Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Saturday, 21 July 2018

Balik Kampung ~ Kakak Anis Tunang

Salam dari Senaling,

Mula diberitahu khabar anak saudara Incik Ayah bertunang di kampung (Hujung Rintis), terus putuskan tak dapat hadir. Hari Ahad. Baru ja balik kampung (berhari raya) selang seminggu. Tapi bila sampai rumah, tiba-tiba Incik Ayah berubah hati. Nak balik pulak.

Aku okay je sebab yang nak memandu itu beliau. Kami pernah buat gila lebih dari ini bila balik hari masa kenduri sepupu aku di Sabak Bernam tiga tahun lepas. Naik kereta comel pulak tu. Sekarang dah beli kereta yang lebih selesa, kenapa pula tak dapat hadirkan diri? Allah dah kurnia kenderaan yang lebih baik, maka molek sangatlah balik jenguk keluarga.

Singgah solat di masjid yang Subhanallah bersih ya hamat. Pertama kali  aku jumpa yang sangat-sangat bersih. Sangat. Aku kagum dan tahniah pada AJK masjid ni. Moga Allah merahmati kalian.

Sampai kampung Jumaat malam, terus tuju rumah kakak celebrate sempena cemerlangnya adik bongsu kami dalam peperiksaan akhir semester. 4.00 flat woooo. Tepukkkk... Selesai makan pizza, sate, mee goreng, kek baru balik rumah mak, tido. Paginya round pekan Teluk Intan mengimbau zaman dating  ngan Incik Ayah (aku menyesal bercinta buang duit buang masa) sebelum balik Hujung Rintis. Sempat pekena mi rebus tersohor di Teluk Intan. Ya, makan lagi.

Masa lambat berjalan di kampung. Sebab sambungan Internet perlahan. Jadi aku makan, tido, makan, main ketinting dengan kembar dan sapu laman sebab nak cover rasa bersalah makan banyak. Naik motor round kampung. Capture imej, update Insta dan makan, tido, naik 1 kilo.


 
Antaranya. Nikmat masa duduk di kampung dan kembar kebosanan terutamanya waktu tengahari. Bila round kampung naik motor baru ceria kembali.

Hari kejadian, hadir dengan kejayaan. Kejayaan makan bertambah-tambah. Naik 0.5 kilo. Selesai majlis masuk dapur selamba. Kemas angkut pinggan back and forth. Nak basuh tuan rumah tak kasi lak. Jadi aku buat-buat rajin tuk cover rasa bersalah sekali lagi.

Nampak tu, akak kurung hijau fokus nga cedok kari daging. Tambah nasi kali ketiga. Sebelum tu akak kurung hijau dah makan karipap dua ketul, lemper (sejenis kuih Jawa) dua ketul dan kuih bakar dua potong, je.


Tahniah anak saudara. Inshaallah, kalau dah itu jodoh hang, mak dan pak penakan serta famili hantaq hang pi Jitra tahun depan no.

Tuesday, 28 November 2017

Siri Kembara Cuti Sekolah 2017 : Edisi Mengimbau Kenangan Lama Pengkalan Hulu, Perak.

Salam dari Hotel Sri Bintang, Gerik, Perak,

Selepas 30 tahun akhirnya aku kembali semula ke sini untuk kenangan sepanjang zaman.

Rumah berek polis yang didiami selama 10 tahun. Pintu rumah nun sebelah kiri. Ingat nak berdiri depan pintu, dah ada lak tuan rumahnya. Segan masing-masing. Aku dan Along pernah bakar rumah tu. Along bakar guna bara api dan plastik arang, aku lak bakar guna bantal dan ubat nyamuk. Huhu

Tangga bukan sebarang tangga hei. Di anak tangga ni, aku terkencing-kencing berlari balik dari tadika. Sampai rumah kena libas dengan arwah Abah sebab gi tahan kencing. Di bawah tangga ni dulu penuh surat khabar. Pastu kami berdua main bunga api, masuk bawah tangga nak menerangi kegelapan kunun. Sekali terbakar surat khabar lama tersebut kena percikan api.

