Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Monday, 7 November 2016

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan 2016

Salam dari Senaling,

Dah lama menyimpan keazaman nak hike ke sini. Gewam pun ada sebab dah pernah sampai pun tapi ta tau pula ada view macam ni cantik.

Cantikkan? Kira second time aku hiking, dari puncak nampak laut biru kehijauan. First time di Langkawi. Hiking guna cable car. Aci ta?

Bukit Batu Putih sebenarnya terletak di Pusat Rekreasi, Tanjung Tuan, Melaka. Berbaloi besar datang sebab kau boleh spend satu hari di sini. Ada banyak tarikan kalau rajin explore.

#1 Rumah Api Tanjung Tuan.
Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rachado ( nama diberikan oleh Portugis) mula dibina antara tahun 1626 hingga 1629. Kemudian jatuh ke tangan Belanda dan akhirnya British. Mesti pergi dan tengok sendiri walaupun tak boleh masuk. Usia rumah api ni hampir 387 tahun beb. Wow!  Hanya tawaf Rumah Api, akan nampak juga view laut biru kehijauan. Masa kami datang siap ada heli berpusing-pusing sekitar pusat rekreasi ni. Kira bonus tuk budak-budak tuk tengok heli secara dekat.

#2 Puncak Bukit Batu Putih.
Selepas melalui jalan masuk hutan yang biasa dari jalan tar, barulah kami dapat lalu di celah-celah batu tuk sampaikan ke puncak Bukit Batu Putih. Macam aku bagitau awal-awal tadi view yang dapat kita lihat memang Subhanallah cantik. Tapi panas lit lit atas sini kalau sampai lambat cam kami. Kembar sampai-sampai puncak terus, "Jom turun. Panas". Ayoooo... tapi sempat juga aku dan Incik ayah paksa-paksa durang tuk dapatkan beberapa pic wat kenangan walaupun muka masing-masing seperti tuuuutttttt... :)

#3 Immigrant Birds (kebanyakannya species helang)
Berdasarkan info, katanya musim burung adalah pada bulan Mac dan September. Pelbagai spesis helang akan melalui kawasan ini dan dikatakan sebagai antara salah satu kejaiban dunia. Tengok satu spesis helang di Langkawi pun aku da jakun, bayangkan pelbagai spesis. Wow tak tengok pun lagi dah rasa kagum subhanallah.

#4 Telaga Lama.
Air tawar tepi pantai. Air jernih, siap ada timba nak kalau nak feel amik air telaga macam orang dolu-dolu dan bau punya harum masa kami sampai. Haippp... jangan fikir yang mistik-mistik dulu ya. Kebetulan ada orang baru mandi bunga kat situ. Tu sebab wangi semerbak.

#5 Tapak Kaki Hang Tuah.
Tapak ni berdekatan dengan telaga lama. Kalau bukan adik yang gigih angkut air dari telaga tadi yang tunjuk, mungkin tak jumpa kot. Besau tapak kaki Abang Tuah rupanya. Penuh jentik-jentik pula tu sampai Amin suruh aku buang air tersebut. Tak terjangkau akalku cane nak buang air tu. Penat agaknya. Lain kali sampai sini aku tau da cara nak buang. Bunga layu tu bukan kami yang letak. Jadi tak tahu apa reason letak bunga di situ.

#6 Jungle Trekking.
Yang ini paling best. Rupanya di Tanjung Tuan ni ada banyak jalan tuk jungle trekking. Insha allah tak sesat kalau masuk mana-mana trek tapi pastikan trek itu memang trek bukan ilusi trek k. Sempatlah Incik Ayah interbiu uncle peramah yang memang hari-hari trekking kat sini. Beliau yang bagitau macam tu. Kebanyakkan trek akan bawa kita ke tepi pantai yang agak private. Jalan trek turun naik tak konsisten, ikut nasib trek mana kau ikut. Kami dapat ikut beberapa trek. Masuk sini keluar sana sini. Haha.

#7 Private Beaches
 
Lama kami spend masa di sini. Teda orang mungkin sebab hari Ahad. Mungkin sebab cuti hujung minggu biasa. Mungkin sebab kena berlelah sikit nak sampai sini walaupun trek ke sini trek yang agak popular berbanding trek-trek yang lain. Mungkin air nga pasang jadi tempat nak lepak terhad. Mungkin orang lain tak plan macam kami nak berkhemah sini. Tu sebab kami je yang angkut beg besar sebab penuh ngan makanan dan air mineral sampai rasa nak rebeh bahu angkut sana sini. Tapi berbaloi. Kembar sampai tanak keluar dari air walhal masing-masing dah centong matahari pacak atas kepala.
 
Sempat jugalah kami solat. Senang solat siap-siap. Tak sangka terbawa telekung sebenarnya. Rezeki nak solat sambil dengar bunyi ombak.
 
