Tuesday, 14 November 2017

Balik Kampung Kita...

Salam dari Senaling,

Deepavali yang cuti seminggu tuuuu... Kami ambil peluang balik kampung. Alhamdulillah merata gak jalan. Gi Taman Rekreasi Sungai Klah, dan amik angin di Jeti Bagan Datuk. Walaupun nampak macam berjalan makan angin ke balik kampung kau sebenarnya ni? Haaaaa.... nak citer la ni. Kami balik kampung, main masak-masak.


ShellOut. Ritu Incik Ayah request ShellOut tuk parti liar hari jadi beliau. Duk antara dua gunung diam eh daerah, memang nipis sangat harapan nak ber ShellOut... Jauh ngan laut kot. Sudahnya dapatlah idea buat di kampung. Berbaloi nak masak banyak dan ramai-ramai makan. Resepi ShellOut aku amik dan olah bagi lebih senang dari norazlitaaziz.blogspot.com


Pavlova. Aku teringin nak makan. Aku arah kakak sulong aku buatkan. Aku bukannya adik derhaka, aku arah sebab aku tahu akak aku miiiinat buat kek. Dah macam terapi minda je tuk dia. Aku bagitau aku lanje bahan. Dia tolong buatkan aje. Laju ja dia setuju, pastu pada hari kejadian dia stress. Sebab tak jadi seperti tekstur Pavlova yang sepatutnya crispy di luar, chewy macam Marshmallow di dalam. Yang ini luar dalam chewy macam Marshmallow. Hehe. Dunia ja semua tu. Paling penting rasa sedap dan habis dimakan. 


Ayam panggang tiba-tiba jadi je. Menu di aku ada share kat sini. Serius mudah, aku tak tipu. Apatah lagi untuk dijadikan bahan gurauan. Cubalah!


Yang di atas menu kat kampung belah Incik Ayah lak. Plan asal nak wat chicken chop. Tapi leceh la pulak, ingat ada yang instant rupanya tidak seperti yang dibayangkan. Aku kan keja nak seeeeenang memanjang. Terus tukar menu, pergi pasar Teluk Intan tengok lauk heaven ialah udang laut. Besar, isi pun banyak. Masa wat ShellOut, beli udang galah. Stress kepala besar isi sikit harga lebih kurang sama dengan udang laut lak tu. Laju je beli. Beli kepak ayam, nak masak macam ayam panggang kat atas. Nak beli lebih-lebih, perjalanan jauh lak memusing. Jadi cukup ini je dulu. 

Nantilah aku share masak udang tersebut, pun mudah giler. Sedap pun sedap. Gerenti habis dimakanlah kekdahnya. Insha Allah. Tak sangka pulak aku jadi peng 'update' resepi. Aku sebenarnya lebih dikenali sebagai tukang kemas dalam adik beradik. Tukang masak, akak sulong aku tu.

Hikmah mak dah tak 'bagi' kemas. Terjadi tukang masak juga aku rupanya bila balik kampung 😁. 

Lagi-lagi bila empunya tangan tu suka dan seronok nak makan. Kejadian ibu beliau sebagai tukang masak di kampung, kira berbaloi jugak lah... kan? Selain suka dan seronok makan, beliau juga enjoy test menu. Menurun genetik aku, confirm! Tu yang Incik Ayah menyampah kalau kami berdua ada di dapur. Kahkah

Oh... satu gi, balik Kuala Pilah aku tuju weight scale dulu (seperti biasa). Cool ja aku tengok digit di weight scale. Incik Ayah yang tanjat lebih-lebih. Makan non-stop, lagi mau terperanjat ke deyyyyyy... Chettt.

No comments:

Post a comment