Showing posts with label family day. Show all posts
Showing posts with label family day. Show all posts

Monday, 27 April 2020

Hari Keluarga 2020 : Aktiviti IV

Aktiviti baru yang diperkenalkan tahun ni atas idea pengelola. Kami menurut dan apa salahnya sekali sekala ada kelainan, kan?

Sesi karaoke dan rasanya inilah kali pertama dan terakhir juga aktiviti ni dijalankan haha. Ingatkan karaoke simple pihak homestay bagi rupanya macam set karaoke orang kawen tu mak aiiii. Pastu deejay ada sekali kat situ siap lampu disko tu dia bagi. Yang perempuan memang tak menyanyi ahhh. Lelaki ja, itu pun pemalu ya ampun, termasuklah suamiku.

Kalau keluarga kami-kami ja yang ada malam tu, aku seorang ja mahu sepuluh lagu. Opah Nora tapau sembilan lagu. Aku syak Baa sebelas lagu. Disebabkan frust (aku siap berlatih nak karaoke ngan suami tau), gambar takde.

Seterusnya aktiviti persembahan mengikut keluarga (dah macam kem pandu puteri pula aku rasa). Macam adhoc ja aktiviti ni sebab tak pernah pula dibincangkan dalam whatsapp. Mungkin sebab banyaknya waktu senggang, atau mungkin bagi menggantikan aktiviti  karaoke yang tak berapa menjadi malam sebelum. Tak kisahlah, yang penting keluarga aku mendendangkan lagu Joget Kenangan Manis secara awesome-nya.

Kemudian acara cabutan bertuah dan sesi penyampaian hadiah. Budak-budak memang seronok bila dapat hadiah cuma aku ja rasa berdebar-debar. Aku kan  baru berjinak-jinak nak apply minimalism, jadi hadiah-hadiah ni besar kemungkinan tidak digunakan dan bakal jadi sampah. Bakal mencemarkan alam sekitar, bakal menambahkan timbunan sampah dalam dunia yang sementara sifatnya.

Bunyi cam serius kan, tapi aku memang begini. Kalau boleh elak aku elak. Kalau tak boleh tak apa. Orang bagi hadiah, aku ambil. Rasa tak guna kang, aku recycle. Mungkin dengan kebaikan yang kecil ni menjadi asbab aku masuk syurga. Mana tahu?

Untuk cucu-cucu dan kebanyakannya hadiah 'selesai' malam tu juga.


Alhamdulillah, jam ni kami guna ganti jam lama yang dah rosak.

Alhamdulillah, kelas Amni memang nak pakai tong sampah. Nah pakai, dapat ibu pahala yeay.

Selesai cabutan untuk anak menantu.

Hadiah kami untuk mak, tak ingat apa haha. Macam jubah yang Ida jahitkan. Macam.


Mak hadiahkan tuala mandi kepada anak-anak. Terima kasih mak.

Yang ini rare ooo. 

Pak Su hadiahkan handbag pada Mak Teh yang banyak tolong dia masa dia belajar. Bagus kau Pak Su. Moga peroleh jodoh berpurdah yang solehah dan rajin serta pandai memasak pulak tu. Bolehlah kita gumuks sama-sama haha.

Sambung membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya 😊

Hari Keluarga 2020 : Aktiviti V

Sesi berfoto dan aku/ kami suami isteri ialah AJK tetap selamanya. Mungkin sebab aku ada blog, baru nak aktif Youtube channel, dan adalah sikit-sikit pengalaman buat photobook (sis cuba jadi humble ehem ehem), maka aku diberi kepercayaan untuk mengabadikan kenangan. Kalau waktu bekerja, boleh tahan juga tekanan nak menyiapkannya. 

Asyik terkenang bilalah nak update itu ini begitu begini... nah, Allah bagi cuti. Cuti terpaling panjang dalam sejarah perkhidmatan. Dahlah panjang, kena duduk dalam rumah ja pula. Tak siap blog/vlog/photobook/ sorting pics, aku memang patut kena booooooo.

Sebelum apa-apa, ucapkanlah  dulu terima kasih Allah.

Setting tempat dan Alhamdulillah, aku berjaya buat muka paling fake. Yesss!

Pengelola pilih hari terakhir untuk sesi berfoto. Aku sebagai jawatankuasa tetap, hanya menurut. Dan gambar di atas ialah hasil pembacaanku dalam talian. Katanya wujudkan ruang negatif, itu yang belah kiri tu kosong. Katanya lagi, ikut rule of third. Aku apply. Jangan main-main ya, sis study hokay. Tapi gambar cantik ke tak, sangat subjektif, kan? 

