Showing posts with label cerita kembar. Show all posts
Showing posts with label cerita kembar. Show all posts

Saturday, 18 April 2020

Kembar dan Kompang Kahwin

Kembar mula berkompang dari tahun tiga. Bermula dengan pertandingan sampailah boleh dapat duit poket, tak pun makan percuma dengan menghadiri majlis-majlis yang perlukan kompang sekitar Kuala Pilah. Invest duit untuk kemahiran sentiasa berbaloi. Eh, jap... aku tak invest duit pun haha, hanya masa dan tenaga je la tuk kembar dapatkan kemahiran berkompang ni.

29 Feruari 2020, julung kalinya kami sekeluarga dijemput hadir kenduri sekali dengan kembar berkompang. Biasanya hantar dan ambil kembar ja. Kali ni lain, sebab ini kenduri saudara Cikgu Shafina yang mengajar kembar berkompang. Majlis yang lain lebih kepada jemputan berbayar. Jemputan untuk pasukan kompang dan cikgu pengiring ja.

Kompang kahwin ft. kembar dan kawan-kawan.

Kebanyakan mereka dari tahun enam. Mereka yang bersama-sama kembar belajar meningkah dan menalu kompang sejak dari tahun tiga. Aku menyaksikan sendiri Cikgu Shafina melatih mereka dari kosong. Bukan senang. 

Sepatutnya tahun ni, Cikgu Shafina perlu melatih pelapis yang baru sementara geng-geng ni masih ada. Itu jugalah kami sembangkan dengan cikgu, tapi Allah aturkan Covid-19 untuk kita semua. Sedangkan UPSR pun dibatalkan, inikan pula aktiviti berkompang. Bertabahlah cikgu nak cari pelapis baru nanti ya.

Baju kami sekeluarga kebetulan sama warna dengan pasukan kompang. 

Nampak macam pengurus pasukan pulak dah. Dan masa ni muka Amni terbakar teruk sebab menjalani latihan netball peringkat daerah. Takpe... masa MCO yang panjang ni, putihlah semula tu. 32 hari dah minah ni tak kena cahaya matahari. Kembar pun.

Vlog bakal menyusul Insha Allah. Tunggu. Siap! Klik sini. 

Pending entry is done and I am happy!

Saturday, 3 August 2019

Dari Cikgu Amrina : Kembar Memasak di Sekolah

Aku ada di Banting dan Cikgu Amrina (guru kelas kembar) upload pic di bawah.


Eh, memasak? Kenapa ibu tak tahu apa-apa pun?


Kemain nama menu kumpulan kau dik, spagheti naga berapi.

Bila dah sampai Pilah petang Jumaat, aku tanya kembar "Mana spaghetti? Ibu nak rasa". "Tak bawa bekas la bu, tak tahu pun ada pertandingan memasak". Iyelah, kembar kan tak ke sekolah kerana pulang ke kampung. Hari Jumaat baru sekolah semula, tup-tup ada pertandingan memasak spaghetti. Patut pun tak bawa bekas. Nak tapau apanya? Tak menyumbang apa-apa, kudrat semata.

Aku tanya, apa ke fungsi budak berdua ni. Amin memotong bahan-bahan, dan Iman bahagian kebersihan. Nama menu yang vassss tu, idea Iman. Ceritanya.

Bawang kat tepi pinggan tu yang akan menyebabkan api dan asap keluar dari mulut macam naga. Ceritanya lagi. Kemain menu ikut trending sekarang. Kreatif  budak-budak ni.

Terima kasih cikgu, update aktiviti anak-anak. Sini ada seketul ibu yang rajin update di blog pula, buat kenangan.






"Apa ni dikkkkkk...?". Hitam sangat ni. Haha

Nama menu pun kemain. Spagethi Heart Broken. Patutlah hitam. Broken sungguh-sungguh ni😂

Taekwondo : Grading Blue II to Red I

Dah nak masuk Red I baru Allah kurniai idea untuk buat catatan tentangnya.
Terima kasih ya Rabb 

Antara yang hadir... termasuk sepasang kembar lagi.

