Saturday, 1 June 2019

Proud Moment - Majlis Anugerah Kecemerlangan

Sejujurnya, aku sangat bangga dengan kecemerlangan Amni sampai aku tak pernah update dengan detail tentangnya di media sosial. Aku terasa-rasa akan terbitnya riak bila ramai orang tahu dan berikan komen melambung kelak.

Di blog tak mengapa, sebab tak ramai yang tahu tentang kewujudan blog ni. Hanya rakan-rakan yang rapat dan mungkin orang-orang yang aku tak kenal (itu pun kalau ada hehe). Aku nak ia dijadikan kenangan, dan aku nak Amni tahu betapa bangganya kami (aku, ayah dan kembar) dengan kejayaan demi kejayaan yang dia peroleh.

Tahniah my sweet cotton candy...

Ibu tak dapat hadir tahun ni sebab PESSKOM, tapi tetap call dari Pontian untuk beri sokongan...

... dan siapkan satu lagi entri momen bahagia buat kenangan.

Rajin lagi buat video wuuuu 😁



RRP Morib, Banting

Ini ialah kegembiraan abadi pabila berjaya menempah Rumah Rehat Persekutuan (RRP). Selepas beberapa siri kejayaan menempah RRP di Langkawi, Port Dickson dan Tanjung Tuan. Kali ini di Morib pula... oyeah oyeah

Kenapa RRP? Aicehhh... seperti ambassador RRP kayaknya. Sebab paling utama ialah murah, tetapi selesa setaraf hotel apartment atau hotel/resort 4-5 bintang. Bawa satu keluarga dijamin selesa, Insha Allah

RRP Morib. Malap kan pic ni? Saja nak uji mata...😀

Check-in jam 2.00 petang, check-out pada jam sebelum atau pada 12.00 tengahari. Disebabkan aku baca blog, dikhabarkan jam 2.00 petang baru dibenarkan check-in, kalau awal RELA merangkap security guard bertegas takkan buka gate... jadi aku patuh. Jam 2.15 petang baru aku sampai.

Daftar di pondok pengawal. Baru check in di pejabat (Pulau Ketam tulisnya). Dapat kunci bersama-sama remote TV.


Inilah tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam. Pulau Tioman 1.

  Rumah berkembar dua bilik.

 Ada beranda boleh main congkak, guli, batu seremban dan ketinting.

 Jemput masuk...

 Ruang tamu.

Dapur. 

Pembacaan aku di blog seperti lengkap semuanya peralatan memasak dan makan. Tapi surprise pula bila sampai sini, sebab hanya ada pinggan, mangkuk, sudu garfu, cawan, teko, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik... sahaja. Ingat nak masak gempak jugalah untuk bersahur. Sudahnya masak apa yang mampu guna periuk elektrik. Sahur pertama nasi goreng, sahur kedua nasi dan telur goreng. Survive Alhamdulillah kami semua berpuasa... huhu

 Bilik utama ku kira sebab luas, untuk kakak Amni dan kembar. Kakak Amni tidur atas toto empuk, kasi can kembar tidur atas katil.

 Bilik kedua, kecil ja untuk ibu dan ayah. Kedua-dua bilik ada penghawa dingin.

Ini pemandangan dari penginapan kami.

Dua rumah (kiri dan tengah) ialah banglo tiga bilik. Aku fikir bulan puasa tiada orang nak tempah, rupanya penuh. Yang aku perasan sebuah rumah berkembar ja yang tak berpenghuni hujung minggu tu. Best nya banglo sebab dekat dengan pantai.

Pintu pagar arah ke pantai.

Detik paling indah ialah menyaksikan matahari terbenam. Subhanallah cantiknya.

Lebih-lebih lagi dengan yang tersayang cia cia cia

Detik indah matahari terbit. Subhanallah cantiknya juga...

Kos penginapan ialah RM160 ja. Itulah kelebihan RRP untuk penjawat awam. Tapi nak mendapatkannya Mashaallah... Mehla share tips untuk menempah RRP seluruh negara dengan jayanya Insha Allah.

1) Sila lawat laman web bahagian pengurusan harta http://www.bph.gov.my/sbbphv2 dan bacalah kalau-kalau ada kemaskini yang terkini.

2) Harus peka dengan senarai tarikh bila boleh mula menempah RRP

3) Rajin membuat pemerhatian, dan rajin menanti pada tarikh yang dimaksudkan di atas.

4) Kalau boleh cari tarikh yang aneh-aneh (bukan peak hour)

5) Harus percaya, rezeki dari Allah selepas usaha-usaha di atas ~ jadi kena minta dariNya.

