Showing posts with label kami suka travel. Show all posts
Showing posts with label kami suka travel. Show all posts

Saturday, 28 October 2017

Bagan Datuk, Perak

Salam dari Senaling,

Berpuluh tahun Bagan Datuk berada dalam daerah Hilir Perak, sampai Bagan Datuk dah diisytiharkan jadi daerah sendiri. Dari aku umur 14 tahun sampai anak sulung aku umur 13 tahun. Baru aku sampai sini. Itu pun atas hikmah mak 'tak benarkan' aku kemas rumah di kampung. Huhu. 

This is Bagan Datuk.

Bagan Datuk ialah satu daerah, letaknya di huuuuuuuujung. Pertama kali kami sampai sini, Ya Allah jauhnya. Tak sampai-sampai perasannya. Kenapa ke sini. Alasan pertama; aku dah bagitahu di atas, makanya aku dikurniai kelapangan masa. Alhamdulillah. Kedua; adik, mak dan kakak aku dah pernah pergi. Sembangnya, Bagan Datuk da lain. Dah cantik.

Aku tak berapa nak faham part Bagan Datuk da lain tu, ta leh nak wat perbandingan pun. Cuma tertarik bahagian cantik. Incik Ayah pun bagi greenlight. Akhirnya sampai!

Cantik? Alhamdulillah memang cantik dan sedang dicantikkan lagi. 




Wat photoshoot memang cantik. Setakat ilmu berfoto acah-acah cam kami, seperti di atas je lah koleksi pic nya. Satu tahun lagi Insha Allah lebih cantik; kalau tengok papan tanda perancangannya lah. Paling menarik masjid terapung! Panjang umur solat di masjid terapung Bagan Datuk lah pulak nanti.

Seperkara lagi, Bagan Datuk femes woooo di kalangan kaki pancing. Nak ke Pulau Sembilan, haaa dari sini lah. Aceehcehcehhh... kemain aku mention Pulau Sembilan. Cemana rupa Pulau Sembilan pun aku ta tahu. Yang aku tau; Pulau Sembilan memang sinonim ngam kaki pancing. Titik.

Food hunt. Haaa ini seperkara lagi. Kakak aku cerita, dia jumpa satu keluarga dari Klang di masjid. Sembang-sembang, kakak aku dapat tahu durang datang ke sini hanya tuk makan soto. Sembang tak habis, sudahnya ta tau mana kedai tersebut. Kakak aku cuba soto di pasar malam. Mangkuk kecil. Rupa mangkuk tu digambarkan macam mangkuk purba, dari zaman Dinasti Chin macam tu. Kakak aku komplen, mahal tapi isi kurang.

Bila aku kata aku nak ke sini lagi. Kakak aku bagi tugasan, dah macam Dong Wan bagi tugasan dalam Running Man. Cari kedai soto mana yang sedap sangat tu, sampai orang jauh-jauh datang untuk itu. Usaha jugalah nak cari, jumpa satu dua. Aku bajet kedai yang penuh ngan oranglah kan.

Ramai tidaklah ramai cam orang beratur nak beli keria viral di Melaka tu. Menu soto dan ada jugalah nasi ayam, masakan goreng panas. Mangkuk digunakan sama, geng mangkuk purba. Rasa, sedap. Tapi isi kurang. 

Gagal ke cemana misi kami ni. Pusing juga Incik Ayah nak cari kot ada gerai soto yang lain. Aku siap google. Tak jumpa. Ke sebenarnya kedai yang kami pergi tu ialah... Tapi macam takde faktor WoW pun. Jangan risau, ini bukan pengalaman pertama tak jumpa cari lokasi foodhunt yang dimaksudkan. Coconut Shake Pantai Klebang yang tersohor tu pun tak jumpa cari weiii... 

Alhamdulillah, kami hepi sihat dan kuat ja 😀

Moral citer, aku tunggu masjid terapung siap baru aku kembali lagi ke Bagan Datuk. Insha Allah.

Semoga yang rajin membaca sampai habis entri ni, sama-sama dikurniakan kesihatan, keselamatan dan perlindungan dariNya. Plus awet muda. Aamiin.

Bye!