In ready position...

...get set...

...GO!


Tiada catatan panjang berjela, cuma nak sangkut video ja 😄 → klik sini.

Untuk anak-anak, Amni, Amin dan Iman; ibu dan ayah sedaya upaya akan cuba ada untuk kamu semua. Di setiap peristiwa selagi nyawa dikandung badan. Ingat itu selalu.

Road to UPKK : Gaya Pembelajaran Amin dan Iman

Seingat aku, masa Amni menduduki UPKK, aku tak risau. Lansung.

Amni, mungkin dia anak perempuan, yang pertama pula tu. Jadi lebih matang dan rasa tanggungjawab pada diri sendiri tinggi. Aku masih teringat Puan K pernah melaporkan, Amni sambil tunggu bas ke SRA (di Banting), duduk di buaian sambil baca buku.

Kembar? Contohnya; Amin, sambil baca buku sambil main Beyblade gaissss...

Nah, bagi teaser sikit (sebab tak cukup nak  masuk full video) seorang ibu yang juga seorang pendidik buat soal jawab tentang solat Jamak dan Qasar.

Perkataan mufasir masih belum wujud dik 

Video penuh nanti ibu dah upload di YouTube - boleh klik sini, sambungan di sini. Biar future cucu-cucu tengok macam mana abi-abi nya belajar dulu-dulu 😜 

Tuesday, 30 April 2019

Proud Moment :
1st National Warrior Closed Taekwondo Championship 2019

Sekali setahun. Itu yang aku bagitahu Ayah selepas melalui beberapa siri Kejohanan Taekwondo. 

Kejohanan pada 2019 is done!

Teringat pula first time join kejohanan di Seri Kembangan, tak faham aku macam mana kategori dibahagikan. Belum kira lagi seharian di venue. Sebab aku terdengar ada parent yang menyuarakan rasa tak puas hati. Sebiji dulu macam aku yang penuh tanda tanya. Anyway, welcome Taekwondo-new-parents to the event! 

Kali ini aku lebih bersedia (dah nak masuk tahun ketiga kot join) dan relaks ja bila dikhabarkan Amin akan fight dua kali dan Iman sekali ja. Boutchart 59 dan 62. Maknanya giliran ke 59 dan 62. Ring ada dua, termasuk ring B mula lambat sebab masalah teknikal. Sampai Senawang jam 7.00 pagi, balik jam 6.00 petang. As usual, tak surprise punnnn...

Tahniah untuk kembar, dan yeay A untuk gred KoKu 😀

Tak, itu bukan niat utama ketika kembar melobi aku saban tahun nak join Taekwondo. Tahun ketiga bila kembar bersungguh (Amin paling bersungguh), aku kata 'boleh, tapi...' ada syarat beb. Dah pernah cerita, cuma nak bagitahu, tatkala anak-anak bertaekwondo dan join sparring, maka kebarangkalian nak dapat A untuk KoKu sangat tinggi.

Markah penglibatan sure A, tak kira menang atau tidak. Kebanyakan (atau semua?) kejohanan Taekwondo adalah peringkat kebangsaan.

Markah pencapaian kena usaha lebih sikit. Tapi macam kes Amin Iman, kategori Bantam D ada tiga orang ja. Jadi bagi 2019 pencapaian kembar A lah juga, kan? Alhamdulillah.

Paling penting untuk aku ialah kembar sudah ada kemahiran, harapnya membantu sedikit sebanyak untuk future nanti. Alhamdulillah tambah satu lagi momen untuk dijadikan kenangan, dan yeah aku update blog... akhirnya.

Terlebih dose rajin, videonya di sini

Friday, 22 February 2019

Kembar Yang Manis.

Sudahlah selsema.
Kaki terpelecok pulak masa main netball.
Mungkin sebab tak warming up.
Mungkin sebab tak streching.
Maka tak normallah aku jadinya.

