Thursday, 16 April 2020

Kembar di MSSD Kuala Pilah 2020

Selesai sukan tahunan pada 02 Februari 2020, sambung dengan MSSD 03 Februari 2020. Selesai MSSD 05 Februari 2020 dan aku cuak gaya ibu-ibu overprotected. Tapi bila dikhabarkan ayah acara bukan berderet-deret non-stop macam sukan sekolah, tenang sikit nak kerja nun di Banting. 

Gambar atas ihsan Ayah yang jadi penyokong setia.


Bersedia untuk acara lompat tinggi.

 Lompatan pertama ~ Amin

Lompatan pertama ~ Iman

Aku macam tak percaya kembar boleh lompat tinggi dengan teknik yang betul. Aku fikir durang melompat gaya zero point. Tak pun gaya superman haha. Bila aku tanya ayah bila masa durang belajar, ayah kata masa hari sukan hari tu baru belajar. Wah hebat kamurang dua ya.

Amin dan Iman berjaya hingga lompatan yang terakhir pada ketinggian 1.30m. Tapi dua-dua tak lepas, termasuk dua peserta dari sekolah lain. Keputusannya Iman tempat ketiga dan Amin tempat keempat. Alhamdulillah, yang penting usaha. Yang penting pengalaman.  

Selain lompat tinggi, Iman masuk acara 100m, 200m, 4x100m dan 4x200. Amin pula masuk acara 4x100m dan 4x200m.

Untuk acara 100m dan 200m Iman tak lepas masa untuk layak ke final, walaupun dapat tempat ke pertama untuk kedua-dua acara saringan. Takpelah, rezeki masing-masing.

Permulaan acara 100m saringan ~ Iman

Permulaan acara 200m saringan ~ Iman

Untuk acara 4x200m saringan pagi tu, gembira ayah call sebab khabarnya ada harapan pingat emas. Wowww... excited pula aku mendengarnya. Lebih excited sebab dengar betapa SANGAT gembiranya suara ayah. 

Petang berkenaan, eh... senyap pula. Biasanya ayah yang akan update itu ini begitu begini. Sudahnya aku call.

Amin tak sihat. Teng teng tenggg... Acara 4x200m final petang tu digantikan dengan pelari simpanan. Dan ayah tidak lagi bertapa di Stadium Zaaba, jadi tak tahulah apa keputusannya. Kena tunggu sehingga Iman balik. Keputusannya, peroleh pingat perak. Alhamdulillah, rezeki masing-masing kan.

Esoknya, Amin masih tak sihat, ayah stay at home, Iman teruskan perjuangan untuk satu lagi acara. Acara 4x100m dan Alhamdulillah masih perak.

Maka, berakhirlah acara sukan untuk kembar bagi tahun 2020. Betul-betul akhir, sebab 18 Mac 2020 MCO dilaksanakan. Jangan kata sukan, pergi sekolah pun tak boleh haha.

Sambung... SK Tunku Kurshiah secara keseluruhan peroleh banyak pingat perak dan beberapa pingat gangsa tanpa pingat emas. Ayah kata keputusan tahun lepas lebih baik, tapi okay sangat dah keputusan ni. 

Takpelah Amin seorang ja sakit perut. Yang penting semua yang lain baik-baik sejahtera tanpa kecederaan. Nak siapkan vlog lak, Iman oooo Imannnn...

Siap. Tapi ibu yang edit sebab katanya nak guna aplikasi Photos juga (ibu suruh Iman cuba edit guna ProShow Producer). Klik sini untuk video kembar terbang 😁

No comments:

Post a comment