Showing posts with label main masak-masak. Show all posts
Showing posts with label main masak-masak. Show all posts

Saturday, 8 October 2016

Resepi Mudah : Homemade Garlic Bread & Mushroom Soup

Salam dari Senaling,

Resepi asal aku belajar live dari beliau yang jauh di mata dekat di hati. Tapi macam biasa aku buat ikut suka hati asal mudah dan habis dimakan oleh Amni, Amin dan Iman. Yaaaa... aku bold kan perkataan itu sebab itulah sebenarnya pemangkin semangat untuk aku memasak. Kalau aku dan Incik Ayah ja yang makan, baik kami makan kat kedai. Lebih afdal.

Bahan-bahannya :


Garlic Bread
Roti Gardenia
Bawang putih
Margerin/Planta/Butter/apa-apa saja yang sewaktu dengannya.
Garam
Lada Putih Ajinomoto

Kupas tumbuk bawang putih. Campur ngan margerin/planta/butter/apa-apa sewaktu dengannya. Perasakan dengan garam dan lada putih.

Sapu pada roti, bakar pada non stick frying pan.

Siap!

Mushroom Soup
Cendawan tiram
Cendawan shitake (wajib ada tuk aku, takde tak best)
Kentang
Bawang merah.

Buat macam masak sup cendawan. Kalau aku, aku buat tuk dinner dulu. Buat banyak jaminan takkan habis. Esok baru mula operasi kisar sup yang semalam tak habis wat dinner tu. Hehe

Bawang putih
Cendawan butang (potong kecil kalau rajin)
Susu cair/ fresh milk (letak sikit aje ni)
Cheese (aku guna kepingan chesdale)

Bawang putih cincang halus-halus. Tumis guna butter kalau nak lebih umphhh dan lebih kalori. Masukkan sup yang dah dikisar halus. Campak cendawan butang. Letak susu sikit ja agak-agak. Terlebih jadi muak. Dah panas menggelegak. Baru letak cheese ikut tekak masing-masing. Perasakan.

Siap!
Oh, kalau memang ada oregano kat umah taburlah atas roti masa nak membakar. Baru boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan yang ada di Pija Hat :).

Buat banyak macam ni, baru puas budak-budak nak makan.

Moga bermanfaat hendaknya. Bye loves...

Saturday, 1 October 2016

Resepi Mudah : Popia Tuna Cheese

Salam dari Senaling,

Kalau aku yang bagi resepi, serius memang kacang kuda tahap senangnya. Itu pun kalau boleh, aku akan inovasikan supaya akan jadi lebih senang lagi. Haha

Bahan-bahan mudah nak cari, kat Speed Mart pun ada.

Kulit popia tak kisah apa saiz.
Tuna dalam tin, tak kisah perisa apa.
Cheese tak kisah brand apa.

Dahlah mudah, main tak kisah ja resepi ni weiii...

Buat macam ni.

Cara nak lipat pun tak kisah gaya apa. Gaya kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas... Ah apa saja yang awak mahu. Janji lipat.

Aku gam sikit guna tepung bancuh ngan air pekat-pekat janji melekat.
Seterusnya? Goreng.

Siap.

Dah gi wat segera. Selain sedap, kalorinya juga agak tinggi. Hohoho

Bye loves...