Showing posts with label cameron highland. Show all posts
Showing posts with label cameron highland. Show all posts

Monday, 11 May 2020

Play Residence @ Golden Hills, Cameron Highland

Ulang dua kali kami menetap di kawasan ni ~ Golden Hills, Brinchang. Keseronokan hakiki terletak pada mudahnya nak merayau di pasar malam untuk mencari makan untuk malam sampai sarapan esok terus. Malasnya nak keluar mencari-cari tempat makan, kerisauan kena jam lagi pun ya. Atau sebenarnya aku rasa, kami bijak haha. Benda boleh seronok gembira tiada tekanan, kenapa nak cari masalah? Kan?

Homestay kami. Dua bilik untuk RM227.27/malam 

Lebih selesa berbanding homestay sebelum...

...dan lebih murah dari homestay sebelum. Yang ini master bedroom.

Majoriti komuniti di Golden Hills apartment ialah homestay. Ada banyak blok dan tempat parking yang selamat (sebab kena tag kad nak masuk tempat parking). Berdekatan dengan pasar malam. Itu yang paling utama.

Pasar senja pun boleh. Bunyi azan kang boleh lari balik homestay.

Teringinnya nak bunga segar macam ni, tapi tahan lama. Lebih kurang enam bulan ke.

Antaranya. Beraneka macam hasil tani Cameron Highland yang dijual di sini. 

Khabarnya Kea Farm lagi murah, tapi kami malas nak singgah Kea Farm. Jauh lagi kami nak sambung perjalanan. Takkan nak simpan jagung seminggu ke dua minggu dalam bonet kereta. Kalau bertukar jadi bertih jagung, cane?

Disebabkan tahun ini kami ulang pergi negeri/tempat yang kami pernah pergi. Jadi, perjalanan santai-santai aje. Sarapan, Boh Tea Palas, check-in, pasar malam, check-out, dalam perjalanan ke destinasi seterusnya singgah sebentar di Kea Farm (adhoc plan). Done. Boleh terus zoom ke Pulau Pinang lak.

Kembali ke Jalan Jalan 2019.

Saturday, 9 May 2020

Berfoto di Ladang Teh

Dalam masa sepuluh bulan, ladang teh ni sedikit berubah. Berubah di mana? Pada pagarnya. Kalau bulan dua hari tu, kami boleh masuk ke ladang tehnya acah-acah bergambar ria. Kali ni berpagar habis dari hujung ke hujung. Kalau nak juga bergambar dalam ladangnya, kena ambil di bawah.

Februari 2019 di bahagian bawah ja ada pagar kiri kanan.

Selepas signboard BOH pagar tiada. Boleh terjun masuk ladang teh.

Contohnya.

Berkunjung kali ni, jangan harap. Tapi pihak ladang sediakan pelantar berlatar belakangkan ladang teh untuk merakam gambar buat kenangan. Atas asbab keselamatan atau mungkin pihak ladang risau ada orang masuk ladang teh tak jumpa jalan pulang?


Bulan Disember

Bulan Februari.

Seingat aku kedua-dua spot jadi rebutan. Terkini, hat bulan Februari tu memang takkan dapat rasa dah. Melainkan pagar dah dirobohkan. Mana tau? Disebabkan kedatangan kali ni tak dapat merasa bergambar dalam ladang...

Suami sudi berhenti di sini...


Kami nampak orang lain berhenti, suami tiba-tiba follow. Kejadian sebegini jarang-jarang berlaku. Jadi aku enjoy the moment, dan bersyukur. Walau pun ia terasa sedikit misteri dan aneh haha. Kawasan ni, letaknya di pertengahan jalan nak masuk sampai kafe tempat tumpuan ramai tu. Aku rasa kawasan ni masih kawasan ladang teh Boh.

Rakam gambar lima belas ke tujuh belas keping, kira sampai puas hatilah. Baru gerak keluar.





Dua ketul ni paling susah nak dapat gambar yang bagus-bagus.

Kawasan kami berhenti untuk parking, ada banyak bunga ni. Cantik-cantik.

Seronok bergambar begitu begini, sekali nak keluar hazab hahaha. Jalan masuk ladang memang sempit sedia maklum, biasa akan ada pekerja ladang yang kawal. Rezeki kami hari tu, seperti ada miscommunication, sudahnya memang panjang jam-nya. Kalau akulah yang memandu, jam tiga petang kot baru keluar dari kawasan ni.

Bila dah berjaya keluar ke jalan utama, lapar belaka semuanya. Makan dulu, dan ngam boleh check in homestay. Golden Hills... lagi. Yeay.

Kembali ke senarai Jalan Jalan 2019.

Thursday, 7 May 2020

Ladang Teh Boh Sungai Palas

Kawasan ni menggamit sungguh. Antara sebab utama nak datang lagi Cameron Highland ialah ladang teh ni lah. Cantik ya amat pemandangannya. Kalau awal tahun datang jam 1200, jalan nak masuk jam, nak cari parking berpusing-tawaf lima ke tujuh kali, nak cari tempat duduk pun ya ampun dan segala macam kisah-kisah yang tak berapa best nak kongsi.

Kedatangan kali ini, kami belajar. Jam 9 dah sampai ladang. Siap boleh pilih-pilih tempat parking. Lenggang lalalala hiking ke atas. Orang tatapla ramai tapi takdelah sampai sesak. Paling penting, kami suka dan kami seronok lepak laaaaaaama di sini. Tiga jam, lama ke tu?


