Friday, 17 April 2020

Dik Dan

Setakat hari entri ini ditaip, aku ada 15 orang anak saudara (dari sebelah aku ja). Dalam ramai-ramai anak saudara, anak saudara ini yang paling menghiburkan.

Dik Dan the Superman.

Rajin dia melayan Mak Ngah dan Pak Ngahnya yang senget. Dia sebenarnya dah siap berpakaian lengkap sebab nak menghadiri kenduri. Sajalah Mak Ngah dan Pak Ngahnya suruh dia berpakaian ala Superman sambil menceritakan kisah dongeng betapa hebatnya Superman dengan kuasa-kuasa ajaibnya. Tak sangka gigihnya Dik Dan buka semula seluar dan menyarung yang dalam ke bahagian luar haha.

Ummi dan abahnya tak heran pun sebab dalam sejarah dia pernah sarung seluar dalam di kepala tanda protes tak mahu ke tadika. 

Sampai ke kenduri, sibuk pula dia nak ikut kami balik ke Pilah. Umminya berhujah memberitahu betapa jauhnya Negeri Sembilan tu dari Perak. Siapa nak menghantar dan mengambilnya nanti.

Dik Dan jawab, "Kenapa Mak Ngah duduk jauh sampai Negeri Sembilan, Negeri Tujuh takde ke?"

Hahahahahahahahaha hadoiiiiii la Dik Dan. Level kelakar kau peringkat antarabangsa Dik Dan 😂.

Disclaimer : Dik Dan berpakaian patuh syariah serta sopan ketika menghadiri kenduri berkenaan. 

Pending entry is done and I am happy!

Kenapa?

Sepasang suami isteri bersarapan di Warung Kak Nor. Memang rutinnya begitu. Harian Metro bertarikh 21 Februari 2020 yang baru dicampakkan oleh penghantar surat khabar sebentar tadi di ambil dan di tatap si isteri. Helaian demi helaian diselak. Tiba-tiba matanya terpaku pada sebuah berita. Teh panas yang kini suam dihirup, perlahan.

"Kenapa mesti bertemu? Kenapa Ana tak tahu? Cerita ni. tiba-tiba sahaja..." 😔


Soal si isteri kepada suaminya... Jais. Si suami terkebil-kebil tidak mengerti.

Atau sebenarnya pura-pura tidak mengerti 😆😄😂

Thursday, 16 April 2020

Kembar di MSSD Kuala Pilah 2020

Selesai sukan tahunan pada 02 Februari 2020, sambung dengan MSSD 03 Februari 2020. Selesai MSSD 05 Februari 2020 dan aku cuak gaya ibu-ibu overprotected. Tapi bila dikhabarkan ayah acara bukan berderet-deret non-stop macam sukan sekolah, tenang sikit nak kerja nun di Banting. 

Gambar atas ihsan Ayah yang jadi penyokong setia.


Bersedia untuk acara lompat tinggi.

 Lompatan pertama ~ Amin

Lompatan pertama ~ Iman

Aku macam tak percaya kembar boleh lompat tinggi dengan teknik yang betul. Aku fikir durang melompat gaya zero point. Tak pun gaya superman haha. Bila aku tanya ayah bila masa durang belajar, ayah kata masa hari sukan hari tu baru belajar. Wah hebat kamurang dua ya.

Amin dan Iman berjaya hingga lompatan yang terakhir pada ketinggian 1.30m. Tapi dua-dua tak lepas, termasuk dua peserta dari sekolah lain. Keputusannya Iman tempat ketiga dan Amin tempat keempat. Alhamdulillah, yang penting usaha. Yang penting pengalaman.  

Selain lompat tinggi, Iman masuk acara 100m, 200m, 4x100m dan 4x200. Amin pula masuk acara 4x100m dan 4x200m.

Untuk acara 100m dan 200m Iman tak lepas masa untuk layak ke final, walaupun dapat tempat ke pertama untuk kedua-dua acara saringan. Takpelah, rezeki masing-masing.

Permulaan acara 100m saringan ~ Iman

Permulaan acara 200m saringan ~ Iman

Untuk acara 4x200m saringan pagi tu, gembira ayah call sebab khabarnya ada harapan pingat emas. Wowww... excited pula aku mendengarnya. Lebih excited sebab dengar betapa SANGAT gembiranya suara ayah. 

Petang berkenaan, eh... senyap pula. Biasanya ayah yang akan update itu ini begitu begini. Sudahnya aku call.

Amin tak sihat. Teng teng tenggg... Acara 4x200m final petang tu digantikan dengan pelari simpanan. Dan ayah tidak lagi bertapa di Stadium Zaaba, jadi tak tahulah apa keputusannya. Kena tunggu sehingga Iman balik. Keputusannya, peroleh pingat perak. Alhamdulillah, rezeki masing-masing kan.