Terpaling penting, aku rasa cantik! Semua ahli keluarga harus sepakat kata cantik. Kalau tak, aku merajuk haha

Masih setting tempat, kali ni kanan pula kosong. Dah okay, moh mula.

Opah Nora the legend

Along d' chef

Angah d' adventure.

Alang

Uda d' international

Andak

Mak Teh masih berdua, Insha Allah ada rezeki, Allah bagi.

Pak Su the only adik yang masih available. Citarasa tinggi. Nak yang berpurdah tapi dianya pakai short dalam rumah.

Geng musyawarah dua ke tiga jam.

The boys

The girls.

Geng menantu...

... dan geng cucu d' havoc

Alhamdulillah sukses.

Tujuan utama sesi bergambar ni pun sebenarnya untuk menggantikan sesi bergambar pagi raya tahun semasa. Bila dah ramai-ramai macam ni bukan main-main susahnya nak berkumpul sama-sama di pagi raya. Hari keluarga ja boleh berkumpul semua macam ni. Masalah selesai dan kami gembira.

Terima kasih Homestay Desa Murni. Jumpa tahun depan di Pangkor, Insha Allah.

Sambung membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya 😊

Hari Keluarga 2020 : Aktiviti III

Rencam. Kebanyakan aktiviti ialah aktiviti rutin yang kami buat setiap kali hari keluarga. 

Paling confirm tak akan rakam gambar ialah aktiviti musyawarah kami adik beradik dan mak tanpa gangguan anak-anak dan pasangan masing-masing. Aktiviti paling penting bagi menjayakan hari keluarga tahun akan datang. Disinilah kami memutuskan warna baju raya tahun semasa, pengagihan duit minyak dan tol ikut kilometer, sesi bersalam-salaman bermaaf-maafan, sesi meluahkan perasaan, sesi makluman harta pusaka, sesi giliran beraya, sesi kutu korban... eh macam-macam lah kami bincangkan.

Itu sebab kalau bukan dua jam, tak sah. Biasa lebih. Semua pasangan hairan apa ke yang lama sangat kami bincangkan. Tapi memang lama dan berisi sambil bergurau senda sikit, kira macam bonding time ah. Mengimbau zaman kami adik beradik zaman kecil-kecil dulu.

Kedua, sesi tahlil dan solat berjemaah terutamanya maghrib dan subuh. 

Maghrib-Isyak jamak dan qasar.

Subuh dan tahlil.


Kakak kita sibuk suruh rakam gambar. Nah set satu kali.

Ketiga, sesi layan  night movie sama-sama (pada yang masih bertahan dan lalu nak layan, tak lalu boleh balik bilik tidur). Tiada paksaan. Malam tu kami tonton Aladin yang aku tonton di cinema dengan Moi tahun lalu.

Gambar malam tada sebab sibuk nonton Aladdin sambil makan satay.

Keempat, sesi memasak seronok-seronok sementara tunggu kami siap musyawarah. Ini idea penyelaras. Hari berkenaan cucu-cucu Opah Nora buat sushi.

Mak Teh demo dulu cara buat sushi, sebelum lari masuk bilik bermusyawarah dua jam setengah.

Hari keluarga kali ni memang banyak waktu senggang, jadi banyaklah masa free n easy. Bila free n easy sempatlah aku merayau kawasan sekitar homestay. 

Tudungku begitu rupa suamiku buat chill ja. Kurang asam tul. Ini chalet kontena.

Comel, minimal dan sejuk hiler aircond-nya.

Ringkas tapi elegan. 

Siap ada dapur dan bilik air. Okaylah untuk keluarga kecil menginap sini. Tak merasalah ketradisionalan seperti rumah utama yang kami inap. Tapi okay pa. Harga aku bajet mesti murah sikit. Oh kami dapat extra  bilik ni sebab pihak homestay kira ikut kepala orang dewasa. Tapi tak guna sangat pun. Aku laki bini ja datang sini buat nap sebab bilik kami tak sesejuk aircond sini. 

Punyalah santai percutian kali ni.

Biasanya, sibuk membeli barang masak, menyediakan barang masak dan memasak. Lepas satu, satu dan satu, dan satu lagi. Tak habis-habis. Macam musim MCO ni lah lebih kurang. Yang penat semestinya Along chef dan aku sebagai pembantu chef sampaikan suamiku sekali terlibat. Tu yang aku terpaling gembira makanan sepanjang hari keluarga kali ni kami tempah katering ja yeay.

Sekeping lagi gambar di kawasan kami makan. Katerer kami masak sedap, dan kuantitinya puas hati.

Abang idola...

... walaupun acah-acah dingin tapi rajinnya Subhanallah.

Sambung membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya 😊