Thursday 22 December 2016

Kellie's Castle, Batu Gajah Perak

Salam dari Senaling,

Entri awal tentang Agacia Town Kampar di sini

Recommend! Highly recommend!

Kalau kau jalan-jalan leh layan sightseeing. Layan info. Baca sejarah. Suka amik pic unik-unik. Menghargai architecture. Kellies Castle memang sesuai ngan jiwa kau. Sila pergi.


Masuk Kellie's Castle seperti kembali ke zaman Malaya belum merdeka. Aku tak sangka Kellie's Castle sebegini unik. Aku sangka tempat ni hanya sekadar rumah besar dibina oleh orang kulit putih yang mengaut hasil kekayaan dari tanah tempat tumpah darahku. Hanya sekadar terkenal dengan kisah mistiknya. Rupa-rupanya lebih dari itu. Kembar dan Amni excited explore tiap bahagian dalam istana ni.

Sebahagian info di dinding istana 👻
 
 Ambil peluang ber wefie di Serambi Berhantu.

Paling tak sangka, Incik Ayah pun leh layan. Ada peningkatan di situ.

Naiklah sampai bumbung istana. Serius memang cantik kawasan ni.

Boleh naik sampai atas nun.

Kawasan belakang istana pun cantik.

Paling best bila aku suka-suki cerita pada anak-anak dalam perjalanan ke Kellie's Castle yang istana ni dibina atas sebab kisah cinta agung kunun. Salah. Memang salah. 😅

Citer sebenar? Pergilah sendiri dan baca info-info di dinding istana ya

Moh ke kuale lepas ni yeop/yong. 

Entri seterusnya Masjid Ubudiah Kuala Kangsar


Happy exploring loves! Bye.

No comments:

Post a Comment