Tarikh : 02022020 Hari : Ahad Lokasi : Stadium Sekolah Sukan Zaaba
Iman the Zorro
Menambah koleksi. Alhamdulillah
Sukan sekolah rendah terakhir untuk kembar, dan Insha Allah terakhir juga untuk kami suami isteri mengilai-ngilai di stadium tersohor dalam daerah Kuala Pilah ini. Aku nyaris tak dapat hadir dek kerana tugas di Banting. Bila kenang-kenangkan masa tak boleh berpatah semula, aku adjust tugas tu ke sana ke sini ke sana ke sini... dan tantadaaaaa...
Sukses aku jadi jurukamera dan juruvideo merangkap tukang ngilai pada hari bersejarah ini. Terima kasih ayahrazzi.
Laksamana Amin
Biru ~ Tunku Hamdah
Hijau ~Tunku Kurshiah
Kuning ~ Tunku Durrah
Merah ~ Tunku Najihah
Acara pertama aku fikir bermula dari tahun satu. Kebiasannya begitu. Sekali eh eh... Tahun enam dulu. Luar biasa ini. Macam tahun-tahun sebelum, Amin dan Iman (termasuk Amni) haruslah terpilih mewakili rumah masing-masing. Belum lari lagi pun dah boleh ramal keputusan, hebat bukan? Kalau semua baik-baik, tempat kedua Insha Allah Iman dapat. Amin? Surpriseee...
Selesai acara 100m tahun enam lelaki.
Masa ni aku sendiri tak pasti Amin dapat pingat gangsa atau tidak. Walau pun aku merakam di tepi trek. Yang aku nampak sipi-sipinya tempat ketiga dengan keempat. Antara Amin dengan kawannya dari rumah kuning. Iman Alhamdulillah perak seperti jangkaan.
Keputusan? Alhamdulillah rezeki Amin dapat gangsa.
Puan penyampai pingat tanya, mana abang mana adik. Soalan klise untuk pasangan kembar. Aku tak mereka-reka, tapi memang itulah soalannya. Magis bukan? Adakah aku memperoleh kuasa super sonar? Adakah?
Haha. Aku berada di situ masa penyampaian pingat. Gambar ni ayah ambilkan.
Yang ini gambar yang aku ambilkan. Terlebih adjust brightness.
Selain 100m, kembar masuk juga acara 200m, 4x200m, 4x100m. Banyak giler kot acara kembar masuk. Risau pulak aku. Sebab esok sambung ke peringkat daerah. Perangai mak-mak sangat aku ni kan. Haha.
Nak suruh ambil gambar punya payah. Gasak kau dik. Muka tak kacak booo...
Maka dengan ini, selesailah sukan tahunan SK Tunku Kurshiah bagi tahun 2020. Juara? Haruslah rumah hijau. Terkumpul segala sprinter dari kebanyakan kelas di rumah hijau. Hairan aku. Dari aku sekolah, sampai aku jadi cikgu rumah sukan, sampai ke anak-anak mungkin ke cucu-cucu agaknya. Kenapa yang hebat-hebat selalu berkumpul di satu-satu rumah sukan? Kenapa tak berselerak walhal random kot bila pengagihan rumah sukan dijalankan.
Perlu buat kajian tindakan ke macam mana ni?
Boleh kli link untuk video yang Iman edit sendiri (aku ubah tambah sikit-sikit). Yeay, semakin mudah tugasanku mengemaskini kenangan. Alhamdulillah. Iman guna aplikasi Photos untuk edit video.
Sebagai penutup entri, nah lanje gambar anak jiran sebelah. Nazrin namanya.
Banyak mulut, sembang kencang, gajah terbang. Terima kasih Nazrin menceriakan acik Hana dan acik Jais di hari sukan SK Tunku Kurshiah 2020. Video ekau berlari ada ni haaa acik simpan buat kenangan. Kalau acik ghajin bukan kepalang, acik buatkan vlog. Jomput nengok nanti yo...
Acik ghajin sungguh, ni haaa vlog nya.
Acik ghajin sungguh, ni haaa vlog nya.
No comments:
Post a Comment