Dalam kereta kembar dah sibuk tanyakan itu ini.
Kenapa jadi macam tu. Ibu main macam mana.
Amin picit-picit bahu aku.

Tiba di rumah.
Iman ambilkan ais. Letak dalam plastik.
Tuamkan tempat berkenaan.
Tak bagi aku banyak bergerak.
Bentangkan toto tuk aku.
Suruh aku berehat. Awal.

Ah, sweet betul.

Tertidur sekejap. Terjaga.
Tak lena sebab hidung tersumbat.

Ke ruang tamu. Suami masih tak tidur.
Hadap TV, handphone di tangan.
Kembar dah tidur.

Aku sembang perihal kembar.
Perangai sungguh manis.
Berbunga aku rasa.

Aku (saja)tanya suami.
Bagaimana kembar boleh jadi semanis itu?
Suami jawab dengan tepat.
Kembar buat apa yang aku biasa buat pada kembar bila kembar tak sihat.

Aku bagitahu suami.
Perempuan(normal) hanya nak perhatian.
Semudah itu.

Aku bagitahu suami.
Aku semakin faham.

Dulu mengharap.
Kini memahami...

Saturday, 21 July 2018

Balik Kampung ~ Kakak Anis Tunang

Salam dari Senaling,

Mula diberitahu khabar anak saudara Incik Ayah bertunang di kampung (Hujung Rintis), terus putuskan tak dapat hadir. Hari Ahad. Baru ja balik kampung (berhari raya) selang seminggu. Tapi bila sampai rumah, tiba-tiba Incik Ayah berubah hati. Nak balik pulak.

Aku okay je sebab yang nak memandu itu beliau. Kami pernah buat gila lebih dari ini bila balik hari masa kenduri sepupu aku di Sabak Bernam tiga tahun lepas. Naik kereta comel pulak tu. Sekarang dah beli kereta yang lebih selesa, kenapa pula tak dapat hadirkan diri? Allah dah kurnia kenderaan yang lebih baik, maka molek sangatlah balik jenguk keluarga.

Singgah solat di masjid yang Subhanallah bersih ya hamat. Pertama kali  aku jumpa yang sangat-sangat bersih. Sangat. Aku kagum dan tahniah pada AJK masjid ni. Moga Allah merahmati kalian.

Sampai kampung Jumaat malam, terus tuju rumah kakak celebrate sempena cemerlangnya adik bongsu kami dalam peperiksaan akhir semester. 4.00 flat woooo. Tepukkkk... Selesai makan pizza, sate, mee goreng, kek baru balik rumah mak, tido. Paginya round pekan Teluk Intan mengimbau zaman dating  ngan Incik Ayah (aku menyesal bercinta buang duit buang masa) sebelum balik Hujung Rintis. Sempat pekena mi rebus tersohor di Teluk Intan. Ya, makan lagi.

Masa lambat berjalan di kampung. Sebab sambungan Internet perlahan. Jadi aku makan, tido, makan, main ketinting dengan kembar dan sapu laman sebab nak cover rasa bersalah makan banyak. Naik motor round kampung. Capture imej, update Insta dan makan, tido, naik 1 kilo.


 
Antaranya. Nikmat masa duduk di kampung dan kembar kebosanan terutamanya waktu tengahari. Bila round kampung naik motor baru ceria kembali.

Hari kejadian, hadir dengan kejayaan. Kejayaan makan bertambah-tambah. Naik 0.5 kilo. Selesai majlis masuk dapur selamba. Kemas angkut pinggan back and forth. Nak basuh tuan rumah tak kasi lak. Jadi aku buat-buat rajin tuk cover rasa bersalah sekali lagi.

Nampak tu, akak kurung hijau fokus nga cedok kari daging. Tambah nasi kali ketiga. Sebelum tu akak kurung hijau dah makan karipap dua ketul, lemper (sejenis kuih Jawa) dua ketul dan kuih bakar dua potong, je.


