnya; dengan adik-adiknya sekali kena.
 
Kami sekeluarga kurang cerewet memilih makanan. Seperti biasa, berbuka tanpa ada masuk campur menu daripada mana-mana bazar Ramadhan. Dah lama aku praktikkan kaedah ni. Sedikit adventure bagi memenuhi waktu berkualiti bersama-sama anak-anak. Semalam dapat buat roti jala. Punya kacang. Guna botol ada muncung lubang-lubang beli di DIY ja.
 
Resepi Roti Jala
Tepung
Santan
Garam
Telur
Air
 
Campur semua bahan. Sukatan agak-agak. Paling penting ialah kondisi barter. Kalau pekat sangat nanti tak celuih nak keluar lubang. Kalau cair sangat nanti tak dapat menjala, dapat melempeng ja. Haha. Memasak memang perlu adventureous sikit dan mesti ada passion. Letak secubit cinta gitu untuk setiap hidangan yang anda masak.
 
Sambung
 
Lepas campur semua bahan, barter perlu ditapis. Tanak ada sebarang ketulan-ketulan tepung tak larut nanti tersumbat lubang botol. Ikut menu asal dia blender semua bahan. Tapi blender aku kecil dan masih kena tapis barter, baik aku wat secara manual guna senduk.
 
Baiklah aku mengaku. Aku malas nak basuh blender melekat-lekat ngan tepung sebenarnya. Hehe. Menu asal aku dapat dari website http://www.qlkitchen.com/ms/resepi-roti-jala/. Banyak dah resepi aku cuba dari sini. Kek marble, chocolate moist dan macam-macam. Alhamdulillah menjadi.
 
Sambung last.
 
Kalau kondisi barter macam terpekat, tambah air sikit-sikit. Aku guna kiub ais. Masuk dua atau tiga ketul dan test masak dalam non stick pan.
 
Siap.
 
Maaf pic tada. Entri tak dirancang namanya. Sementara tunggu students datang buat kad matrik seketul-seketul di library hari ni. :)
 
Oh, roti jala sedap dimakan dengan hampir apa saja. Sardin, tuna, sambal hitam, jem rasberi, mahupun jem buah-buahan tropika. Ya, kuah kari sangat tipikal.

Kalau ada rezeki pergilah menjala pulak esok lusa ya. Bye

No comments:

Post a comment