Bila meminta, kadang-kadang datang dari detikan hati dalam kereta, atau ketika melayan FB je pun. Betul-betul ikhlas mengharap. Contoh situasi, ketika melayan FB, "Ya Allah... untungnya sipolan dapat RRP Cameron Highland, best nya kalau aku pun berjaya tempah RRP Cameron Highland, best nya". Lepas cakap dalam hati, ulang lagi cerita dengan suami, sebut lagi ayat pengharapan tu. Masuk ofis, masa tenang-tenang, ulang lagi cerita dengan kawan-kawan.

Kalau difikir semula, betul juga. Bila kawan share happiness kita harus tumpang gembira. Omputih bilang, Law of Attraction. Dalam Islam pula ialah konsep bersangka baik dan bersyukur.

Apa-apa pun hati kena bersih. Jomlah sama-sama latih hati ini...

Tuesday, 30 April 2019

Proud Moment :
1st National Warrior Closed Taekwondo Championship 2019

Sekali setahun. Itu yang aku bagitahu Ayah selepas melalui beberapa siri Kejohanan Taekwondo. 

Kejohanan pada 2019 is done!

Teringat pula first time join kejohanan di Seri Kembangan, tak faham aku macam mana kategori dibahagikan. Belum kira lagi seharian di venue. Sebab aku terdengar ada parent yang menyuarakan rasa tak puas hati. Sebiji dulu macam aku yang penuh tanda tanya. Anyway, welcome Taekwondo-new-parents to the event! 

Kali ini aku lebih bersedia (dah nak masuk tahun ketiga kot join) dan relaks ja bila dikhabarkan Amin akan fight dua kali dan Iman sekali ja. Boutchart 59 dan 62. Maknanya giliran ke 59 dan 62. Ring ada dua, termasuk ring B mula lambat sebab masalah teknikal. Sampai Senawang jam 7.00 pagi, balik jam 6.00 petang. As usual, tak surprise punnnn...

Tahniah untuk kembar, dan yeay A untuk gred KoKu 😀

Tak, itu bukan niat utama ketika kembar melobi aku saban tahun nak join Taekwondo. Tahun ketiga bila kembar bersungguh (Amin paling bersungguh), aku kata 'boleh, tapi...' ada syarat beb. Dah pernah cerita, cuma nak bagitahu, tatkala anak-anak bertaekwondo dan join sparring, maka kebarangkalian nak dapat A untuk KoKu sangat tinggi.

Markah penglibatan sure A, tak kira menang atau tidak. Kebanyakan (atau semua?) kejohanan Taekwondo adalah peringkat kebangsaan.

Markah pencapaian kena usaha lebih sikit. Tapi macam kes Amin Iman, kategori Bantam D ada tiga orang ja. Jadi bagi 2019 pencapaian kembar A lah juga, kan? Alhamdulillah.

Paling penting untuk aku ialah kembar sudah ada kemahiran, harapnya membantu sedikit sebanyak untuk future nanti. Alhamdulillah tambah satu lagi momen untuk dijadikan kenangan, dan yeah aku update blog... akhirnya.

Terlebih dose rajin, videonya di sini

Friday, 22 February 2019

Kembar Yang Manis.

Sudahlah selsema.
Kaki terpelecok pulak masa main netball.
Mungkin sebab tak warming up.
Mungkin sebab tak streching.
Maka tak normallah aku jadinya.

Dalam kereta kembar dah sibuk tanyakan itu ini.
Kenapa jadi macam tu. Ibu main macam mana.
Amin picit-picit bahu aku.

Tiba di rumah.
Iman ambilkan ais. Letak dalam plastik.
Tuamkan tempat berkenaan.
Tak bagi aku banyak bergerak.
Bentangkan toto tuk aku.
Suruh aku berehat. Awal.

Ah, sweet betul.

Tertidur sekejap. Terjaga.
Tak lena sebab hidung tersumbat.

Ke ruang tamu. Suami masih tak tidur.
Hadap TV, handphone di tangan.
Kembar dah tidur.

Aku sembang perihal kembar.
Perangai sungguh manis.
Berbunga aku rasa.

Aku (saja)tanya suami.
Bagaimana kembar boleh jadi semanis itu?
Suami jawab dengan tepat.
Kembar buat apa yang aku biasa buat pada kembar bila kembar tak sihat.

Aku bagitahu suami.
Perempuan(normal) hanya nak perhatian.
Semudah itu.

Aku bagitahu suami.
Aku semakin faham.

Dulu mengharap.
Kini memahami...

Sunday, 20 January 2019

Homestay Best Dekat Bangi

...atau dekat Kajang, Serdang, IOI City Mall, De Palma, Le Meridien Hotel... Yenni Duplex @ De Centrum.

Tahun 2019, cuba untuk luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Untuk aku, masa akan jadi 'lebih kualiti' dengan anak-anak (terutamanya kakak Amni) bila kami keluar dari rumah atau dalam erti kata lain ~ jalan-jalan 😀.