Tahniah anak saudara. Inshaallah, kalau dah itu jodoh hang, mak dan pak penakan serta famili hantaq hang pi Jitra tahun depan no.

Monday, 5 March 2018

Larian Zaaba 2018

Salam dari Senaling,

Hujung minggu lepas kembar join  Larian Zaaba 2018. Selama empat tahun menetap di Pilah, inilah pertama kali aku dengar sal Larian Zaaba. Gah sebab peringkat kebangsaan melibatkan pelari antarabangsa lagi tu. Bagi aku larian ini membuka peluang kepada para pelajar untuk up markah kokurikulum. Terutamanya para pelajar Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5, Pra Universiti dan tak lupa tuk government servant sekitar Pilah khususnya. Alhamdulillah sijil Larian Zaaba tu membantu tuk macam-macam Insha Allah.

Bayangkan, penglibatan kebangsaan hanya tuk menyampaikan diri dari mula hingga garisan penamat sejauh 4km, 6km, 10km atau 16km (ikut kategori) adalah sangat awesome. Tiada cutoff time. Nak berjalan, mengensot, menyiput pun tadahal. Melainkan kalau nak markah pencapaian kebangsaan bolehlah lari pecut di permulaan. Tapi naluri keibuan aku kata, takyahlah pecut sangat, macam tak berbaloi kalau luka tertonggeng ke hapa ke. Peserta ramai keseluruhan hampir 10k. Kau rasa ngeri ke tak ngeri tengok budak-budak la terutamanya berlari bersepah macam tu?

Apapun tahniah kepada warga kerja SSN Zaaba Negeri Sembilan! Aku salute dengan usaha macam ni. Ingat senang nak wat penganjuran peringkat kebangsaan? Kejang abdomen nak wat itu-ini-macam-macam. Aku tahu sebab aku pernah diberikan peluang melibatkan diri dalam penganjuran SIPMA 2013. Peringkat Kebangsaan ya macam-macam hal mula dari hari pertama menjejakkan kaki di tempat kejadian. I feel you, no worries.

Tujuan Larian Zaaba ni diadakan untuk mengumpul dana bagi menaiktaraf infrastuktur sekolah. Dan infrastruktur sekolah ni pun memang dipakai oleh kebanyakan institusi pengajian bawah KPM terutamanya sekitar Pilah. Sekolah kembar tak terkecuali. Almaklum sekolah tanpa padang, kelebihan bila acara sukan dibuat di sini ialah kembar berlari di trek larian yang memenuhi piawaian.

Kembar excited ya amat nak masuk larian 4km.

Disebabkan kembar masuk larian ni, maka terlebih emosi pulak aku nak komplen macam-macam berkenaan penganjurannya. Di hari kejadian je lah. Tapi bila dah masuk hari kesembilan ni, emosi lebih stabil. Hehe. Besar hikmah bila sibuk buat photobook weekend berkenaan. Sampai tiga photobook aku pulun. Kalau aku berblog, besar harapan aku nampak dungu dan kelihatan kurang bijak melontarkan buah fikiran acececehhh.

Masa pengetua Zaaba bagi ucapan pembukaan pun, awal-awal beliau dah mention sal kekurangan itu ini akan diperbaiki pada masa hadapan. Insha Allah akan diperbaiki. 

Kami (aku dan Incik Ayah) jadi ghost runner tuk kembar 4km sebab tahla rasa insecure ja budak halus-halus ni nak masuk larian melibatkan ribuan orang. Sepanjang larian aku perhatikan ramai juga ghost runner  yang join sama sambil-sambil jaga budak-budak ni berlari. Fahamlah budak-budak lari macam mana. Mana fikir keselamatan, tahu seronok, tahu nak laju, nak menang... Nama pun budak-budak kan.

Larian bermula dengan kategori terbuka. 

