Sunday, 29 March 2020

Terima Kasih MCO ~ Hikmahnya #5

Alhamdulillah, banyak masa terluang dengan keluarga. Allahuakbar!
Allah jua lah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

Antara perkara yang paling banyak melayang-layang dalam kepala aku sejak Mei 2019 ialah masa dengan keluarga yang semakin berkurang. Lagi-lagi dengan Amni. Kalau aku balik hujung minggu ke Pilah, tak tentu lagi dapat jumpa mak cik tu. Kalau pun cuti sekolah, aku pula tak bercuti. Jumpanya hujung minggu, dua hari. Walau pun mulut kata, Insha Allah banyak hikmah Allah nak bagi berjauhan dari keluarga, tapi kadang-kadang sayu dan syahdu jualah.

Dan sekarang, dah sampai pun petang MCO yang ke 11. Alhamdulillah aku dapat bukan dua hari, bukan seminggu tapi lebih dari itu. Insha Allah, 28 hari dan aku jangka akan menjangkau ke 40 hari. Jangkaan aku ni hanya sekadar jangkaan, detikan hati macam tu. Tiada kira-kira statistik. Tapi terasa-rasa sampai 40 hari.

Ya, banyak kali aku ulang cakap Alhamdulillah. Siapa yang menjangka, akan adanya sejenis virus bernama Covid-19 melanda bukan sekadar Malaysia malah seluruh dunia! Kau sangka? Sumpah aku tak sangka! Kena duduk rumah, tak boleh keluar lalalalala. Keluar hanya untuk meneruskan kelansungan hidup (beli barang untuk dimakan) dalam keadaan ketakutan dan penuh dengan langkah berjaga-jaga. Allahuakbar, tahun 2020 sungguh-sungguh akan jadi kenangan besar.

Jadinya sekarang, aku bersama-sama dengan keluarga tercinta. 24 jam. Ya, kini aku boleh kata 24 jam. Bangunkan Amni, Amin dan Iman untuk solat Subuh setiap pagi. Allahuakbar, indahnya. Peluk cium tarik hidung bergurau-senda usik mengusik. Masak sama-sama. Makan sama-sama. Solat berjemaah sama-sama. Baca Yaasin sama-sama. Main board game sama-sama. Bila menang boleh berlagak namatey. Boleh pantau kerja sekolah anak-anak. Boleh berlagak lagi bila soalan Tahun 6 atau Tingkatan Empat berjaya aku selesaikan. Allahu Akbar, kenangan sungguh.

Kenangan yang bakal dirindui. Sungguh.

Sesungguhnya benarlah kata-kata Allah Yang Maha Esa. "Dalam kesusahan ada kesenangan..."

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...

No comments:

Post a comment