Sunday, 22 October 2017

Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Perak

Salam dari Senaling,

Alhamdulillah cuti Deepavali kali ni panjang. Satu minggu heyyy rasa sayang sayang hey. Walau pun pada awalnya aku meroyan hentak kaki tak setuju matrikulasi cuti panjang-panjang sebab kena ganti tiga hari Sabtu... tapi benarlah percaturanNya lebih hebat.

Aku dan famili berpeluang ke Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah. Alhamdulillah.

Gambar depan signboard ni diambil masa kami dah nak balik ke Pilah. Kembar dan Amni memang tak pasal lah nak turun kereta amik pic kat sini sama-sama. Gasaklah korang, janji pic aku dan Incik Ayah ada. 

Gambar aku dia amik, gambar dia aku amik. Pastu dia tak puas hati. Kahkah. Tapi aku setuju yang gambar aku nampak lebih awesome 😁

Kawasan ni sebenarnya tempat lalu lalang kami balik kampung dari Pilah ke Teluk Intan, bila jambatan Batu 5 ditutup sebab keselamatan dan dengar berita jambatan kat Kuala Selangor pun sama kes. Hikmah besar kena pusing jauh nak balik kampung. Kalau semua baik-baik macam biasa memang tak sampai sini rasanya. Alhamdulillah.

Disebabkan kami tidur satu malam di Felda Residence, masuk-masuk ja kami jumpa aliran air panas bertingkat ni dulu. Memang panas betul. Berasap-asap. Bagi yang pergi hari, jalan masuk ke depan lagi sampai jumpa papan tanda yang aku dan Incik Ayah bergambar di atas.


Disebabkan bilik kami menginap satu malam, harga tiket tambahan, harga sarapan tambahan (tuk satu dewasa dan dua kanak-kanak) ikut harga staf, hehe. Jadi tak dapatlah aku kongsi kos sebenar masuk ke taman rekreasi ni. Tapi aku pernah google, harga tuk bilik dua single bed atau satu queen bed (deluxe room) ialah hujung minggu RM220, hari biasa RM180 termasuk dua tiket masuk ke taman dan sarapan pagi tuk dua orang. Kalau pergi hari, harga masuk tuk dewasa ialah RM15.00 dan kanak-kanak RM12.00 sekepala.

Tapi kawasan ni luas, dan ada macam-macam aktiviti boleh dibuat selain mandi air panas.

1. Mini Taman Tema Air

Dua ketul slide yang menjadi rebutan. Kembar terutamanya Amin memang seronok naik slide ni. Semua pun excited, walaupun pilihan terhad. Ye lah, mende asing ni mana ada kat rumah tuk dihadap hari-hari. Jadi haruslah excited.



Kanan sikit ada kolam ni, ala-ala swimming pool dengan kedalaman 4.5 kaki. Nice tuk kembar. Seronok dapat swim. Langsai hutang dari minggu ke minggu nak bawa kembar gi swimming pool, Alhamdulillah. Air kolam ialah air sungai semulajadi, jernih dan kebersihan dijaga. Tapi masih diletakkan klorin atas faktor kebersihan rasanya.

Masa kami disini, banyak kali juga pool guard prit prit tiup wisel. Bagi pengumuman dah macam deejay kenduri kahwin bunyinya. Plus bagi amaran. Heeee. Dah kata tak boleh bawa makanan, tak perlulah bawa. Ini ada juga yang bawa, siap makan tepi kolam, siap suap bagi anak makan aiskrim dari tepi kolam, sekali aiskrim ketepekkk... jatuh dalam kolam 😕.

2. Rebus Telur.

Enam biji telur ayam RM5.00. Harga mampu milik.

Kaunter beli telur. Nasi lemak pun hado.

Pilih nak telur dimasak cara apa. Suku, separuh, tiga suku, keras?

Telur yang dimasak secara alami tiba-tiba terasa super sedap. Aku syak kami terexcited tuk semua pengalaman pertama ni. 


Tempat  ni, masa ni panasnya bukan main-main. Aku duk terbayang aku celup kaki, pastu aku angkat daging jatuh satu-satu. Paginya aku celup macam okay ja, siap kuis-kuis alga dalam kolam ni lagi tau. Ada acik tu bagitau alga ni bagus tuk kulit, lebih bagus dari SKII. Ingat nak ulang celup la kan. Ehmmmm haram tak mampu pon nak letak waima bahagian kaki yang kulit tebal tu.