Route dah la turun naik bukit. Naik bukit aku tak risau, masing-masing slow. Kalau ada pun budak-budak yang nak pecut, gasaklah. Laju mana pun kau boleh pergi. Tapi turun bukit aku risau. Dibantainya berlari, lom masuk lagi yang main-main, tolak-tolak, nak lompat longkang tak berapa nak siap (sebab nak cepat nak potong ramai orang kununnya), tali kasut panjang berjela-jela terungkai tak diikat (masa berlari). Haishhh... Seriau tau tak. Mana yang boleh aku tegur, aku tegur. Ada gak budak-budak ni pandang aku atas bawah tak puas hati ingat aku budak darjah 6 lettew. Ya Rabb inilah ujian bila nampak 'muda'. Kohkoh.

Yang aku risau pada pernyataan di atas, semuanya tentang anak-anak orang. Kembar, Alhamdulillah dah diberi amaran awal seminggu-ulang-ulang. Plus Incik Ayah ada iring sama-sama sepanjang larian 4km. Sungguh perangai kami guru-guru Malaysia aku ni rupanya.

Pada masa akan datang, mungkin penyertaan boleh dihadkan kepada pelajar-pelajar yang kritikal perlukan markah penglibatan ko-kurikulum macam pelajar tingkatan 3, 5 atau Pra-U 6 Atas. Sekolah rendah galakkan je lah yang Darjah 6 masuk. Lain-lain darjah tu nanti-nantilah. Insha Allah ada rezeki Larian Zaaba akan diadakan setiap tahun.

Kategori A. Kembar dalam kategori ni. Punya ramai.

Yang ni baru di luar pagar sekolah. Yang di dalam? 

Tak sebenarnya aku nak cakap, penyertaan patut dihadkan pada satu jumlah yang lebih realistik bersesuaian dengan infrastruktur dan keadaan. Tu jelah. Anyway tahniah warga Sekolah Sukan Negeri Zaa'ba dan terima kasih banyak-banyak.

Majulah sukan untuk kembar dan kita semua. Bye!

Saturday, 20 January 2018

Kembar Bersunat

Salam dari Senaling,

Ini ialah imageless entry. Hanya cerita sebab ketika kejadian, kembar request no picture taken before, during or after. Jadi aku sebagai mommy mithali bersetuju je tanpa banyak bicara.

Sebenarnya aku dan Incik Ayah dah merancang untuk menyunatkan kembar dari tahun 2016. Bila hasrat disuarakan, kembar minta supaya ditunda pada tahun 2017. Kami bersetuju. Dalam jangka masa itu, kerap-kerap-kerap-kerap-ulang-ulang-ulang-ulang bagitahu kembar bahawa hujung tahun 2017 mereka akan bersunat. Sepanjang tahun tak jemu-jemu!  Biar mental bersedia. Mental kembar, aku dan mental Incik Ayah sekali. Hehe. Insha Allah proses jadi mudah. 

Cari tarikh. Hujung tahun ialah tarikh hot untuk bersunat. Kami ni kategori lambat juga nak booked tarikh sebab takde pengalaman. Huhu. Kita kena fit dengan tarikh bukan tarikh fit ngan kita. Lupa jap yang aku hanya rakyat marhaen.

Tarikh awal lebih baik. Pilihlah tarikh awal-awal cuti sekolah. Tak tahu berapa lama luka nak baik. Unpredictable. Dengar cerita paling awal boleh dapat tiga hari, tapi kembar ambil masa seminggu. Nasib-nasib ikut rezeki. 

Aku berdebar-debar sebenarnya bila nak sunatkan kembar. Stress pun ada. Memikir apakah yang akan terjadi nanti. Ikutkan aku, aku nak dua-dua bersunat serentak. Terfikir gak nak sunatkan durang di dua klinik berbeza. Tapi duk Pilah manada banyak pilihan klinik pun. Dua klinik ja. Tarikh pulak lain-lain. Penyudahnya amik je lah satu klinik.