Daaa takyah gaduh siapa yang mulakan pembakaran tu. Kita dua-dua, sama-sama 😂

Tangga Kebenaran, ditangga ni aku berlari-lari balik dari tadika sambil tahan kencing. Hehe. Tangga ni kami guna untuk ke Tabika KEMAS belakang balai.

Kenangan 1978-1987

Sekolah kami. Aku Darjah 1 - 3. Along Darjah 1 - 4. Di sekolah ni ramai budak Siam. Along ingat nama kawan-kawan siamnya, aku hanya ingat nama dua orang tu pun budak Melayu. Mazita sebab dia pesaing aku tuk periksa, Mazita Mazuin sebab dia kurang sihat, rumah dia besar dan letaknya depan balai polis. Itu ja. 

Tapi aku ingat peristiwa pada hari pertama aku masuk Darjah 1, aku balik rumah ikut pintu pagar depan, walhal Along suruh tunggu di pintu belakang. Selamba aku jalan, nasib baik aku aplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, aku patah balik sekolah. Along marah aku, dialog Along, "Kan aku suruh kau tunggu aku di pintu belakang, bongok". Aku rela dibongokkan sebab mesti dia serabut perut risaukan aku. Hehe

Tasek Takong, tasek lagenda. Tiada biawak, buaya apatah naga dalam ni, tapi Tasek Takong menyimpan banyak kenangan kecil kami di sini. Berkelah dan bermain, pergi sini dah happening habis masa kecil-kecil. Sama taraf macam Disneyland lebih kurang.

Gelongsor batu yang aku hanya dapat jumpa di Tasek Takong, Keroh. Tak jumpa kat mana-mana lagi dalam Malaysia. Hajat dihati nak bawa anak-anak main di sinilah, tapi ketentuanNya lebih baik. Hujan tak berhenti.

Disebabkan aku dah tanam niat. Hujan makin meriah. Aku gelongsor juga dari situ sambil Incik Ayah mengilai-ngilai dari belakang. Walaupun begitu sudi juga beliau amikkan pic (atau sebenarnya bahan bukti?) buat kenangan. Tak kisahlah tetap aku nak ucap, terima kasih abammmm... Hehe.

Yang ini kelakar. Sampai sekarang bila aku tengok semula pic ni aku nak ketawa. Alhamdulillah adik aku tergolek dok ja tada apa-apa kecederaan. Syukur. Tapi memang kelakar. Sungguh. Terima kasih lagi sekali Incik Ayah yang sempat abadikan momen sendu ni. Aku tengok, Incik Ayah pun terhibur menyaksikan momen ni.

Terima kasih banyak-banyak sebenarnya aku nak ucapkan pada Incik Ayah yang rajin melayan hasrat isteri dan kakak sulongnya. Amik pic dengan berpayung. Ikut kami sana-sini, cari angle cantik-cantik. Terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam (ciaaaaa...) Tak tahu bila lagi nak sampai ke sini sebenarnya, ini pun sebab ada hal penting nak diuruskan (dan selesai Alhamdulillah).

Sekian tu aje. Kami nak gerak ke Kota Bharu Kelantan dengan keadaan cuaca yang kurang baik. Tapi aku yakin ada hikmahnya nantila aku cerita. Moga dikurniakan perjalanan yang baik lagi selamat tuk kamu dan kami. Aamiiinnn.

Sekian dan Terima Kasih.

Tempat Makan Best Pengkalan Hulu, Perak

Salam dari Hotel Sri Bintang, Gerik Perak,

Perjalanan diteruskan lagi seawal jam 6.30 pagi dari Lahat Baru, Ipoh, Perak. Terima kasih Ipoh. Til we meet again. Kami berkonvoi tiga kereta menuju ke Pengkalan Hulu/Keroh pulak. Kalau ikut Maps perjalanan mengambil masa 2 jam 40 minit. 