3. Taman Terapi


Hari pertama dan kedua kami berendam dalam kolam air panas sinun (yang berbumbung tu). Hari pertama macam just nice, hari kedua uda macam panas sikit. Sini ada batu refleksologi yang aku nga pijak tu. Siap ada air panas mengalir kat celah batu-batu. Sekadar action amik gambar je lah. Lepas tu melompat naik. Ta bley tahan!

4. Kafe Rumbia


Aku dah maklum, masuk sini tak boleh bawa makanan. Disebabkan aku perantau, memang tak la kan aku seludup bawa piyuk nasi dan kari kambing masuk sini. Tapi harga di kafe ni reasonable. Range harga antara RM6.50 - RM5.00. Yang penting sedap! Masakan panas-panas lak tu.

Dua hari lunch kami di sini. Sumer sedap. Teh tarik pun sedap.

5. Taman Air Kanak-Kanak


Kembar suka main kat sini. Tapi air mula on bermula pada jam 10.00 pagi - 1.00 petang. Sambung jam 2.00 - 6.00 petang. Kawasan ni aje yang ada timing macam tu. Yang lain-lain mula dibuka jam 8.00 pagi - 7.00 petang. Taman mini tuk kanak-kanak ni antara kawasan terbaru yang di buka di sini.

Seperkara lagi, taman ni hanya dibuka pada hujung minggu dan cuti sekolah sahaja.

6. Kolam mandi air panas.


Aku rasa, ini sepatutnya the main point datang sini. Kolam air panas. Petang hari pertama kami masuk, panasnya mengigit-gigit kaki. Hari kedua, pagi, macam tak panas sangat. Suhu lom adjust habis ke caner aku pun ta amik port. Janji sumer happy. Kolam yang ini luas, boleh tawaf satu kolam nanti jumpa punca utama aliran masuk air panas ke dalam kolam. Lalu di laluan ni, fanas viler weiii. Subhanallah. Terfikir sejenak macam mana air sungai yang sejuk, ada pulak punca air panas. Allahuakbar.

7. Felda Residence Hotspring dan kemudahannya.


Depan bilik kami. Satu blok ada empat pintu. Pintu kami tingkat bawah sebelah sana. Depan blok je yang mampu masuk blog. Dalam bilik bersepah-sepah. Masa kemas tak sempat nak amik pic. Walau pun deluxe, dua katil single, tapi bilik luas. Sangat luas. Kalau bawa toto, boleh masuk lagi dua orang. Kami berempat tido atas katil, katil single siap gabung. Muat. Yeay. Hehe. Incik Ayah lak tido depan TV, guna sleeping bag. 

Ada bathtub lagi u alls. Kembar, dah habis berendam di taman rekreasi, sambung berendam pulak dalam bathtub. Dasar budak kecik.


Untuk sarapan, kami pilih nak makan di Meranti Coffe House aje. Malas nak keluar. Mood kembar pagi-pagi dah la macam cekodok. Kakak je excited nak makan. Tapi kannnn, menu sarapan berpada dengan harganya. Harga sarapan bajet hotel dan resort. Kalau aku tahu baik aku sarapan di Kafe Rumbia je. Tapi tak tahulah buka ke idok pagi-pagi kafe tersebut. Apa pun, Alhamdulillah rezeki kami masih ada hari tu.


Depan coffe house, ada playground. Best dan terjaga. Itu yang aku suka tempat ni. Alhamdulillah semuanya terjaga, terpelihara, kemas dan bersih. Takpelah bayar sikit kalau kondisi tempat menarik dan selesa.

Selain tu, aku ada nampak juga padang netball dan football. Malam-malam pulak ada open karaoke di private hot spring. Lepas dinner, aku dan Incik Ayah gagah juga cari tempat nak karok ni. Tapi setakat cari je la. Sampai depan pintu, kami patah balik. Seganlah, suara sedap sangat.