Bila satu klinik, fikir lagi cane nak buat supaya bila seorang tu nga bersunat, yang seorang lagi tak boleh berada di tempat kejadian. Jadinya yang pertama melolong, memekik; risau yang menunggu di luar jadi mental. Dahlah hari Khamis aku kerja. Pastu kemut lak tu nak minta cuti (dilema guru ibarat lilin membakar diri untuk kepentingan orang lain) Haha. Sayang kuliah punya pasal. 

Syukur je timing kembar sunat time aku free dua jam, leh lari jap. Sudahnya plan jadi macam ni:

1) Incik Ayah bawa Iman gi klinik, sunat. Amin tinggal dulu di rumah.
2) Aku habis kelas tutorial, zooommm amik Amin kat rumah bawa ke klinik, ganti bawa balik Iman.
3) Kakak Amni jaga Iman lu, sementara nak tunggu Incik Ayah balik bawa Amin. Ibu zooommmm balik kolej prepare tuk kuliah. 

Part paling seram ialah part kakak Amni jaga Iman. Kakak seram, aku pun seram tapi aku harus pandai-bajet-wat cool. 

Hari kejadian; Segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Aku pun kurang memikir perkara merepek-belum-jadi-lagi bila masuk kelas mengajar tutor. Habis kelas jam 1000, aku balik rumah amik Amin. Ikut jadual Iman patut bersunat jam 1030 pagi dan lebih kurang jam 1020 aku dah sampai depan klinik. Tapi aku dan Amin masih lepak dalam kereta tunggu signal dari Incik Ayah.

Tiktoktiktoktikkkk... 1045 (sepi). 1050 (senyap). 1100 (diam). Ahhhhh sudah apa hal lak ni. Aku gelisah sebab kuliah mula jam 1200, Amin (mangsa seterusnya) apatah lagi. Jam 1110, aku call Incik Ayah. Baru masuk dalam bilik doktor katanya. Like... whattttt? 

Amin lak nak terkencing. Sudahnya aku masuk je dalam klinik gi toilet. (Iman di dalam nga bersunat mungkin) Ngam aku dan Amin selesai guna toilet. Iman keluar punya steady. Rilek ja tak nangis tak apa. Aku tanya, sakit tak? Jawapannya; tak. Fuhhhhh... lega. Senang banyak ni tuk Amin bila tengok kembarnya punya cool. Dua budak lagi, selepas Amin pun nampak muka lega bila dengar feedback positif cenggitu.

Incik Ayah amik turn bawa Amin masuk bilik doktor, aku pula bawa Iman balik rumah. Sampai rumah jam 1145, bagi Iman ubat tahan sakit apa-apa hal, pastu pesan pada kakak suh jaga adik jap. Aku bagi tips kat dia, kalau Iman menangis (mengadu sakit), amik kain letak ais, dab dab dekat kepala. Aku bisik, tindakan tersebut sebenarnya lansung tak mengurangkan sakit di 'situ', psikologi semata-mata. Hehe. Amni say okay.

Semua seperti baik-baik sahaja, maka seorang guru Malaysia yang gigih ni pun zooommm balik kolej, masuk kuliah. Mengajar.

Aku fikir selesai sudah kerunsingan ini. Takkkkk... Nak menjaga luka pun satu hal. Walaupun Incik Ayah yang take over segala macam urusan kelelakian, aku masih berdebar nak tunggu berapa lama lagi luka-luka tu nak baik. Risau infection terutamanya. Alhamdulillah, seminggu berlalu baik-baik-indah-bahagia-langit-pun-cerah. Kembar pun senang diurus. Hari pertama je yang agak begitu-begini. Iman je menangis sikit (hari pertama), mungkin lonely masa nak tunggu kembar sorang lagi balik dari klinik. Enam hari seterusnya okay.