Alhamdulillah, banyak yang dapat kami buat pergi Pusat Rekreasi Tanjung Tuan. Tapi dalam banyak-banyak aktiviti, aktiviti yang satu ni yang sebenarnya memberi semangat especially kembar tuk ikut explore nature bersama-sama...
 
Aktiviti makan megi! Beberapa hari sebelum hiking dah excited sebab diberitahu nak makan megi kat sini. Yang excited tuk macam-macam kat entri atas ialah aku dan Incik Ayah je agaknya. Haha

Kalau setakat makan megi, kat rumah pon boleh. Tapalah, yang penting dapat satu lagi peluang untuk bonding time ngan anak-anak. Bila durang dah besar, gerenti akan rindukan detik-detik ini.

Skang pun da rindu kakak dan kembar masa umur mereka 2 - 6 tahun. Tskkk...

Wednesday, 18 February 2015

Kembara ke Alive 3D Art Gallery Port Dickson N9

Salam dari Senaling,
 
Ada hikmah aku tumpang kasih Family Day (citer di sini) orang rupa-rupanya. Gara-gara ter excited nak jumpa kawan-kawan lama cum excited nak pi holiday, kami telah bertolak awal dari rumah. Jam 11 dah sampai Port Dickson padahal kawan-kawan yang lain sedang na...na...na... kat umah golek guling atas katil. Cis...
 
Namun, dapat juga aku pergi ke Alive 3D Art Gallery disebabkan terawalnya aku ke sana. Seprais betui bila aku wasap geng N9, tanya apa yang best kat Port Dickson selain pantai, durang bagitau ada  Alive 3D Art Gallery kat situ. Tak tau pula aku kat N9 pun ada. Setakat  Alive 3D Art Gallery I-City Selangor atau Pulau Pinang, aku nampak lama da kawan-kawan update di wall Facebook.
 
 Alive 3D Art Gallery ni terletak berhampiran dengan Giant PD. Lokasinya senang nak di cari. Lepas jumpa Giant PD, cari rumah kedai kat sebelah kanan dengan...
 
...pic besar ni kat depan galeri. Okay?
 
Alah, navigation system kan ada. Apa de hal? Bayaran masuk RM20 tuk seorang dewasa dan RM15 tuk seorang kanak-kanak. Kanak-kanak yang free haruslah tidak melebihi 90 cm. Kos untuk simpan kasut berjumlah RM10 per loker, sebab masuk galeri ni haruslah berkaki ayam.
 
Sebelum masuk galeri, aku dah psiko Amni dan kembar Amin, Iman supaya sporting kalau aku suh durang bergaya. Waima disuruh baring atas lantai pun, wajib kena ikut. Kalau sumer pun nak malu, memang buang duitla namanya.
 
Apa kah lagi objektif dan misi utama ke sini kalau bukan untuk bergambar kan? Walau pun berkamera kan kamera fon 8MP.
 
Durang angguk-angguk, macam faham. Nanti kat dalam kita tengok k...























 
Nah, belanja korang 21 dari 127 keping gambar. Prestasi Amni maintain, tapi prestasi kembar menurun mengikut masa. Dah hujung-hujung tu start ajak balik. Dah leh agak perangai durang akan jadi macam tu. Lansung tak seprais. Orang pun dah start ramai. Bersimpang siur nak amik gambar masing-masing. Nasib baik kami sampai agak awal tadi.
 
Tips kat sini aku nak kasi tau supaya berbaloi-baloi dengan harga yang korang bayar ialah :
1. Psiko anak-anak anda kaw-kaw punya supaya mereka akan bagi kerjasama yang ta berbelah bahagi.
2. Ahli keluarga yang tak sporting dan pemalu adalah tak digalakkan ke sini. Bayangkan, masa korang berbaring bergaya, orang penuh kot kat sekeliling nga amik turn nak bergambar jugak.
3. Sila sediakan riak muka yang bersesuaian dengan cara bergambar.
4. Kat dinding galeri ni, penuh ngan contoh-contoh cara macam mana nak bergambar supaya nampak real. Kalau lebih kreatif, lebih bagus.
5. Sila bertolak ansur. Ada sesetengah port adalah port feveret macam pic meniti atas titi dan pic di kerusi merah tu. Agak-agak dah dapat pic yang real, beredarlah dari situ laju-laju. Kalau rasa nak berlama lagi, bagi chance kat orang lain. Pastu amik sekali lagi kat situ. Macam yang kami watlah. Siap beratur macam nak beli Choconut Shake di Pantai Klebang pulak.
 
Alhamdulillah, kami tak berjumpa ngan geng-geng mementingkan diri sendiri di sini. Semuanya sangat prihatin seperti kami juga. Ehemmm...
 
Kami dah sampai ke Alive 3D Art Gallery akhirnya...Yess...!