Secara keseluruhan, aku sangat rekemen tempat ni tuk dilawati. Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Sungkai, Perak pun dekat dengan lokasi Nasi Bamboo yang memang dah viral di media sosial. Belum rezeki kami nak makan situ sebab hari Jumaat tutup rupanya. Hehe

Walau pun time cuti sekolah, Alhamdulillah manusia wujud seadanya. Ada gak terfikir sal ni. Rupanya okay je. Moral citer, kalau nak ke tempat-tempat seumpamanya waktu cuti sekolah, pergilah waktu hari biasa. Insha Allah, murni-murni je keadaannya.


Di lobi Felda Residence yang mendamaikan. Dah nak balik Pilah. Terima kasih atas pengalaman berharga. Next? Macam nak ke Kalumpang.

Hampeh tul, awal-awal aku duk bayangkan TRAP Sungai Klah ialah Kalumpang. Kahkah. Jenuhla nak cari sungai. Memang takkan kau jumpalah! 😂

Bye sayam-sayam sekalian.

Saturday, 22 April 2017

MAHA 2016

Salam dari Senaling,

Wah, aku excited sebab ini entri terakhir untuk Kembara Geng Cuti Sekolah 2016. Sebenarnya MAHA 2016 tidak termasuk dalam itinerary asal. Inilah rezeki namanya.

Dari Kuala Gula, kami tak tahu nak singgah mana tuk tido. Nak zoom terus balik ke Senaling macam tak lalu. Tah macam mana timbul idea nak ke MAHA 2016 selepas tengok pic Insta kawan-kawan. Kembar dan kakak pulak dah terlihat iklan sal Kampung Durian Runtuh Upin Ipin di MAHA. Haruslah teruja bila aku mention sal MAHA kannnn...

Menggula-gulakan Incik Ayah menggunakan anak-anak adalah satu teknik yang boleh diaplikasikan oleh para ibu. Ibu yang teringin nak pergi, tapi gunakan anak-anak. Selalunya berjaya. Aku dah biasa buat. Kahkah

Hari terakhir kami tumpang tidur di rumah anak saudara di Puchong, dan pagi-pagi bergerak ke MAEPS Serdang tempat berlansungnya MAHA 2016. Kami memang biasa gerak awal untuk ke mana-mana tempat yang tersohor dengan kesesakan pengunjungnya. Memang awal, itu pun sampai di MAEPS kereta dah queue panjang di pintu masuk nombor ? (tak ingat). 

Oleh itu kami cuba cari pintu lain. Nak masuk ke MAEPS banyak pintu ya. Duk lalu highway slow ja sebab tak tahu di mana pintu seterusnya plus ta nak terlepas pintu, tiba-tiba kami ternampak sesuatu. Nampak orang parking tepi highway dan masuk ikut pagar yang ter'koyak'. Terus aku suh Incik Ayah join parking. Kami yang kurang konfiden perhati ja dulu gelagat mereka-mereka ini. Setelah memastikan keesahan lokasi, akhirnya di situlah kami parking dan bermulalah eksplorasi ke MAHA 2016.

Melalui pagar yang 'koyak' itu, kami sampai terus di laman ternakan.

Laman ternakan tu rupanya sekali dengan laman armada jentera. Tapi kami tak pergi pun laman armada jentera. Sendu betul.

Lembu sado untuk diteka beratnya. Kilogram paling hampir dapat bawa 'sado' balik sebagai hadiah. Quite interesting hadiahnya. Terus terfikir, kalau aku menang celah mana aku nak angkut 'sado' naik Savvy. Melampau betul imaginasiku.

Anaklah ayam... Colourful.

Petting Zoo pun ada. Masa tu durang buat happy hour. Satu family bayar RM25 ke RM30. Tak ingat heeee...

Kambing ni cute betul



Sumer di atas boleh ko petting, belai manja kecuali katak kuning dalam kaca tu. Kalau tengok NatGeo, katak colorful biasanya poisonous.

Di MAHA 2016, ada banyak petting zoo. Aku pun baru tahu masa tu. Rezeki kami, yang kami masuk ni paling best sebab banyak haiwan. Macam-macam. Petting zoo yang lain(yang aku perhati dari jauh, mungkin valid mungkin invalid) tak banyak haiwan. Ada satu tu, banyak arnab ja. Moral cerita, MAHA 2018 Insha Allah, pergi survey dulu sebelum terjah mana-mana petting zoo. 

