Saturday, 1 June 2019

RRP Morib, Banting

Ini ialah kegembiraan abadi pabila berjaya menempah Rumah Rehat Persekutuan (RRP). Selepas beberapa siri kejayaan menempah RRP di Langkawi, Port Dickson dan Tanjung Tuan. Kali ini di Morib pula... oyeah oyeah

Kenapa RRP? Aicehhh... seperti ambassador RRP kayaknya. Sebab paling utama ialah murah, tetapi selesa setaraf hotel apartment atau hotel/resort 4-5 bintang. Bawa satu keluarga dijamin selesa, Insha Allah

RRP Morib. Malap kan pic ni? Saja nak uji mata...😀

Check-in jam 2.00 petang, check-out pada jam sebelum atau pada 12.00 tengahari. Disebabkan aku baca blog, dikhabarkan jam 2.00 petang baru dibenarkan check-in, kalau awal RELA merangkap security guard bertegas takkan buka gate... jadi aku patuh. Jam 2.15 petang baru aku sampai.

Daftar di pondok pengawal. Baru check in di pejabat (Pulau Ketam tulisnya). Dapat kunci bersama-sama remote TV.


Inilah tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam. Pulau Tioman 1.

  Rumah berkembar dua bilik.

 Ada beranda boleh main congkak, guli, batu seremban dan ketinting.

 Jemput masuk...

 Ruang tamu.

Dapur. 

Pembacaan aku di blog seperti lengkap semuanya peralatan memasak dan makan. Tapi surprise pula bila sampai sini, sebab hanya ada pinggan, mangkuk, sudu garfu, cawan, teko, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik... sahaja. Ingat nak masak gempak jugalah untuk bersahur. Sudahnya masak apa yang mampu guna periuk elektrik. Sahur pertama nasi goreng, sahur kedua nasi dan telur goreng. Survive Alhamdulillah kami semua berpuasa... huhu

 Bilik utama ku kira sebab luas, untuk kakak Amni dan kembar. Kakak Amni tidur atas toto empuk, kasi can kembar tidur atas katil.

 Bilik kedua, kecil ja untuk ibu dan ayah. Kedua-dua bilik ada penghawa dingin.

Ini pemandangan dari penginapan kami.

Dua rumah (kiri dan tengah) ialah banglo tiga bilik. Aku fikir bulan puasa tiada orang nak tempah, rupanya penuh. Yang aku perasan sebuah rumah berkembar ja yang tak berpenghuni hujung minggu tu. Best nya banglo sebab dekat dengan pantai.

Pintu pagar arah ke pantai.

Detik paling indah ialah menyaksikan matahari terbenam. Subhanallah cantiknya.

Lebih-lebih lagi dengan yang tersayang cia cia cia

Detik indah matahari terbit. Subhanallah cantiknya juga...

Kos penginapan ialah RM160 ja. Itulah kelebihan RRP untuk penjawat awam. Tapi nak mendapatkannya Mashaallah... Mehla share tips untuk menempah RRP seluruh negara dengan jayanya Insha Allah.

1) Sila lawat laman web bahagian pengurusan harta http://www.bph.gov.my/sbbphv2 dan bacalah kalau-kalau ada kemaskini yang terkini.

2) Harus peka dengan senarai tarikh bila boleh mula menempah RRP

3) Rajin membuat pemerhatian, dan rajin menanti pada tarikh yang dimaksudkan di atas.

4) Kalau boleh cari tarikh yang aneh-aneh (bukan peak hour)

5) Harus percaya, rezeki dari Allah selepas usaha-usaha di atas ~ jadi kena minta dariNya.

Bila meminta, kadang-kadang datang dari detikan hati dalam kereta, atau ketika melayan FB je pun. Betul-betul ikhlas mengharap. Contoh situasi, ketika melayan FB, "Ya Allah... untungnya sipolan dapat RRP Cameron Highland, best nya kalau aku pun berjaya tempah RRP Cameron Highland, best nya". Lepas cakap dalam hati, ulang lagi cerita dengan suami, sebut lagi ayat pengharapan tu. Masuk ofis, masa tenang-tenang, ulang lagi cerita dengan kawan-kawan.

Kalau difikir semula, betul juga. Bila kawan share happiness kita harus tumpang gembira. Omputih bilang, Law of Attraction. Dalam Islam pula ialah konsep bersangka baik dan bersyukur.

Apa-apa pun hati kena bersih. Jomlah sama-sama latih hati ini...

No comments:

Post a Comment