Esoknya, Amin masih tak sihat, ayah stay at home, Iman teruskan perjuangan untuk satu lagi acara. Acara 4x100m dan Alhamdulillah masih perak.

Maka, berakhirlah acara sukan untuk kembar bagi tahun 2020. Betul-betul akhir, sebab 18 Mac 2020 MCO dilaksanakan. Jangan kata sukan, pergi sekolah pun tak boleh haha.

Sambung... SK Tunku Kurshiah secara keseluruhan peroleh banyak pingat perak dan beberapa pingat gangsa tanpa pingat emas. Ayah kata keputusan tahun lepas lebih baik, tapi okay sangat dah keputusan ni. 

Takpelah Amin seorang ja sakit perut. Yang penting semua yang lain baik-baik sejahtera tanpa kecederaan. Nak siapkan vlog lak, Iman oooo Imannnn...

Siap. Tapi ibu yang edit sebab katanya nak guna aplikasi Photos juga (ibu suruh Iman cuba edit guna ProShow Producer). Klik sini untuk video kembar terbang 😁

Wednesday, 15 April 2020

Terima Kasih MCO ~ Hikmahnya #8

Pengurusan gambar-gambar dan video yakni kenangan, Alhamdulillah dan Insha Allah akan jadi lebih umpppph! Yeay...

Declutter, sorting, kemudain barulah tenang nak kemaskini blog, kemaskini YouTube channel, photobook... just name all the medium to store the experiences, and happy moments. Everything REALLY happened because of MCO. Allahuakbar, aku gembira sangat ni.

Sokmo bila aku journaling, terlintas bilalah nak buat semua yang tersenarai di atas ni. Ikutkan perancangan aku, ketika Matrikulasi bercuti mulai 20 April 2020 hingga 02 Jun 2020 (tolak pi marking seminggu). Kebetulan Matrikulasi memang bercuti panjang. TERpanjang dalam sejarah 10 tahun aku dalam sistem ni. Namun, Allah rancang cuti kami lebih panjang! Mulai 18 Mac 2020 hingga 21 Jun 2020! Dan aku yakin ini yang TERbaik dari YANG MAHA TAHU.

Ini cara aku sorting pic. Kalau boleh semua folder masuk ikut tahun. Kalau boleh lah. Tapi yang ini pun, Alhamdulillah, seronok ja aku tengok tersusun begini.

... by year.

... by month.

... by date.

Kalau boleh tanak folder etc. Apa etc? Apa? Dan tiba-tiba...

Semakin meriah our Youtube Channel dengan video gaisss...😁

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...

Thursday, 9 April 2020

Hari Sukan SK Tunku Kurshiah 2020

Tarikh : 02022020     Hari : Ahad     Lokasi : Stadium Sekolah Sukan Zaaba

Sukan sekolah rendah terakhir untuk kembar, dan Insha Allah terakhir juga untuk kami suami isteri mengilai-ngilai di stadium tersohor dalam daerah Kuala Pilah ini. Aku nyaris tak dapat hadir dek kerana tugas di Banting. Bila kenang-kenangkan masa tak boleh berpatah semula, aku adjust tugas tu ke sana ke sini ke sana ke sini... dan tantadaaaaa... 

Sukses aku jadi jurukamera dan juruvideo merangkap tukang ngilai pada hari bersejarah ini. Terima kasih ayahrazzi.

 Iman the Zorro

Laksamana Amin

Biru ~ Tunku Hamdah

Hijau ~Tunku Kurshiah

Kuning ~ Tunku Durrah

Merah ~ Tunku Najihah

Acara pertama aku fikir bermula dari tahun satu. Kebiasannya begitu. Sekali eh eh... Tahun enam dulu. Luar biasa ini. Macam tahun-tahun sebelum, Amin dan Iman (termasuk Amni) haruslah terpilih mewakili rumah masing-masing. Belum lari lagi pun dah boleh ramal keputusan, hebat bukan? Kalau semua baik-baik, tempat kedua Insha Allah Iman dapat. Amin? Surpriseee... 

Selesai acara 100m tahun enam lelaki.

Masa ni aku sendiri tak pasti Amin dapat pingat gangsa atau tidak. Walau pun aku merakam di tepi trek. Yang aku nampak sipi-sipinya tempat ketiga dengan keempat. Antara Amin dengan kawannya dari rumah kuning. Iman Alhamdulillah perak seperti jangkaan.

Keputusan? Alhamdulillah rezeki Amin dapat gangsa.

Puan penyampai pingat tanya, mana abang mana adik. Soalan klise untuk pasangan kembar. Aku tak mereka-reka, tapi memang itulah soalannya. Magis bukan? Adakah aku memperoleh kuasa super sonar? Adakah?


