Wednesday, 29 November 2017

Tempat Makan Best Kota Bharu Kelantan

Salam dari Mama Inn Studio, Kota Bharu, Kelantan,

Syukur kami touch down Kota Bharu selamat sejahtera dengan izinNya pada ketika gelombang pertama banjir di negeri Cik Siti Wan Kembang ni berakhir. Aku berdoa cukuplah gelombang pertama ja, walau pun dengarnya ada gelombang kedua sampai kelima. 

Back to the point, foodhunt. Takdela cia sangat nak foodhunt di sini. Lebih kepada nak explore the curiousity 😎.

1. Putu halba sepanjang jalan sekitar Kota Bharu (hanya dalam musim tengkujuh)
Menghala ke Kota Bharu, sepanjang jalan Pasir Mas aku nampak banyak gerai jual putu halba. Mula tu, okay lah. Mungkin nama je putu halba, tapi sebenarnya putu piring? Incik Ayah duk curious dari awal, sampai akhirnya dia berhenti sebab makin lama makin banyak gerai dan ramai orang beratur nak beli.

Beratur dengan hemah dan sabarnya. 

Tayah poyo la kan nak memperkenalkan yang mana satu putu halba sebab cek mek molek ngan pulut panggang kat seantero Malaysia pun pernah jumpa. Persoalan sekarang, apa yang istimewanya putu halba? Rupa iras putu piring, adakah rasanya sama? 

Putu halba diperbuat dari ubi kayu yang diparut. Gula merah sama, tapi ada rasa herba. Aku syak, kayu manis tak pun bunga cengkih. Tak taulah betul ke tak. Tapi memang ada rasa herbalah. Eh, jap. Masa aku taip ni tiba-tiba sel otakku berhubung. Jap aku google...

pic from siraplimau.com

Ya Abdul betul, ofkoslah letak herba ni kan. Halba. Kahkah. Jadi misteri terungkai. Kesimpulannya, putu halba yang aku jumpa pertama kalinya di Kelantan diperbuat dari parutan ubi kayu dan gula yang telah dicampur dengan halba. Rasa halba just nice tak over. Istimewa  kuih ni dan jatuh dalam kategori sedap sebab Incik Ayah yang species memilih makan pun kata sedap. Jadi akak bagi 5 WoW.

2. Warong Padang Garong
Malam. Rata-rata kalau google, ramai rekemen tempat tuk sarapan atau makan tengahari. Ada juga tanya orang tapi disebabkan banyak jalan sehala, malas dah nak cari kedai tertentu. Kita berhenti ja kat mana-mana kedai yang nampak.

Sebelah Hong Leong Bank, Bank Islam. Berdepan dengan kedai alat elektronik. Konsepnya dalam warung ada warung-warung. Jadi memang banyaklah pilihan.

Mee Cambo Special RM6.50

 Chicken Chop RM9.00

Nasi Kukus RM6.00

Amni makan nasi goreng kampong. Lupa nak snap pic. Overall, kami puas hati makan disini sebab harga murah dan banyak pilihan. Rasa susah nak komen sebab mee cambo aku sedap. Kembar dua-dua makan chicken chop, sorang rate tuk rasa 4.5/5 sorang lagi 2.5/5. Tapi aku tengok habis licin ja sumer makanan Alhamdulillah.

Antara pilihan makan yang ada di sini. Banyak lagi pilihan macam nasi air, burger bakar dan yang sebelah kanan aku tak perasan apa menunya ya ampun. Perlu lebih fokus nampak gayanya ni. Setakat hari pertama dulu aku update. Alhamdulillah cuaca lebih baik dari semalam. Nak explore KB, Insha Allah lebih banyak info menarik akan aku bawakan. 

3. Warung Pok Loh, Milo Tunggeng
Warung kecil, orang ramai. Tutup jam 10.30 pgi. Macam-macam makanan tradisional Kelantan ada disini. Macam one stop center gitu. Kalau berada di Darul Naim sekejap ja, pergilah sini dapat rasa nasi tumpang, nasi air dingin dan macam-macam lagi.

Wajib cuba, mestila milo tabur. Kaw giler milo kat sini.

4. Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan
Letaknya dalam Kampung Kraftangan. Bangunan yang sama dengan Muzium Kraftangan. Orang ramai, tapi kedai luas. Betul-betul di luar Kampung Kraftangan ni pun ada juga Nasi Ulam Cikgu dengan menu yang sama.

