Monday, 20 April 2015

Resepi Mudah : Roti Piza

Salam dari Senaling,

Satu lagi resepi mudah yang anak-anak suuuuukaaaa sangat. Guna roti Gardenia jer pun. Malas nak uli tepung. Nama pun mudah kan? Jadi mari mudahkan pagi anda dengan buat breakfast dengan penuh kasih sayang.

Bahan-bahannya :
Roti Gardenia (3 keping untuk 3 orang anak)
Marjerin
Left over kuah spageti daging malam tadi. Kalau tada kuah spageti, guna ja sos tomato. Nak pedas sos cili. Nak canggih campur sos cili ngan sos tomato...Pun boleh.
Keju (aku guna Mozarella parut, nak guna keju keping pun okay)
Sosej (2 je aku guna potong bulat-bulat)
 
1. Sapu kuah spageti atas roti.
2. Panaskan kuali dulu, pastu baru continue dengan step 3.
3. Susun sosej potong atas roti, tabur keju atasnya.
4. Letak marjerin dalam kuali dan letak roti tadi. Tutup kuali.

Api kena kecil masa ni sebab sumer bahan dah masak, kita just nak cairkan cheese dan rangupkan sikit bawah roti jer. Tu sebab step 2 aku dah start panaskan kuali sebab tak nak bawah roti hangus dan hangit.

Aku guna kuali ajaib ni.
 
Nak guna oven lagi bagus sebenarnya. Tayah nak pikir sal bawah roti hangus ke, hangit ke...Terpulang mana yang senang. Tapi aku malas nak kuarkan oven maka aku guna kuali ajaib.
 
Siap tuk dihidang...Nak letak lada benggala, bawang Holland pun boleh. Lagi sedap. Nampak dan lebih rasa Italia Pizza gitu...
 
Mudah kan? Bye!

1 comment:

  1. wah nampak sedapnya..boleh try ni..terima kasih

    ReplyDelete