Selepas satu jam kami bercadang nak berhenti tuk sarapan. Rezeki sarapan di Kampung Kelantan, Kuak Perak. Sarapan kami pagi tu, tipikal Malaysia nasi lemak dan roti canai lah. Harga semua pun murah; RM17. Duk Pilah, kami berdua sarapan pun pernah cecah RM10. Huhu

Tapi istimewanya nasi lemak gerai ni ialah, set termasuk sambal ikan bilis dan daging masak hitam. Harga RM3.00. Best! Paling top ofkoslah teh tarik halia (halia ketuk). Semua makanan sedap! Kedainya boleh nampak dari tepi jalan. Nama Kedai Teratak D'Tasek.

Perjalanan dari Ipoh - Keroh, ala-ala area Kuala Pilah - Rembau. Seperti melalui jalan-jalan menghantar Amni balik ke asrama. Bukit bukau, hutan belantara kiri dan kanan, lembu kambing (tapi Negeri Sembilan lebih gengster haiwan-haiwannnya), jalannya bengkang-bengkok tapi belum extreme macam dulu-dulu.

Ya, dulu-dulu. 30 tahun dulu jalan inilah yang aku lalui buat aku mabuk teruk bila balik kampung di Selangor. Lembik wei aku dulu, nasib tak terhidrat ja. Aku risaukan Amin. Sekali boleh tekan minyak sampai 110km/j. Perghhh...

Alhamdulillah sampai seperti yang dijanji. Buat urusan di satu-satunya bank yang wujud di Kroh. Wat lawatan muhibah ke Pejabat Tanah, Kroh, dan kelaparan. Kroh ialah pekan kecil, aku gagahkan juga diri google keyword, 'tempat makan paling menarik pengkalan hulu'. Hoiiii wujudlah dalam blog orang. Nak kepastian aku tanya pulak adik manis di Pejabat Tanah. 

Begini cerita beliau (dari Pejabat Tanah) "Akak pusing kiri, terus sampai jumpa jambatan kecil, jumpa simpang tiga. Akak pusing kiri dan terus sampai jumpa Sek. Keb Bekuai sebelah kiri akak. Baru akak slow, ada kedai sebelah kanan jalan. Biasanya ada orang bakar ayam, berasap-asap. Tapi hujan-hujan ni tak tau ada ke tak". 

Terima kasih dik. Akak tambah lagi, yang jambatan kecil tu kalau tengok kiri ialah Tasik Takong dan simpang tiga tu akan nampak SMK Tun Saban.

Meriah kami makan tengahari sama-sama.

Antara menu kami di gerai no name. Tak sempat nak bergambar sama-sama; ayam panggang dan kerabu kaki ayam. Kami buat dalam tiga hidangan, harga murah hanya RM136. Dengan air pelbagai warna, aku rasa murah sangat harga kat kedai ni. Seperkara, maafkanlah kalau seni fotografi yang tak berapa mantap ni semakin tak mantap guna Note 16MP kali ni. Tah pesal, gambar goyang, kurang sharp pulak. Hujan kot.

Eh kau pehal salahkan hujan? Aku yang sebenarnya jadi mandom dan makngot kali ni. Esok, lusa harus ada improvasi. Insha Allah.

Sekian dan Terima Kaseh!

Saturday, 28 October 2017

Bagan Datuk, Perak

Salam dari Senaling,

Berpuluh tahun Bagan Datuk berada dalam daerah Hilir Perak, sampai Bagan Datuk dah diisytiharkan jadi daerah sendiri. Dari aku umur 14 tahun sampai anak sulung aku umur 13 tahun. Baru aku sampai sini. Itu pun atas hikmah mak 'tak benarkan' aku kemas rumah di kampung. Huhu. 

This is Bagan Datuk.

Bagan Datuk ialah satu daerah, letaknya di huuuuuuuujung. Pertama kali kami sampai sini, Ya Allah jauhnya. Tak sampai-sampai perasannya. Kenapa ke sini. Alasan pertama; aku dah bagitahu di atas, makanya aku dikurniai kelapangan masa. Alhamdulillah. Kedua; adik, mak dan kakak aku dah pernah pergi. Sembangnya, Bagan Datuk da lain. Dah cantik.

