Monday 11 May 2020

Play Residence @ Golden Hills, Cameron Highland

Ulang dua kali kami menetap di kawasan ni ~ Golden Hills, Brinchang. Keseronokan hakiki terletak pada mudahnya nak merayau di pasar malam untuk mencari makan untuk malam sampai sarapan esok terus. Malasnya nak keluar mencari-cari tempat makan, kerisauan kena jam lagi pun ya. Atau sebenarnya aku rasa, kami bijak haha. Benda boleh seronok gembira tiada tekanan, kenapa nak cari masalah? Kan?

Homestay kami. Dua bilik untuk RM227.27/malam 

Lebih selesa berbanding homestay sebelum...

...dan lebih murah dari homestay sebelum. Yang ini master bedroom.

Majoriti komuniti di Golden Hills apartment ialah homestay. Ada banyak blok dan tempat parking yang selamat (sebab kena tag kad nak masuk tempat parking). Berdekatan dengan pasar malam. Itu yang paling utama.

Pasar senja pun boleh. Bunyi azan kang boleh lari balik homestay.

Teringinnya nak bunga segar macam ni, tapi tahan lama. Lebih kurang enam bulan ke.

Antaranya. Beraneka macam hasil tani Cameron Highland yang dijual di sini. 

Khabarnya Kea Farm lagi murah, tapi kami malas nak singgah Kea Farm. Jauh lagi kami nak sambung perjalanan. Takkan nak simpan jagung seminggu ke dua minggu dalam bonet kereta. Kalau bertukar jadi bertih jagung, cane?

Disebabkan tahun ini kami ulang pergi negeri/tempat yang kami pernah pergi. Jadi, perjalanan santai-santai aje. Sarapan, Boh Tea Palas, check-in, pasar malam, check-out, dalam perjalanan ke destinasi seterusnya singgah sebentar di Kea Farm (adhoc plan). Done. Boleh terus zoom ke Pulau Pinang lak.

Kembali ke Jalan Jalan 2019.

No comments:

Post a Comment