Kalau buat pembacaan online, ada macam-macam tips tuk jaga budak bersunat plus ubat tambahan, krim sapu dan sebagainya. Untuk kembar, aku 100% hanya guna ubat yang klinik bagi (ubat tahan sakit dan antibiotik) selain berpantang makan supaya luka cepat baik. Tu pun, hari ketiga dah mula makan ayam, pastu wait and see. Tak mengadu gatal, luka pun elok-elok ja, hantam ayam la pulak pastu.

Sapuan ubat kuning (biasa guna pada luka); tiada, krim tambahan; tiada. Ubat tahan sakit; kami bagi tuk 24 jam pertama selepas bersunat, lepas tu berhenti, sebab kembar tak mengadu sakit. Antibiotik ja yang wajib licin habis.

Lepas seminggu, kami wat kenduri kesyukuran sikit. Bersyukur tuk macam-macam perkara, tapi yang dapat token dua hero itulah. Kembar sampai cakap, seronoknya bersunat sebab dapat duit banyak . 

Kalau macam tu bersunatlah setiap tahun 😂. Hehe

Wednesday, 22 November 2017

Kembar Grading Taekwondo

Salam dari Senaling,


Kembar mula taekwondo bulan Mac 2017 dan minggu lepas kembar grading tuk tali pinggang kuning II. Itupun sebenarnya miss satu grading sebab kebetulan tarikh sama dengan Jamboree ayah dan ibu. Kalau tak dah hijau I. Macam pantas je aku rasa. Kan?

Menguruskan taekwondo area Kuala Pilah dan Jempol ialah akademi CTMAC. Kejap aku dengar durang war cry Warrior, kejap kang CTMAC. Tah yang mana satu nama berdaftar aku pon ta pasti. Tapi itu semua tak penting. 

Yang penting aku nak bagitau ialah, aku kagum ngan akademi ni. Bayar bulanan tuk satu kepala ialah RM25. Murah. Latihan setiap Sabtu, mula jam 8.00 - 9.30 pagi. Kalau terpilih dapat masuk sparring, latihan extra tambah dua jam setiap malam Khamis. Bayaran tambahan? Tiada.

Rajin join tournament. Tahun ni ada dua kali tournament. Kembar join sekali ja. Alhamdulillah dapat sumbang satu emas satu perak dalam kejohanan peringkat kebangsaan. Aku dah citer sal kejohanan tu di entri yang lepas. Setiap kali nak tournament, ada wat extra class lagi. Bayaran? Tiada. Bayar tuk tournament jelah. Yang extra class, takde.

Grading, tiga kali tahun ni. Setiap kali nak grading, ada extra class. Bayaran tuk extra class? Tiada. Bayar tuk grading ja. Allahuakbar. Kadang-kadang aku terfikir. Mana nak dapat income durang ni. Takan hanya dengan RM25 sebulan? Rezeki kembar agaknya. Alhamdulillah.

Entri ni sal kembar grading taekwondo ke sal CTMAC aku pun tak pasti. Hehe.

Yang pasti aku rasa excited nak cerita, bila bangsa sendiri boleh buat bisnes macam ni bagus. Insha Allah melimpah ruah rezeki durang selama-lamanya. Amiin.

Belanja satu keratan kembar masa grading lah. Yang mana satu kembar? Tekalah 😁

Sunday, 1 October 2017

Beli Pengalaman

Salam dari Senaling,

Selang dua tiga hari selepas trip kami ke Menara Taming Sari, Melaka, kembar kecoh cari barang terbuang. Ada pertandingan rekacipta. Kelam kabut sebab kami baru je hantar recycle barang-barang berkenaan.

Sambar apa yang ada. Amin dari awal dah kata dia nak buat Menara Taming Sari. Beriya-iya. Iman nak buat Menara Berkembar Petronas, tapi pagi sebelum pertandingan bertukar nak buat replika masjid lak.

Aku sebenarnya taleh nak digest, cane agaknya durang nak bentukkan bangunan-bangunan ni. Yang Menara Taming Sari tu cane nak buat platform bulat yang berpusing 360 darjah, masjid tu cane pulak nak wat kubah.