Aku tak berapa nak faham part Bagan Datuk da lain tu, ta leh nak wat perbandingan pun. Cuma tertarik bahagian cantik. Incik Ayah pun bagi greenlight. Akhirnya sampai!

Cantik? Alhamdulillah memang cantik dan sedang dicantikkan lagi. 




Wat photoshoot memang cantik. Setakat ilmu berfoto acah-acah cam kami, seperti di atas je lah koleksi pic nya. Satu tahun lagi Insha Allah lebih cantik; kalau tengok papan tanda perancangannya lah. Paling menarik masjid terapung! Panjang umur solat di masjid terapung Bagan Datuk lah pulak nanti.

Seperkara lagi, Bagan Datuk femes woooo di kalangan kaki pancing. Nak ke Pulau Sembilan, haaa dari sini lah. Aceehcehcehhh... kemain aku mention Pulau Sembilan. Cemana rupa Pulau Sembilan pun aku ta tahu. Yang aku tau; Pulau Sembilan memang sinonim ngam kaki pancing. Titik.

Food hunt. Haaa ini seperkara lagi. Kakak aku cerita, dia jumpa satu keluarga dari Klang di masjid. Sembang-sembang, kakak aku dapat tahu durang datang ke sini hanya tuk makan soto. Sembang tak habis, sudahnya ta tau mana kedai tersebut. Kakak aku cuba soto di pasar malam. Mangkuk kecil. Rupa mangkuk tu digambarkan macam mangkuk purba, dari zaman Dinasti Chin macam tu. Kakak aku komplen, mahal tapi isi kurang.

Bila aku kata aku nak ke sini lagi. Kakak aku bagi tugasan, dah macam Dong Wan bagi tugasan dalam Running Man. Cari kedai soto mana yang sedap sangat tu, sampai orang jauh-jauh datang untuk itu. Usaha jugalah nak cari, jumpa satu dua. Aku bajet kedai yang penuh ngan oranglah kan.

Ramai tidaklah ramai cam orang beratur nak beli keria viral di Melaka tu. Menu soto dan ada jugalah nasi ayam, masakan goreng panas. Mangkuk digunakan sama, geng mangkuk purba. Rasa, sedap. Tapi isi kurang. 

Gagal ke cemana misi kami ni. Pusing juga Incik Ayah nak cari kot ada gerai soto yang lain. Aku siap google. Tak jumpa. Ke sebenarnya kedai yang kami pergi tu ialah... Tapi macam takde faktor WoW pun. Jangan risau, ini bukan pengalaman pertama tak jumpa cari lokasi foodhunt yang dimaksudkan. Coconut Shake Pantai Klebang yang tersohor tu pun tak jumpa cari weiii... 

Alhamdulillah, kami hepi sihat dan kuat ja 😀

Moral citer, aku tunggu masjid terapung siap baru aku kembali lagi ke Bagan Datuk. Insha Allah.

Semoga yang rajin membaca sampai habis entri ni, sama-sama dikurniakan kesihatan, keselamatan dan perlindungan dariNya. Plus awet muda. Aamiin.

Bye!

Sunday, 22 October 2017

Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Perak

Salam dari Senaling,

Alhamdulillah cuti Deepavali kali ni panjang. Satu minggu heyyy rasa sayang sayang hey. Walau pun pada awalnya aku meroyan hentak kaki tak setuju matrikulasi cuti panjang-panjang sebab kena ganti tiga hari Sabtu... tapi benarlah percaturanNya lebih hebat.

Aku dan famili berpeluang ke Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah. Alhamdulillah.

Gambar depan signboard ni diambil masa kami dah nak balik ke Pilah. Kembar dan Amni memang tak pasal lah nak turun kereta amik pic kat sini sama-sama. Gasaklah korang, janji pic aku dan Incik Ayah ada. 