Sini, style makan ialah layan diri dan makan hidang macam yang kami wat ni. Keli goreng tepung, memang rangup sedap walaupun kelinya bapak besar. Anak-anak suka ayam goreng di sini, style goreng sama cam keli tu. Matching pulak dengan sayur lemak, cicah budu, sambal belacan ulam-ulaman. Perghhh

Ada banyak gi lauk lain cam patin masak asam, tamban bakar, cencaru bakar. Harga berpatutan. Harus pergi.

6. Yati Percik
Ada dua cawangan dan yang kami pergi ni, cawangan kedua. Kedua pun sedapnya hei rasa sayang sayang hei. Ada macam-macam protein yang dipercik. Ikan, ayam, kambing, lembu, lidah pun ada. Nak sup panas pun boleh. Memang sedap kuah perciknya. Ada hati nak ulang makan sini, tapi tempat makan lain sedang menanti tuk dicuba.

Rekemen tuk singgah makan!

7. Kopitiam Kita
Antara kedai makan yang penuh giler dengan orang. Kalau species tak sabar ada baiknya lupakan sahaja hasrat ke sini. Melainkan kau redah dengan tawakal. Kalau ada rezeki nak dapat tempat makan, Insha Allah dapat. Kalau tak dapat jangan merempan hentak kaki lak. Kata tawakal tadi kan?

Tip top nya, walau pun orang ramai berjujuk, servis bagus giler. Semua kegilaan ada disini. Orang ramai giler. Servis tip top giler. Makanan sedap giler. Banyakkkkk giler pilihan.

Seperti Warung Pok Loh, Milo Tunggeng, Kopitiam Kita ni pun, aku kira cam one stop center. Datang Kelantan dua ke tiga hari tapi nak rasa semua, sinilah tempatnya. Cuma kau harus tabah tunggu meja kosong.

Menu wajib cuba, haruslah roti titab!

8. Abang Mie Nasi Kukus
Letaknya tepi jalan. (macam semua kedai makan aku pergi tepi jalan besar hehehe). Tepi jalan la strategik ye dak? Senang nak cam sebab banyak kereta tepi jalan. Orang beratur nak beli makanan.

Menu utama nasi kukus lah. Sedap dan portion banyak. Kami amik 4 set nasi kukus ayam, satu set nasi sahaja. Pun tak habis. Bab makan paling sedih kalau tak habis. Jadi pengajaran sebab pastu aku tak order makanan. Kembar sah tak habis.

Kebaikan? Berat maintain . Seperti mana aku pergi, begitu jugalah masa balik. Yeay Alhamdulillah.

9. KST Ikan Bakar
Aku perhatikan, KST ni ada di beberapa tempat di Kota Bharu. Yang kami makan, dekat dengan wakaf Che Yeh. Tak pasti cawangan ke berapa. Tapi sedap. Ulam-ulaman dan pencicahnya banyak macam-macam. Ikan, udang, sotong ikut nak bakar kosong atau nak letak rempah. Kami pilih kosong sebab pencicah banyak kot. Tambah lagi bawa kembar yang belum adventure nak makan itu ini.

10. Warung Pok Mat, Pulau Pisang

Warung Pok Mat ni viral dengan teh tarik madunya. Lokasi jalan menghala Pantai Cahaya Bulan. Aku suka makan sup kepala ikan di sini. Sedap sangat. Rasa masam-masam pedas, kuah sup siap ada daging cincang. Memang kegemaran aku lah! Harga? Standard harga kepala ikan. Tapi berbaloi. Kalau bajet ketat leh cuba nasi kosong dan sup campur di sini, sambil minum teh tarik madu. Pun layannnn...

Orang tempatan ramai yang amik kombinasi ni. Yelah, takkan hari-hari nak pekena sup kepala ikan. Kalau tuk kita-kita yang tak tahu bila lagi nak datang, apa kata cuba sup kepala ikan ni.

11. D'Apple (berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah)

Menu sini, western lah. empat lima hari duk makan nasi pagi siang malam, rasa cam muak lak. Anak-anak yang request. Kami melayan sebab nak reward durang behave masa wat lawatan muhibbah ke muzium-muzium di Kelantan, atau tempat-tempat menarik di sini.

Alhamdulillah sedap makan chicken cheese leleh dan lamb chop sini. Rekemen sebab susah juga nak cari western food di Kota Bharu.

Alhamdulillah, selesai sudah entry sal makanan. Mula taip entri di Kota Bharu, update di Kuala Pilah. Pic masuk kemudian. Line Internet Kat Pilah tak selaju di DJ Citi Point Hotel Terengganu. Berdesup upload gambar. Kat Pilah, sementara nak tunggu gambar siap upload, aku leh gosok gigi dan bersiap-siap lu. Hehe.

Leh klik sini tuk tempat makan best di Terengganu lak

Sekian dan enjoy your meal!

No comments:

Post a Comment