Thursday, 14 July 2016

Salam Eidul Fitri 1437H

Salam dari Senaling,

Alhamdulillah, Aidil Fitri kali ini lebih bermakna. Tak tahu nak cakap bagaimana 'bermakna'nya ia. Tapi happy sungguh beraya kali ni.

'Bermakna' tapi muka tak puas hati. Boleh?

Alhamdulillah kembar dapat puasa penuh. Tak pernah pulak aku mengharap, tapi ia jadi kenyataan. Tahun lepas dapat penuh 2-3 hari je. Aku bajet tahun ni dapat 7 hari pun da okay. Sekali penuh daaa... Mungkin sebab berdua (maksudnya ada geng nak puasa sama-sama). Mungkin sebab tekanan dari kakaknya. Mungkin sebab minggu pertama puasa ialah cuti sekolah. Mungkin sebab ego. Haih kecik-kecik dah pandai ego kah? Ehmmm...Tak tahu formula apa yang menyebabkan kembar berjaya puasa penuh.

Yang pasti, pujian memang diberikan mencurah-curah kalau durang berjaya berpuasa. Sampai hari ke 15 baru kami offer satu hari dapat RM1. Sebagai dorongan untuk durang teruskan puasa. Alang-alang nak bagi duit raya. Duit raya hasil dari usaha durang, nikmatnya lebih terasa... kan?

Tiga budak Allah mudahkan mereka tuk berpuasa. Yeay

Berbezanya tahun ni bila stok mercun, bunga api habis licin menjelang malam raya kedua. Tahun-tahun lepas stok bunga api tak habis wei. Yang aku perasan, Amni Amin & Iman pandai wooo men mercun naga dan bunga api. Tandanya anak-anak dah semakin membesar. Tandanya aku semakin... krik krik krik. I prefer to reserve my comment

Amni yang bercita-cita buat masa ni nak jadi photographer capture this moments. Bagi aku... cantik dan bermakna. ^_^


Incik Ayah memang semangat sangat nak memperkenalkan anak-anaknya dengan entiti ni. Meriam tanah. Handmade. Memang aku respek dengan Incik Suami sebab dia bijak dalam bidang kejuruteraan. Mende-mende teknikal memang beliau bagus banget. Tabik spring aku. Walau pun bunyi meriam tanah beliau hanya ter 'puss-puss' ja sebab buat tergesa-gesa tak menyabar. Jadilah, untuk beri anak-anak experience. 

Kalau tahun lepas aku tercirit di pagi raya. Tahun ni kepala aku berpusing satu alam pada malam raya kedua. First time rasa macam ni. Pesen yang pejam mata tu kepala kau swing back and forth. Buka mata nampak siling goyang-goyang dumang haih.

Penyelesaian? Muntahkan semula apa yang ko baham sepanjang hari. Baham tau bukan makan. Faham-fahamlah takat gelojoh aku hari raya kedua hari tu. Pukul 3 pagi baru dapat lelap. Esok pagi jadi zombie. Lepas satu, satu pengajaran yang aku terima. Alhamdulillah. Sakit tandanya Allah sayang kan? Yeay Yeay.

Zombie dan anak zombie.

Lepas pengajaran diterima, baru mengerti nak santap molek-molek. Santap sopan-sopan. Santap pilih-pilih. Bukan lagi membujur lalu melintang sapu je.

Moga kita ketemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal 1438H hendaknya. Aamiiin.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin semua. Bye!

No comments:

Post a comment