Gambar aku dia amik, gambar dia aku amik. Pastu dia tak puas hati. Kahkah. Tapi aku setuju yang gambar aku nampak lebih awesome 😁

Kawasan ni sebenarnya tempat lalu lalang kami balik kampung dari Pilah ke Teluk Intan, bila jambatan Batu 5 ditutup sebab keselamatan dan dengar berita jambatan kat Kuala Selangor pun sama kes. Hikmah besar kena pusing jauh nak balik kampung. Kalau semua baik-baik macam biasa memang tak sampai sini rasanya. Alhamdulillah.

Disebabkan kami tidur satu malam di Felda Residence, masuk-masuk ja kami jumpa aliran air panas bertingkat ni dulu. Memang panas betul. Berasap-asap. Bagi yang pergi hari, jalan masuk ke depan lagi sampai jumpa papan tanda yang aku dan Incik Ayah bergambar di atas.


Disebabkan bilik kami menginap satu malam, harga tiket tambahan, harga sarapan tambahan (tuk satu dewasa dan dua kanak-kanak) ikut harga staf, hehe. Jadi tak dapatlah aku kongsi kos sebenar masuk ke taman rekreasi ni. Tapi aku pernah google, harga tuk bilik dua single bed atau satu queen bed (deluxe room) ialah hujung minggu RM220, hari biasa RM180 termasuk dua tiket masuk ke taman dan sarapan pagi tuk dua orang. Kalau pergi hari, harga masuk tuk dewasa ialah RM15.00 dan kanak-kanak RM12.00 sekepala.

Tapi kawasan ni luas, dan ada macam-macam aktiviti boleh dibuat selain mandi air panas.

1. Mini Taman Tema Air

Dua ketul slide yang menjadi rebutan. Kembar terutamanya Amin memang seronok naik slide ni. Semua pun excited, walaupun pilihan terhad. Ye lah, mende asing ni mana ada kat rumah tuk dihadap hari-hari. Jadi haruslah excited.



Kanan sikit ada kolam ni, ala-ala swimming pool dengan kedalaman 4.5 kaki. Nice tuk kembar. Seronok dapat swim. Langsai hutang dari minggu ke minggu nak bawa kembar gi swimming pool, Alhamdulillah. Air kolam ialah air sungai semulajadi, jernih dan kebersihan dijaga. Tapi masih diletakkan klorin atas faktor kebersihan rasanya.

Masa kami disini, banyak kali juga pool guard prit prit tiup wisel. Bagi pengumuman dah macam deejay kenduri kahwin bunyinya. Plus bagi amaran. Heeee. Dah kata tak boleh bawa makanan, tak perlulah bawa. Ini ada juga yang bawa, siap makan tepi kolam, siap suap bagi anak makan aiskrim dari tepi kolam, sekali aiskrim ketepekkk... jatuh dalam kolam 😕.

2. Rebus Telur.

Enam biji telur ayam RM5.00. Harga mampu milik.

Kaunter beli telur. Nasi lemak pun hado.

Pilih nak telur dimasak cara apa. Suku, separuh, tiga suku, keras?

Telur yang dimasak secara alami tiba-tiba terasa super sedap. Aku syak kami terexcited tuk semua pengalaman pertama ni. 


Tempat  ni, masa ni panasnya bukan main-main. Aku duk terbayang aku celup kaki, pastu aku angkat daging jatuh satu-satu. Paginya aku celup macam okay ja, siap kuis-kuis alga dalam kolam ni lagi tau. Ada acik tu bagitau alga ni bagus tuk kulit, lebih bagus dari SKII. Ingat nak ulang celup la kan. Ehmmmm haram tak mampu pon nak letak waima bahagian kaki yang kulit tebal tu.

3. Taman Terapi


Hari pertama dan kedua kami berendam dalam kolam air panas sinun (yang berbumbung tu). Hari pertama macam just nice, hari kedua uda macam panas sikit. Sini ada batu refleksologi yang aku nga pijak tu. Siap ada air panas mengalir kat celah batu-batu. Sekadar action amik gambar je lah. Lepas tu melompat naik. Ta bley tahan!