Lama kami spend masa di laman ternakan. Normallah tu sebab masih energetic... Lepas tu sempatlah kami singgah ke laman yang lain seperti My DOF Valley, Rumah Terbalik, Floral World dan Kampung Durian Runtuh. Macam-macam ada serius seronok giler. Tapi sangat meletihkan. Bila dah letih, the true colors pun keluar. Lain kali datang MAHA kena amik hotel berdekatan. Spend masa tiga hari dua malam baru berbaloi. Satu hari masuk dua kawasan ja. Tiga hari enam kawasan. Haaaaa... baru puas hati. Bukan ada bayaran masuk MAHA pun.

Rumah Terbalik di My DOF Valley

Siap ada staff tolong amikkan pic sekeluarga.

Dari My DOF Valley (tak habis explore pun lagi) kami ke Kampung Durian Runtuh Upin Ipin. Kembar tak berhenti bertanya, "Bila? Bila? Bila? Bila kita nak pergi Kampung Durian Runtuh". Itu yang laju-laju naik tram yang padat sesak berebut-rebut ke sana.

Bayaran masuk ke Kampung Durian Runtuh ialah RM25 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) seorang. Total RM80 dapat diskaun RM70. Incik Ayah dah berkira-kira tapi aku berkeras. Mahu taknya, Amni dan adik kembarnya siap offer duit tabung tuk top up tiket masuk ke Kampong Upin Ipin ni. Tak sampai hati bila anak-anak dah beriya-iya camni. Lagi pun inilah point utama untuk kami sampai masuk ke MAHA.

Tetapi memang padanlah dengan bayaran yang agak mahal tu sebab kawasan Upin Ipin ni luas. Kami fikir kecil sekadar nak tengok Upin Ipin dan kawan-kawan ja. Rupanya sangat luas, dan macam-macam aktiviti boleh explore. Sangat berinformasi. Nak photoshoot pun boleh. Berhawa dingin pulak tu. Berbaloi beb. Lama kami kat dalam ni.

Rumah Opah, Upin Ipin dan Kak Ros


Photoshoot 3D, dua tiga kali amik susah nak jadi sebab penuh orang tunggu turn.

Live performance from Upin Ipin & friend. Eh, Opah dan Tok Dalang pon ada. Kak Ros ja absent.

Selepas live performance, boleh amik pic dengan karakter Upin Ipin dan kawan-kawan ni. Punya ramai peminat. Masa diberi adalah dalam 5 minit. Kembar dapat juga amik gambar ngan Jarjit, Ehsan, Tok Dalang dan Mail. Upin Ipin? ehmmmm... species parents cam kami memang tak merasalah kau hai anak nak bergambar dengan public figure.

Kampung Durian Runtuh bertemakan pertanian pada tahun 2016. Jadi Amni dan adik kembar dapat tanam pokok, dapat tengok 3D performance, dapat tengok cerita Upin Ipin, dannnnn ibu ayah anak dapat makan tembikai susu dengan jayanya. Lepas makan, makan dan makan lagi tembikai susu tu. Sedap beb. Plus nak rasa berbaloi dengan bayaran masuk kot. Kahkah. Ada pameran serangga perosak juga dalam ni, penganjur bawakan live ulat perosak yang makan kelapa sawit. Gemok-gemok ulatnya.

Puas meronda dalam Kampung Durian Runtuh, kami keluar dan merancang tuk makan dan balik. Penat sangat masa ni.


Dalam kata penat, kelaparan, nak balik dan berehat sempat gak singgah bergambar di luar kawasan Floral World yang terletak berdekatan dengan Kampung Upin Ipin. Banyak lagi kalau nak explore kawasan cantik-cantik tapi apakan daya kudrat dah tada.

