Monday, 9 January 2017

Medan MPKK dan Jeti Kuala Kuala Kangsar Perak

Salam dari Senaling,

Lepas solat tenang rasanya nak makan kan? Kalau google 'tempat makan best di Kuala Kangsar' memang ramai juga yang rekemenkan tempat ni tuk pekena laksa kuale, pasembor dan cendolnya yang tersohor.

Maaf, laksa kuale dan pasembor je keme sempat amik pic, cendol? Tak menyempat.

Kalau tanya aku rasa cendol dia cane. Aku leh bagitau sebab aku pernah rasa cendol sama sedap di Banting dan di Kuala Pilah. Laksa pulak, mungkin bukan citarasa tekak aku. Tekak orang lain mungkin lain citarasanya. Alaaaa... alang dah sampai kuale tu singgah je le tuk rasa sebab...

... rupanya Medan MPKK ni memang terletak tepi Sungai Perak yang juga terkenal dengan aktiviti riversidenya. Maknanya ada aktiviti lain boleh explore bukan makan semata-mata 😁.

Kome boleh menyusuri sungai Peghak sampai jambatan nun.
 
Bot ni special, bayar pun special.  Bot biasa harga reasonable.

Namun bukan rezeki kami hari tu sebab kami tiba ketika hujan rebas-rebas. Tak digalakkan nak explore aktiviti di tebing Sungai Perak atas faktor keselamatan. Kami berpeluang lepak-lepak je di jeti sambil menyaksikan keindahan ciptaanNya. Tu pun Alhamdulillah Ya Rabb.

Da kenyang da lepak. Jom pergi Istana Kenangan jom.

 
Happy exploring dear! Bye.

No comments:

Post a Comment