Aku overthinking, masih fikir durang budak-kecil-baby lagi agaknya.

Amin dan replika Menara Taming Sarinya.

Masa dibawa pulang aku kata "Waaaaa..." tak sangka kreatifnya Amin leh buat platform pusing-pusing macam tu. Tapi tiang menara idea aku. Hehe. Iman punya, dah dibuang. katanya tak cantik. Iman, sifat daya saingnya tinggi. Aku dah leh faham da bila dia kata dia buang sebab Menara Taming Sari abangnya jadi juara tuk Tahap Satu. Walau pun macam tu, bangga juga Iman sebab Amin menang. Beriya Iman cerita, "Cikgu kata bangunan Abang Amin cantik. Lain dari yang lain."

Berbaloi pulak rasanya invest duit tuk experience, because not all classroom has four walls. Kan?😀

Saturday, 23 September 2017

Kompang

Salam dari Senaling,

Dolu-dolu zaman aku muda remaja, hormon tergedik-gedik mula merembes dari sistem badan, aku minat sangat tengok dak laki main kompang. Zaman tu, rata-rata gadis remaja cair tengok dak laki main gitar. Tapi aku istimewa, aku cair tengok dak laki kompang. 

Gadis Melayu terakhir sangat aku, kan?

Teringin jugalah aku nak couple ngan dak kompang. Tapi ganster girl cam aku ni sapa yang perasan. Sekali tercouple ngan sorang pakwe ni, takdirnya handal bab-bab teknikal. Jangan kata kompang, menyanyi lagu Negaraku pun pitching lari. Kahkah. Aku berdoa moga Incik Ayah tak baca entry ni. Aamiiin.

Sejak dari tu, masih adore jugalah tengok orang berkompang. Adore ja, sebab rupanya bercouple ngan pakwe handal bab teknikal lebih berbaloi 😉. Aku rasa orang main kompang genius sangat, sebab bukan sebarang boleh tepuk-tepuk kompang tu. Aku dah cuba, sama macam aku tepuk belakang baldi ja bunyinya. Rimanya tak kena.

Adore sangat-sangat, sekali bukan satu pakwe pandai berkompang aku dapat, dua pakwe terus Allah bagi. Alhamdulillah.

Rupanya, dalam kumpulan kompang ada dua bahagian yang akan menalu dan meningkah. Ngam pulak Amin yang menalu dan Iman meningkah. Masa mula-mula belajar, Cikgu Syafina benarkan budak-budak ni bawa kompang balik umah. Berkompang kembar dalam rumah. Nampak perkembangan durang dari tah-hapa-hapa-pakai-tepuk (takut jiran-jiran report polis), skang lebih bernada dan berirama.

Mewakili Daerah Kuala Pilah ke peringkat negeri 28 September 2017 nanti.

Doakan yang terbaik.

Monday, 28 August 2017

Seorang Bernama Ali Yang Pelik

DI SEKOLAH  


CIKGU : 1+1 berapa


ALI : esok saya bagi tahu



DI RUMAH

ALI : mak 1+1 berapa ?

MAK:nasi goreng nasi goreng

ALI:ayah 1+1 berapa ?

AYAH:CR7

ALI: kakak 1+1 berapa?

KAKAK: come on baby come on baby

ALI: abang 1+1 berapa?

ABANG : fight bunuh dia bunuh dia

ALI:atok 1+1 berapa?

ATOK:alhamdulillah



DI SEKOLAH  

CIKGU:ali 1+1 berapa

ALI:nasi goreng nasi goreng

CIKGU:siapa mengajar kamu ni?

ALI:CR7

CIKGU :mari ikut cikgu ke GURU BESAR

ALI:come on baby come on baby

CIKGU:kamu main-main dengan cikgu ya

ALI:fight bunuh dia bunuh dia

CIKGU:kamu di buang sekolah

ALI:alhamdulillah


TAMAT............

SEKIAN TERIMA KASIH

*written by kembar 😉