Monday, 25 June 2018

Hadiah DariNya

Salam dari Senaling,

Kemasukan pelajar baharu, 23 Mei bersamaan 7 Ramadhan yang lalu besar sungguh hikmahnya untuk aku. Hikmah kerna digandingkan menjadi AJK Kad Pelajar MPPB bersama-sama dengan seorang insan berjiwa besar. Kebetulan, kami sama-sama jaga kaunter kad pelajar waktu petang. Pelajar baharu dah tak ramai. Hora horey. Nak kill times, moh le kita sembang.

Sembang-sembang-sembang, masuk part anak. Beliau bercerita tentang anak sulongnya yang juga bakal mendaftar, tapi di USM. Aku yang sebenarnya dah tahu cerita awal dari Incik Ayah. Kawan cycling dia, kawan kerja aku. Berkongsi gitu. Dah tau anak beliau dapat straight A, tau dapat tawaran UIA, tapi USM tawar bersama biasiswa. 

Kiranya dah tau cerita, tapi saja nak dengar lagi. Sungguh beliau merendah diri. Lansung tak sebut anak sekolah mana (aku tau Sains Perempuan Seremban, sekolah kedua terbaik di Malaysia), tak sebut apa keputusan anaknya, dan tak bagitau pun tawaran tu untuk perubatan. Tak sebut lansung.

Kalaulah aku, gila ah terketar-ketar rasanya nak share berita gembira kejayaan anak kat semua orang. Anak bakal doktor kot. Tapi, beliau berbeza.

Sembang lagi, part masuk asrama. Beliau kongsi, anak dia bersekolah di sekolah harian biasa tingkatan satu hingga tiga, walau pun dapat tawaran masuk asrama penuh (tak mention mana). Alasannya, jauh. Beliau tambah, sekali anak dah masuk asrama, maka jauhlah dia dari kita. Selama-lamanya. 

Amni.

Bila masuk part ni, aku mula start enjin. Berkongsilah pulak cerita betapanya aku nak dia duduk berkepit celah ketiak, dia pilih nak ke asrama. Berjauhan. Dapat yang dekat-dekat dia pilih sekolah paling jauh antara yang dekat-dekat.  Aku tambah lagi, betapanya aku tak tahu sekolah pilihan Amni sekolah tahfiz kerajaan. Betapa ketat, padat dan sendat jadualnya. Aku risau macam-macam. Ya, aku salah seorang dari ibu-ibu di Malaysia yang over-protective.

"Anak okay ke di sana?"
"Okay ja, ibu dia ja yang kurang okay".

Beliau diam seketika.

Aku fikir beliau akan mengiyakan aku lepas tu, ye lah point awal dari dia tadi yang menyebabkan aku berpung-pang-pung-pang. Sekali tu dia cakap...

"Anak dah menghafaz Al-Quran tu dah betul, dah baik, dah bagus."

Hati aku kembang berbunga.

"Tapi dalam hidup ni kita tak boleh nak dapat semua. Anak hafizah, tapi hakikatnya dia berjauhan dari awak. Kena terima semua tu dengan hati terbuka."

Aku terpana. Aku tersedar, rupanya aku belum cukup redha untuk melepaskan Amni berjauhan dari kami sekeluarga. Aku selalu rasa aku sudah boleh menerima hakikat. Rupanya tidak. Bukti? Aku masih lagi ulang-ulang cakap atau terdetik, bestnya kalau Amni ada di rumah, kalau dia sekolah di Pilah, kalau itu kalau ini. Berkalau-kalau tandanya belum cukup redha. Subconcious mind aku rupanya tak dapat terima lagi hakikat itu (walau pun Amni dah masuk Tingkatan 2).

Sepetang asyik terngiang-ngiang, "...dalam hidup ni kita tak boleh dapat SEMUA. Ada yang perlu dikorbankan..."

Dalam bilik Amni, aku renung dalam-dalam gambar comelnya, aku bisik, "Amni, ibu redha Amni berjauhan dari ibu. Insha Allah keluarga ini akan dapat hafizah yang mungkin jadi asbab kami masuk syurga". Aku rasa kali ni aku benar-benar redha.

Kebetulan, Amni balik dari asrama minggu tu. Kalau sebelum-sebelum ni, mood dia memang swing selalu, ada ja tak kena itu ini. Aku dah standby mental, dengan mental-mental kembar dan Incik Ayah sekali standby. Kawan pun ada berkongsi, anak-anak yang membawa Al-Quran dalam hati-hati mereka, beban mereka 'berat'. Jadi kami cuba faham.

Tapi minggu tersebut, Amni berbeza. Dia yang moody tu hilang, dah takde. Yang tinggal ialah Amni yang sangat happy, very energetic, very sporting, loving, bersemangat... I am amaze. Allahuakbar.

Disaat aku penuh redha mengiyakan ketidakhadiran Amni bersama-sama keluarga ini 24 jam, Amni kini ialah Amni yang penuh dengan positive vibes. Seronok adik-adiknya, Incik Ayah dan aku tentunya!

Alhamdulillah, DIA hantar seorang 'beliau' untuk menyedarkan aku.
Alhamdulillah, DIA lembutkan hati seorang anak sebagai hadiah buat kami Ramadhan kali ini.

Bahagianya, tenangnya hati... Subhanallah.
Kekalkanlah rasa ini Ya Rabb...

No comments:

Post a comment