All this creative things just around you, yet to take a picture also no energy :(


Alhamdulillah, diizinkanNya untuk singgah ke MAHA 2016 buat kesekian kalinya. This is our first time and this place is very interesting awesome place to visit. Tapi itulah, macam yang aku cakap. Sehari tak cukup, Big NO! Tahun 2018 (MAHA diadakan sekali dalam masa dua tahun), mungkin boleh sewa hotel dan ulang datang MAHA sampai puas! Insha Allah

Habis dah rupanya cerita Kembara Geng Cuti Sekolah tahun 2016. Yeahhhhh :) Betul-betul happy ni guys. Macam dah habis bayar hutang plak perasaannya. Haha

Indahnya kenangan dan bye...

Wednesday, 19 April 2017

Kuala Gula, Bagan Serai Perak

Salam dari Senaling,

Dari Gurun tak tahu mana arah tuju. Macam nak ke Ipoh. Maaacaammmm. Pastu nak tidur Ipoh kah? Taiping pun macam okay. Pastu nak tidur Taiping? Pun tak dapat nak bagi kata putus. Sudahnya  naik kereta, hidupkan enjin, mulakan perjalanan yang tak tahu nak menghala ke mana. Hohohoho...

Bila dah keluar homestay Cik Am, contact lah Cik Am nak bagitahu dah keluar, kunci dah drop. Sambung plak sembang dengan Cik Am. Tanya arah tujuan cuti. Kebetulan dia sedang kembara hala ke Utara dan kami kembara hala Selatan.

Cik Am lah punca cerita Kuala Gula nih. Dia bagitau nak singgah Kuala Gula tuk makan ketam lembut. Ketam lembut??? Aku yang penuh tanda tanya ni gi lah google cari apa itu ketam lembut Kuala Gula. Yeahhhhhh, akhirnya inilah destinasi kami hari ini (itu).

Seriously tempat ni best. Kami cari jalan guna Waze. Masuk ke dalam semata-mata untuk ke tempat ni adalah berbaloi.

Mula tu aku ingat sekadar tempat untuk makan sahaja, tetapi no, no, no... Dapat lebih dari itu.




Dapat photoshoot. Persekitaran sangat menarik. Dapat tengok helang sambar makanan dari permukaan sungai. Dapat tengok nelayan menaiki bot mencari rezeki. Dapat lihat nelayan membetulkan jala/ jaring yang menjadi objek utama untuk mencari rezeki. Dan inilah rupanya kampong nelayan.




Selain itu, kami dapat buat lawatan muhibbah ke tempat pemprosesan ketam lembut yang letaknya sebelah kedai makan ni aje. Barulah aku tahu macam mana ketam ni leh jadi lembut. Ya, lembut yang kau boleh makan sepit dan keseluruhan ketam tak perlu kopek kulitnya yang keras. Aku rasa macam tak wujud lansung kulit keras tu.

Perusahaan ketam lembut ni dah jadi macam Industri Kecil dan Sederhana di Kuala Gula. Tapi hanya perusahaan ni yang turut menyediakan restoran terapung. Aduh aku memang salute dengan usahawan kreatif macam ni.

Kat sebelah sinun ada resort rupanya. Kuala Gula Sanctuary Resort. Kaki pancing sesuaila sangat lepak sini. Boleh memancing dari balkoni bilik ja yang semuanya memang menghadap ke muara sungai.

Aku perasan, hanya restoran ni aje yang wujud kat sini. Alhamdulillah makanan sedap-sedap. Kami order ketam lembut goreng tepung (harga seekor ketam RM12 ikut saiz), kalian ikan masin, kari sembilang, dan mi goreng (tiba-tiba) tuk kembar.

Dari bacaan, ketam lembut ni kadang-kadang ada, kadang-kadang sold out. Sesetengah blogger cadangkan call dulu untuk dapat makan ketam ni. Kami yang main redah ni tawakal je lah.  Rezeki dapat rasa.

Kembar kata mi goreng kat sini paling sedap durang pernah makan seumur hidup. Tah betul tah sebab lapar sangat. Paling sedap seumur hidup tu katanya.

Lama juga kami di sini (kes tak tahu hala tuju spesifik lepas ni). Enjoy tengok yang best-best di Kuala Gula, Bagan Serai, Perak. Selesai dan puas hati barulah kami beransur untuk singgah solat dulu dan...

...ke MAHA 2016. Tak sangka!

Bertambah pengalaman, indahnya kenangan dan bye...