4. Kafe Rumbia


Aku dah maklum, masuk sini tak boleh bawa makanan. Disebabkan aku perantau, memang tak la kan aku seludup bawa piyuk nasi dan kari kambing masuk sini. Tapi harga di kafe ni reasonable. Range harga antara RM6.50 - RM5.00. Yang penting sedap! Masakan panas-panas lak tu.

Dua hari lunch kami di sini. Sumer sedap. Teh tarik pun sedap.

5. Taman Air Kanak-Kanak


Kembar suka main kat sini. Tapi air mula on bermula pada jam 10.00 pagi - 1.00 petang. Sambung jam 2.00 - 6.00 petang. Kawasan ni aje yang ada timing macam tu. Yang lain-lain mula dibuka jam 8.00 pagi - 7.00 petang. Taman mini tuk kanak-kanak ni antara kawasan terbaru yang di buka di sini.

Seperkara lagi, taman ni hanya dibuka pada hujung minggu dan cuti sekolah sahaja.

6. Kolam mandi air panas.


Aku rasa, ini sepatutnya the main point datang sini. Kolam air panas. Petang hari pertama kami masuk, panasnya mengigit-gigit kaki. Hari kedua, pagi, macam tak panas sangat. Suhu lom adjust habis ke caner aku pun ta amik port. Janji sumer happy. Kolam yang ini luas, boleh tawaf satu kolam nanti jumpa punca utama aliran masuk air panas ke dalam kolam. Lalu di laluan ni, fanas viler weiii. Subhanallah. Terfikir sejenak macam mana air sungai yang sejuk, ada pulak punca air panas. Allahuakbar.

7. Felda Residence Hotspring dan kemudahannya.


Depan bilik kami. Satu blok ada empat pintu. Pintu kami tingkat bawah sebelah sana. Depan blok je yang mampu masuk blog. Dalam bilik bersepah-sepah. Masa kemas tak sempat nak amik pic. Walau pun deluxe, dua katil single, tapi bilik luas. Sangat luas. Kalau bawa toto, boleh masuk lagi dua orang. Kami berempat tido atas katil, katil single siap gabung. Muat. Yeay. Hehe. Incik Ayah lak tido depan TV, guna sleeping bag. 

Ada bathtub lagi u alls. Kembar, dah habis berendam di taman rekreasi, sambung berendam pulak dalam bathtub. Dasar budak kecik.


Untuk sarapan, kami pilih nak makan di Meranti Coffe House aje. Malas nak keluar. Mood kembar pagi-pagi dah la macam cekodok. Kakak je excited nak makan. Tapi kannnn, menu sarapan berpada dengan harganya. Harga sarapan bajet hotel dan resort. Kalau aku tahu baik aku sarapan di Kafe Rumbia je. Tapi tak tahulah buka ke idok pagi-pagi kafe tersebut. Apa pun, Alhamdulillah rezeki kami masih ada hari tu.


Depan coffe house, ada playground. Best dan terjaga. Itu yang aku suka tempat ni. Alhamdulillah semuanya terjaga, terpelihara, kemas dan bersih. Takpelah bayar sikit kalau kondisi tempat menarik dan selesa.

Selain tu, aku ada nampak juga padang netball dan football. Malam-malam pulak ada open karaoke di private hot spring. Lepas dinner, aku dan Incik Ayah gagah juga cari tempat nak karok ni. Tapi setakat cari je la. Sampai depan pintu, kami patah balik. Seganlah, suara sedap sangat.

Secara keseluruhan, aku sangat rekemen tempat ni tuk dilawati. Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Sungkai, Perak pun dekat dengan lokasi Nasi Bamboo yang memang dah viral di media sosial. Belum rezeki kami nak makan situ sebab hari Jumaat tutup rupanya. Hehe

Walau pun time cuti sekolah, Alhamdulillah manusia wujud seadanya. Ada gak terfikir sal ni. Rupanya okay je. Moral citer, kalau nak ke tempat-tempat seumpamanya waktu cuti sekolah, pergilah waktu hari biasa. Insha Allah, murni-murni je keadaannya.


Di lobi Felda Residence yang mendamaikan. Dah nak balik Pilah. Terima kasih atas pengalaman berharga. Next? Macam nak ke Kalumpang.