Haha. Aku berada di situ masa penyampaian pingat. Gambar ni ayah ambilkan.

Yang ini gambar yang aku ambilkan. Terlebih adjust brightness.

Selain 100m, kembar masuk juga acara 200m, 4x200m, 4x100m. Banyak giler kot acara kembar masuk. Risau pulak aku. Sebab esok sambung ke peringkat daerah. Perangai mak-mak sangat aku ni kan. Haha.

 Menambah koleksi. Alhamdulillah

Nak suruh ambil gambar punya payah. Gasak kau dik. Muka tak kacak booo...

Maka dengan ini, selesailah sukan tahunan SK Tunku Kurshiah bagi tahun 2020. Juara? Haruslah rumah hijau. Terkumpul segala sprinter dari kebanyakan kelas di rumah hijau. Hairan aku. Dari aku sekolah, sampai aku jadi cikgu rumah sukan, sampai ke anak-anak mungkin ke cucu-cucu agaknya. Kenapa yang hebat-hebat selalu berkumpul di satu-satu rumah sukan? Kenapa tak berselerak walhal random kot bila pengagihan rumah sukan dijalankan.

Perlu buat kajian tindakan ke macam mana ni?

Boleh kli link untuk video yang Iman edit sendiri (aku ubah tambah sikit-sikit). Yeay, semakin mudah tugasanku mengemaskini kenangan. Alhamdulillah. Iman guna aplikasi Photos untuk edit video.
Sebagai penutup entri, nah lanje gambar anak jiran sebelah. Nazrin namanya.


Banyak mulut, sembang kencang, gajah terbang. Terima kasih Nazrin menceriakan acik Hana dan acik Jais di hari sukan SK Tunku Kurshiah 2020. Video ekau berlari ada ni haaa acik simpan buat kenangan. Kalau acik ghajin bukan kepalang, acik buatkan vlog. Jomput nengok nanti yo...

Acik ghajin sungguh, ni haaa vlog nya. 

Tuesday, 7 April 2020

Terima Kasih MCO ~ Hikmahnya #7

Alhamdulillah, kerja tertangguh akan diselesaikan. Tak banyak, sikit. Tapi aku rasa, macam banyak 😁.




13 entri blog menjelang MCO hari ke 21.

Kegemaran. Ambil gambar. Update blog. Kalau dulu tambah dengan kegilaan ber-photobook. Tapi bila aku apply minimalist, photobook tak jadi keutamaan diganti video. Bandingkan blog dengan video, menanglah blog. Sebab setakat kenangan kecil-kecil, blog dan Instagram sudah memadai. Tapi percayalah sebenarnya tengok video lebih puas.

Ntah apa yang aku tulis ni.

Moral cerita aku suka taip kenangan di blog. Kalau mood swing, aku pergi blog sendiri baca kenangan. Semenjak kerja di Banting, blog kurang aktif. Banyak cerita tapi laptop tinggal di rumah Pilah. Captured pic menimbun di smartphone. Saban minggu di bahagian 'do later', sokmo tulis update blog... update blog... Ingat nak berkarya cuti semester bermula bulan April nanti. Rupanya, Allah kabulkan permintaan hambaNya lebih awal. Sesungguhnya DIA Maha Tahu. Alhamdulillah.

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...

Friday, 3 April 2020

Terima Kasih MCO ~ Hikmahnya #6

Penjimatan. Jimat sangat. Alhamdulillah.

Hai meja kerja. Hai tetikus kerja. Hai kalkulator. Aku rindu kamu. Tapi masih gembira bekerja dari rumah. Yeay.

Highlight untuk buku 'Spend Well', ala-ala jurnal mencatat perbelanjaan harian, mingguan, bulanan, dan tahunan. Kira valid kalau aku kata aku lebih jimat pada waktu MCO. Penjimatan dalam kadar 1:3. Jimat belanja petrol. Berulang Banting Pilah Banting Pedas Pilah Pedas hujung minggu. Lagi satu jimat sebab home cooked. Hujung minggu biasa, sarapan teringin teh tarik Warung Kak Nor, dinner teringin sup tulang, siakap stim warung simpang. Kadang-kadang teringin nak chill pekena Hazelnut Latte di McCafe tak pun lunch KFC bucket. 

Kini sekeluarga ontok di meja makan comel di ruang dapur. Makan apa yang aku atau ayah masak. Nikmat sungguh tengok makanan habis setiap kali selesai makan.

Samada masakan memang sedap, atau kurang sedap termasin tertawar termanis terkeras terlembik tapi aku paksa habiskan juga dengan iringan tazkirah sebagai
background music. Haha 

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...