Thursday, 20 October 2016

Parenting Tips #2 : Control Access to Technology Part II

Salam dari Senaling,

Kadang-kadang kita tak tahu dengan kebaikan apakah Allah nak bagi idea ni. Aku tergerak nak melawat sepupu bersalin anak ke empat di Nilai walhal aku bukannya rapat sangat ngan sepupu aku yang ini. Eh, ngan sepupu yang lain pun aku tak rapat mana boooo, bolehlah tanya khabar sembang-sembang hal ehwal semasa ja kekdahnya. Kata nak bertepuk tampar merepek meraban memang takde. Bahana duk asrama kot boooo lagi sebab memang takde kaitan kata tak rapat ngan sepupu.

Aku kan baru pindah rumah dan kami memang berhajat setup bilik tuk kakak dan kembar. Ya, agak lambat kami asingkan bilik tidur anak-anak tapi bersebab nanti citer entri lain kalau ingat heee. Jadi isunya,seketul desktop nak letak mana? Bilik ada tiga ja.

Bilik aku? plan asal memang nak letak sini tapi Incik Suami tak setuju tak ngam la rosak karpet bla bla bla. Moral citer, isteri mithali harus patuh pada suami cia cia cia.

Bilik Amni? Mengundang pergaduhan sah kakak akan berkulat dalam bilik tak keluar-keluar conquer desktop tak bagi can pada kembar solat nanti tah kemana.

Bilik kembar? Mengundang pergaduhan kakak pun nak tengok citer dia plus tah apa citer kembar layan dah kena sekali dengan citer Frozen versi Superman Batman yang luc** tu.

Baru nak masuk point penting. Terima kasih kerana bersabar menanti :)

Sampai rumah sepupu, salam-salam sembang-sembang sikit-sikit tak tahu nak citer apa sebab tak rapat boo boo boo minum teh cicah biskut tiger dan balik.

Rupa-rupanya Incik Ayah yang perasan sepupu aku letak desktop di ruang tamu sambung kabel pada monitor TV. Jeng jeng jeng.

Ngam sangat kami dah jarang on TV semenjak teda ASTRO dan memang nga berkira-kira nak letak desktop dimana.

Tan ta daaa...

Hasil ilham anugerah Ilahi berkat cuba merapatkan silaturrahim agaknya. Alhamdulillah.

Skang sumer tengok cerita sama-sama di ruang tamu. Most of the time memang anak-anak conquer lebih kami tumpang layan jugalah kadang-kadang . Terpenting, kami dapat pantau anak-anak dengan lebih tenang tanpa perlu wat ambush spot check seperti dulu.

Mereka pun lebih bertoleransi bergilir atau capai kata sepakat tuk tengok satu cerita yang sama-sama leh layan iaitu Pokemon Pokemon dan Pokemon waaaa.

Tu aje nak kongsi. Moga bermanfaat hendaknya. Aamiiin..

Bye loves...

No comments:

Post a comment