Friday, 17 April 2020

Dik Dan

Setakat hari entri ini ditaip, aku ada 15 orang anak saudara (dari sebelah aku ja). Dalam ramai-ramai anak saudara, anak saudara ini yang paling menghiburkan.

Dik Dan the Superman.

Rajin dia melayan Mak Ngah dan Pak Ngahnya yang senget. Dia sebenarnya dah siap berpakaian lengkap sebab nak menghadiri kenduri. Sajalah Mak Ngah dan Pak Ngahnya suruh dia berpakaian ala Superman sambil menceritakan kisah dongeng betapa hebatnya Superman dengan kuasa-kuasa ajaibnya. Tak sangka gigihnya Dik Dan buka semula seluar dan menyarung yang dalam ke bahagian luar haha.

Ummi dan abahnya tak heran pun sebab dalam sejarah dia pernah sarung seluar dalam di kepala tanda protes tak mahu ke tadika. 

Sampai ke kenduri, sibuk pula dia nak ikut kami balik ke Pilah. Umminya berhujah memberitahu betapa jauhnya Negeri Sembilan tu dari Perak. Siapa nak menghantar dan mengambilnya nanti.

Dik Dan jawab, "Kenapa Mak Ngah duduk jauh sampai Negeri Sembilan, Negeri Tujuh takde ke?"

Hahahahahahahahaha hadoiiiiii la Dik Dan. Level kelakar kau peringkat antarabangsa Dik Dan 😂.

Disclaimer : Dik Dan berpakaian patuh syariah serta sopan ketika menghadiri kenduri berkenaan. 

Pending entry is done and I am happy!

No comments:

Post a Comment