Thursday, 7 May 2020

Ladang Teh Boh Sungai Palas

Kawasan ni menggamit sungguh. Antara sebab utama nak datang lagi Cameron Highland ialah ladang teh ni lah. Cantik ya amat pemandangannya. Kalau awal tahun datang jam 1200, jalan nak masuk jam, nak cari parking berpusing-tawaf lima ke tujuh kali, nak cari tempat duduk pun ya ampun dan segala macam kisah-kisah yang tak berapa best nak kongsi.

Kedatangan kali ini, kami belajar. Jam 9 dah sampai ladang. Siap boleh pilih-pilih tempat parking. Lenggang lalalala hiking ke atas. Orang tatapla ramai tapi takdelah sampai sesak. Paling penting, kami suka dan kami seronok lepak laaaaaaama di sini. Tiga jam, lama ke tu?


Kontur ladang teh memang cantik. Kami enjoy the scenery.

Hari berkenaan, cuaca mendung dan pagi tu memang hujan dah turun pun. Jadi dalam gambar nampak kurang sikitlah. Kalau langit biru, pasti cantik. Kalau awan biru, ada awan kepul-kepul macam gula-gula kapas, pasti lebih cantik. Tapi pada mata aku hari tu, cantik ja.

Gambar sekeluarga ni acara wajib. Nak set gambar sebegini boleh bawa gaduh oooo...

Gambar ni aku suka sebab aku rasa semua orang muka semenggah terutama kembar. Tapi... senget.

Kek teh hijau tu memang aku aim sungguh. Kuning tu kek telur masin. Sedap.  
 
Tambahan dalam gambar ialah menu yang takkan jumpa cari di Tristan Cafe. Samosa.

Kisah samosa. Samosa ni adik aku gorengkan jam 0400 siap air milo sebelum kami bertolak ke Cameron. Dah pesan tak perlu susah-susah sediakan apa-apa, tetaplah... Itulah best-nya menumpang tidur rumah adik beradik. Kalau aku pun, dipesan tak perlu masak, tetap aku masak. Paling tidak light food untuk lapik perut. Tetamu kan bawa rahmat.

Harga makanan di ladang ni agak mahal. Dah maklum dan berpadananlah. Sebab nak masuk ke sini percuma. Ini namanya marketing strategy. Tak usah bising-bising, kita cari jalan untuk jimat dan masih dapat enjoy the moment.

Caranya, sarapan kenyang-kenyang di Brinchang, kemudian barulah datang sini santai-santai. Tu yang gagah lepak sampai tiga jam. Berulang ke tandas takyah cerita lah. Kesejukan.

Salah fokus hehe

Amazing view.

Sebelum gerak, meh rakam sekeping gambar di jambatan rebutan dan...

... sekeping di anjung rebutan.

Kalau rajin boleh sambung baca kisah benar di sini.

No comments:

Post a comment