Hampeh tul, awal-awal aku duk bayangkan TRAP Sungai Klah ialah Kalumpang. Kahkah. Jenuhla nak cari sungai. Memang takkan kau jumpalah! 😂

Bye sayam-sayam sekalian.

Wednesday, 19 April 2017

Kuala Gula, Bagan Serai Perak

Salam dari Senaling,

Dari Gurun tak tahu mana arah tuju. Macam nak ke Ipoh. Maaacaammmm. Pastu nak tidur Ipoh kah? Taiping pun macam okay. Pastu nak tidur Taiping? Pun tak dapat nak bagi kata putus. Sudahnya  naik kereta, hidupkan enjin, mulakan perjalanan yang tak tahu nak menghala ke mana. Hohohoho...

Bila dah keluar homestay Cik Am, contact lah Cik Am nak bagitahu dah keluar, kunci dah drop. Sambung plak sembang dengan Cik Am. Tanya arah tujuan cuti. Kebetulan dia sedang kembara hala ke Utara dan kami kembara hala Selatan.

Cik Am lah punca cerita Kuala Gula nih. Dia bagitau nak singgah Kuala Gula tuk makan ketam lembut. Ketam lembut??? Aku yang penuh tanda tanya ni gi lah google cari apa itu ketam lembut Kuala Gula. Yeahhhhhh, akhirnya inilah destinasi kami hari ini (itu).

Seriously tempat ni best. Kami cari jalan guna Waze. Masuk ke dalam semata-mata untuk ke tempat ni adalah berbaloi.

Mula tu aku ingat sekadar tempat untuk makan sahaja, tetapi no, no, no... Dapat lebih dari itu.




Dapat photoshoot. Persekitaran sangat menarik. Dapat tengok helang sambar makanan dari permukaan sungai. Dapat tengok nelayan menaiki bot mencari rezeki. Dapat lihat nelayan membetulkan jala/ jaring yang menjadi objek utama untuk mencari rezeki. Dan inilah rupanya kampong nelayan.




Selain itu, kami dapat buat lawatan muhibbah ke tempat pemprosesan ketam lembut yang letaknya sebelah kedai makan ni aje. Barulah aku tahu macam mana ketam ni leh jadi lembut. Ya, lembut yang kau boleh makan sepit dan keseluruhan ketam tak perlu kopek kulitnya yang keras. Aku rasa macam tak wujud lansung kulit keras tu.

Perusahaan ketam lembut ni dah jadi macam Industri Kecil dan Sederhana di Kuala Gula. Tapi hanya perusahaan ni yang turut menyediakan restoran terapung. Aduh aku memang salute dengan usahawan kreatif macam ni.

Kat sebelah sinun ada resort rupanya. Kuala Gula Sanctuary Resort. Kaki pancing sesuaila sangat lepak sini. Boleh memancing dari balkoni bilik ja yang semuanya memang menghadap ke muara sungai.

Aku perasan, hanya restoran ni aje yang wujud kat sini. Alhamdulillah makanan sedap-sedap. Kami order ketam lembut goreng tepung (harga seekor ketam RM12 ikut saiz), kalian ikan masin, kari sembilang, dan mi goreng (tiba-tiba) tuk kembar.

Dari bacaan, ketam lembut ni kadang-kadang ada, kadang-kadang sold out. Sesetengah blogger cadangkan call dulu untuk dapat makan ketam ni. Kami yang main redah ni tawakal je lah.  Rezeki dapat rasa.

Kembar kata mi goreng kat sini paling sedap durang pernah makan seumur hidup. Tah betul tah sebab lapar sangat. Paling sedap seumur hidup tu katanya.

Lama juga kami di sini (kes tak tahu hala tuju spesifik lepas ni). Enjoy tengok yang best-best di Kuala Gula, Bagan Serai, Perak. Selesai dan puas hati barulah kami beransur untuk singgah solat dulu dan...

...ke MAHA 2016. Tak sangka!

Bertambah pengalaman, indahnya kenangan dan bye...