Saturday, 23 September 2017

Kompang

Salam dari Senaling,

Dolu-dolu zaman aku muda remaja, hormon tergedik-gedik mula merembes dari sistem badan, aku minat sangat tengok dak laki main kompang. Zaman tu, rata-rata gadis remaja cair tengok dak laki main gitar. Tapi aku istimewa, aku cair tengok dak laki kompang. 

Gadis Melayu terakhir sangat aku, kan?

Teringin jugalah aku nak couple ngan dak kompang. Tapi ganster girl cam aku ni sapa yang perasan. Sekali tercouple ngan sorang pakwe ni, takdirnya handal bab-bab teknikal. Jangan kata kompang, menyanyi lagu Negaraku pun pitching lari. Kahkah. Aku berdoa moga Incik Ayah tak baca entry ni. Aamiiin.

Sejak dari tu, masih adore jugalah tengok orang berkompang. Adore ja, sebab rupanya bercouple ngan pakwe handal bab teknikal lebih berbaloi 😉. Aku rasa orang main kompang genius sangat, sebab bukan sebarang boleh tepuk-tepuk kompang tu. Aku dah cuba, sama macam aku tepuk belakang baldi ja bunyinya. Rimanya tak kena.

Adore sangat-sangat, sekali bukan satu pakwe pandai berkompang aku dapat, dua pakwe terus Allah bagi. Alhamdulillah.

Rupanya, dalam kumpulan kompang ada dua bahagian yang akan menalu dan meningkah. Ngam pulak Amin yang menalu dan Iman meningkah. Masa mula-mula belajar, Cikgu Syafina benarkan budak-budak ni bawa kompang balik umah. Berkompang kembar dalam rumah. Nampak perkembangan durang dari tah-hapa-hapa-pakai-tepuk (takut jiran-jiran report polis), skang lebih bernada dan berirama.

Mewakili Daerah Kuala Pilah ke peringkat negeri 28 September 2017 nanti.

Doakan yang terbaik.

No comments:

Post a comment