Kebetulan minggu ni memang bercadang nak keluar town, nak memburu kasut kakak yang sungguh, tuttttt... Sedih. Kebetulan lagi, adik angkat suami ajak kami sekeluarga mengiringinya menikah di Beranang. Jadi jomlah sekali jalan.

 Maksudnya lepas majlis kita lepak Selangor, cari apartment-stay, horray!

Subhanalllah cantik sungguh apartment Puan Anis ni. Letaknya di De Centrum Apartment.

Aku pernah stay di De Centrum bulan lepas, tapi apartment lain. Disebabkan apartment yang dulu kurang kondusif, aku cuba cari kawasan lain, mungkin rezeki kami cari punya cari sangkut sekali lagi dengan De Centrum tapi kali ni dengan Yenni Duplex.

Beyond my expectation, gitu aku punya komen. Macam masuk IKEA showroom, sebab hampir 90% barang dalam apartment ni memang dari IKEA pun. Harga pun lebih murah dari apartment dulu. Memang puas hati. Bersihnya. Perkakasannya. Dapurnya. Kelengkapan tidurnya (bantal, selimut very comfy). Alhamdulillah, seronok kami satu famili.

ASTRO, Netflix disediakan. Layan berepisod-episod cerita bersiri kegemaran kakak Amni... sampai habis episod lah. Puas hati. Wifi connection strong, dapatlah Incik Ayah buat kerja sikit. Aku kurang layan Internet, kan kata nak spend masa berkualiti ngan anak-anak, kannnn?

Kemudahan seperti gym ada (walaupun tak semua alatan boleh berfungsi dengan baik), swimming pool besar, kedalaman just nice, ada jakuzi, waktu operasi (untuk gym dan pool) pun panjang. 7 pagi hingga 11 malam. Jadi, tiada alasan untuk tidak bersenam k...

Tempat makan, nak apa? Alhamdulillah semua hampir ada. Pizza Hut, KFC, Malaysian cuisine, Arab cuisine, mamak cuisine... Ada lagi a few, tapi aku sempat nampak yang ini ja. Letaknya di di Centrum Mall, bawah apartment je. Walking distance. 

Untuk kami sekeluarga, kami vote mamak cuisine. Hampir semua menu ada, western, tomyam, nasi kandar, nan cheese, just name it plus big screen for EPL or NBA match! The crowd pun ramai seronok lepak lebih-lebih lagi bila smokers kena smoke jauh-jauh. Terima kasih smokers sebab patuh arahan kerajaan.

De Centrum Mall pun ada macam-macam kedai. Pasar borong ala-ala supermarket ada, 7-Eleven, kedai buku, laundry, DIY, kedai kek, aksesori phone, ... kira no problem lah kalau ke sini dan tertinggal berus gigi kat rumah.

Security memang padu. Nak parking ja jauh naik ke atas kena access guna kad sebanyak dua kali. Satu di level bawah, sekali lagi di level atas. Ada yang review kata tinggi sangat, memang tinggi pun carpark nya berpusing-pusing macam... bila nak sampai ni? Sebenarnya, boleh ja opt park kat bawah tuk visitor mall, pastu akses apartment dari situ. Terpulang.

Gitu aku promosi dan seperti biasa aku promosi sebab aku puas hati selain dapat bagi manfaat pada orang lain. Aku jadi blogger ni pun belum pernah aku dapat income waima satu sen. Cuma aku suka berkongsi, dan aku gembira bila aku korek dan baca semula journey kami sekeluarga. Alhamdulillah aku mudah gembira... yeay

Sunday, 9 December 2018

Bungalow in a Village, Semabok, Melaka

Annual gathering kali ini di Semabok, Melaka.

Jenuh nak cari lokasi kawasan ni. Berpusing-pusing semua keluarga sebelum betul-betul sampai ke sini. Dalam kereta buntu juga dibuatnya (Maps atau Waze ta boleh nak exactly detect) tapi bila dah sampai...

Perghhhh...  luas, memang aman damai melepak statik di sini tiga hari dua malam.


Suatu kejayaan Alhamdulillah. Berjumpa seperti ini lagi tahun 2019. Insha Allah.

Kompilasi Kembara Cuti-Cuti Sekolah 2018


Melaka Bandaraya Bersejarah - Hari Keluarga 
Johor Darul Takzim
Tanjung Piai
Danga Country

Kelantan Darul Naim
Pilah ↔Kok Lanas
3A Guest House, Kok Lanas
MTB Matrix Challenge
Jamboree Matrix Challenge
Rantau Panjang
JJCM Rantau Panjang

Perak Darul Ridzuan
JJCM Teluk Intan
Pulau Pangkor