Saturday, 2 September 2017

Trip Melaka 2017: Sungai Melaka, Bangunan Merah, A'Famosa

Salam dari Senaling,

Hari terakhir di Melaka, kami plan untuk jalan-jalan ke tempat paling hot ~ Stadthuys (bangunan merah) dan A'Famosa. Dari Hotel Seri Pelangi, kami dah nampak gerai breakfast. Ramai juga yang berkunjung, Insha Allah sedap kot.

Nasi lemak. Typical Malaysian. Sambal sedap!

Perut kenyang, jom jalan jom. Berdasarkan kaji selidik, berjalan ke Stadthuys ambil masa 7 minit - 10 minit. Tak sangka pulak boleh menyusur Sungai Melaka untuk sampai ke Stadthuys.

Tak dapat stay di dalam, bergambar di luar pun bahagia rasanya

Di sini dulu ada kincir air, tah mana pulak perginya. Aku bajet ia sedang dipulihara. Yelah, barang antik kan? Insha Allah next time datang mesti ada semula. 

Tiba-tiba jumpa kubu ni (sebelum sampai Stadthuys). First time aku tahu kewujudannya. Naik kereta, takkan jumpa ni. Percayalah. 

Kubu yang dibina oleh Portugis ni mempunyai banyak lapisan. Jauh ke bawah. Boleh pergi dan baca info lanjut k...

Nampak ni... Kreatif!

 Sampai kawasan Stadthuys (bangunan merah)

Ramai pelancong di sini. Sesak dan padat. Nak bergambar di hotspot pun kena queue. Cuaca Alhamdulillah baik, mentari memancarkan cahayanya selepas Melaka hujan beberapa hari yang lalu.

Tetiba dengar lagu oldies, kuat... Rupanya dari kereta uncle ni. Dia nyanyi sekali pulak tu. Sporting habis! Aku rasa uncle ni volunteer jalan-jalan sekitar Stadthuys ngan kereta antik. Suasana jadi lain sikit bila dia datang. 

Tiba-tiba...

Masuk Muzium Belia bla bla bla ... Nama muzium panjang tetapi aku tak ingat semua. Masuk sini sebab nak aircond pada awalnya. Hehe. Tapi rupanya dalam muzium ni ada Balai Senilukis la!

Menghayati...

Best juga (terutamanya bahagian balai senilukis), semua dah 'sejuk' baru keluar dan sambung explore.

 Tahun 1753. Bangunan ni berusia 264 tahun! Hoih lama tu...

Ada banyak bangunan merah di kawasan ni yang dijadikan pejabat atau pun muzium. Nak tilik semua sah tak sempat.

Jomm hiking sikit. Naik Bukit St Paul untuk...

A'Famosa!

Kubu tersohor di Melaka. Merangkap kawasan perkuburan. Merangkap tapak gereja. Kedudukan yang sangat strategik sebab nampak Selat Melaka secara menyeluruh. Gi selak buku sejarah untuk maklumat lanjut.

Jumpa adik kita ni di A'Famosa. Tak janji, tapi rezeki nak ketemu.

Selesai di A'Famosa kami zoom terus ke hotel. Check out! Cari tempat makan tuk lunch...

 Interior kafe ni leh tahan hipster, harga pun hipster. Makan asam pedas lagi. Kata Melakaaaa...

 Kenyang perut suka hati, kita ke sini. Adik kita yang itulah duk cakap jom ke sini, jom ke sini...

Cantik tuk bergambar dan solat ah terus sebelum bergerak pulang ke Senaling.

 Pakai baju kelawar photoshoot, lain sikit kan?

Baju kelawar ni sebenarnya tuk mereka-mereka yang berpakaian kurang sesuai especially tourist non-muslim. Aku pakai sebab aku nak nampak lain dalam gambar la kunun. Sekali sumer pic menampakkan aku gumuks. Adehhhh... Pic yang di atas je lah menampakkan sisi aku yang paling kurus dan comel.

Senibina masjid ni menyerupai sebuah masjid di China. Katanyalah. Mungkin juga ya terutamanya tiang kiri kanan tu.

Maka, selesai sudah eksplorasi kami ke Melaka.

Cadangnya next time nak layan kawasan Ayer Keroh pulak. Taman Mini Malaysia, Insha Allah. 

Daaa.... Bye kamurang.

No comments:

Post a Comment