Kontur ladang teh memang cantik. Kami enjoy the scenery.

Hari berkenaan, cuaca mendung dan pagi tu memang hujan dah turun pun. Jadi dalam gambar nampak kurang sikitlah. Kalau langit biru, pasti cantik. Kalau awan biru, ada awan kepul-kepul macam gula-gula kapas, pasti lebih cantik. Tapi pada mata aku hari tu, cantik ja.

Gambar sekeluarga ni acara wajib. Nak set gambar sebegini boleh bawa gaduh oooo...

Gambar ni aku suka sebab aku rasa semua orang muka semenggah terutama kembar. Tapi... senget.

Kek teh hijau tu memang aku aim sungguh. Kuning tu kek telur masin. Sedap.  
 
Tambahan dalam gambar ialah menu yang takkan jumpa cari di Tristan Cafe. Samosa.

Kisah samosa. Samosa ni adik aku gorengkan jam 0400 siap air milo sebelum kami bertolak ke Cameron. Dah pesan tak perlu susah-susah sediakan apa-apa, tetaplah... Itulah best-nya menumpang tidur rumah adik beradik. Kalau aku pun, dipesan tak perlu masak, tetap aku masak. Paling tidak light food untuk lapik perut. Tetamu kan bawa rahmat.

Harga makanan di ladang ni agak mahal. Dah maklum dan berpadananlah. Sebab nak masuk ke sini percuma. Ini namanya marketing strategy. Tak usah bising-bising, kita cari jalan untuk jimat dan masih dapat enjoy the moment.

Caranya, sarapan kenyang-kenyang di Brinchang, kemudian barulah datang sini santai-santai. Tu yang gagah lepak sampai tiga jam. Berulang ke tandas takyah cerita lah. Kesejukan.

Salah fokus hehe

Amazing view.

Sebelum gerak, meh rakam sekeping gambar di jambatan rebutan dan...

... sekeping di anjung rebutan.

Kalau rajin boleh sambung baca kisah benar di sini.

Wednesday, 6 May 2020

Sarapan Best Cameron Highland

Cameron Highland... lagi.

Jarang-jarang aku (kami) ke tempat yang sama dalam setahun. Tetapi Cameron Highland terkecuali. Untunglah bukan aku seorang yang gila bayang, suami dan anak-anak pun. Bila bertepuk cukup lima pasang tangan, Alhamdulillah semua gembira dan enjoy the moment di sini.

Bezanya, awal tahun hari tu kami ikut jalan Tapah. Kali ni ikut jalan Simpang Pulai. Kurang sikit lengkoknya. Kurang banyak peningnya. Dan tiada adegan muntah berlaku kali ni.

Yang sama, kami gerak ke Cameron sebelum subuh. Alasan pun sama, tak sanggup hadap jam. Tidaklah maksudnya lansung tak hadap jam di sini. Tak Cameron-lah kalau tak jam terutama musim cuti sekolah. Kena juga sekali masa nak balik, tapi itu sekali je lah. 

Moral cerita, kalau ke Cameron sediakan mental untuk menghadap jam. Mana boleh elak, cubalah elak. Pasti tenang hidupmu. Dan kami solat di masjid Kampung Raja dalam kegelapan Bukan blackout, cuma kawasan solat perempuan lampu rosak agaknya. Ada satu keluarga tidur dalam tu. Aku ingat kami dah awal, rupanya ada lagi yang lebih awal. Rakyat Malaysia cekal-cekal belaka rupanya.

Sarapan di Medan Selera Brinchang.

Semua kena paksa makan nasi lemak. Sedap dan kenyang.

Asalnya nak sarapan depan Masjid Kayangan Brinchang. Ada van jual nasi lemak ayam rempah goreng panas-panas. Dah pernah cuba memang sedap, yumsss. Tapi pada tarikh 24 Disember 2019, orang ramai. Sangat ramai. Tak sanggup nak menunggu, kami cari alternatif lain. 

Yang tu vannya seberang jalan betul-betul depan masjid...

 ...dan menghadap balai bomba. 

Gambar diambil awal tahun 2019, bulan Februari hari tu. Ini kali ni orang ramai. Nak rakam gambar pun takde mood haha.

Dari van tu, kami jalan kaki ja mencari. Terasa macam nampak Medan Selera berdekatan sepuluh bulan yang lalu. Sambil mencari, sambil berperang kahkah. Nasiblah jumpa, kalau tak berdushum dushum aku kena peluru nanti.

Ada beberapa gerai yang dibuka untuk sarapan pagi tu. Kami pilih satu gerai kakak ni, sebab makanan diletak atas dulang anyaman. Tu aje sebab utamanya. Alhamdulillah makanan sedap dan banyak pilihan.

Cuma... medan selera ni kurang bersih dimataku. Aku ada rasa nak menyapu sampah di longkangnya. Dan ada keinginan juga nak sental sinki basuh tangannya. Tapi suamiku pasti menghalang. Jadi aku tengok ja sambil berdoa, cukuplah pemandangan ini ja yang aku nampak. Jangan ditunjuk yang lain ya Rabb. Kelak aku merungut.  

Atau mungkin atas asbab virus Covid 19 yang Allah turunkan, semua tempat di Malaysia (dunia) akan jadi bersih sebersih-bersihnya? Insha Allah, dan aku positif ya. Yeay 😁.

Sambung baca kisah benar di sini.