Thursday, 2 April 2015

Aku Anak-anak & Anak-anak Aku

Salam dari Senaling,

Aku tanya apa khabar... Aku tanya apa khabar semuaaaaa...^____^

Aku rasa nak update sal hal ni sebab aku perati perangai Amni, Amin dan Iman, which is about money. Aku tengok anak-anak aku cool ja pegang duit. Kalau dapat duit dari Opah, siap serah kat aku tuk simpankan. Duit RM1 bersepah-sepah kat umah pun durang cool, lansung tiada perasaan nak amik ke, nak simpan ke. Sudahnya aku juga yang amik dan masukkan dalam tabung durang.

Aku masa kecik ta se cool durang. Bab duit sangat sensitif. Apa sahaja kelakar sal duit adalah sangat tak lawak. Boleh menjadi pertempuran berdarah kalau tak kena gaya. 

Nak cari duit bersepah depan mata dalam umah memang tidaklah. Asal nampak je duit syiling seposen pun cepat-cepat amik dan terus wartakan jadi hakmilik kekal. Tahap jakun adalah paling tinggi kalau nampak duit kertas RM1. Nampak RM10, perghhhhh memang rezeki sangatlah.

Tabung lak (zaman aku dulu kami adik beradik pakai tabung Tabung Haji warna putih) siap sorok-sorok simpan dalam lemari baju lah, belakang katil, janji adik beradik yang lain tak tahu.

Tapi aku tetap tahu kat mana Along simpan tabung dia. Dekat timbunan baju dia dalam almari. Tabung haji siap ada kunci tau, tapi aku leh buka tutup kat bawah tabung dengan kacangnya guna besi kecik yang aku ta ingat perinciannya. 

Macam klip kertas. Macam jarum peniti...Ah, kabur lak imbasan zaman silamku.

Yang aku teringat, kecintaan aku terhadap duit menjadi-jadi masa aku Darjah 5. Duit pertama yang aku curi dari akak aku aku buat belanja kawan-kawan. Dah macam Robin Hood aku menjadi, tapi dalam kes aku, kakak aku bukanlah orang kaya yang kedekut lagi jahat. Aku ja yang jahat dalam citer ni. Tapi akhirnya mak dapat tangkap aku. So, mak amik duit dalam tabung aku tuk gantikan duit Along yang aku amik.

Aku terfikir, anak-anak aku sangat cool adakah kerana mereka mudah nak dapat duit. Apa yang durang nak sumer aku bagi. Kalau tak dapat sediakan cepat, lambat laun aku akan usahakan juga tuk bagi pada durang.

Isunya ialah, adakah taraf hidup keluarga itu akan mencorakkan warna hidup seseorang? Atau mungkinkah pengaruh kawan-kawan yang menyebabkan aku mula menjadi pencopet sambilan? Sebab sebelum Darjah 5 aku rasa aku pun cool. Bila stat masuk asrama dan dikellingi kawan-kawan yang agak senang, menyebabkan aku pun nak rasa senang cam durang?

Atau mungkin pegangan akidah ku yang tak kuat? Tapi aku dah stat pergi solat tarawih seawal Darjah 1 kot.

Oh...tada kaitan eh gi solat tarawih ngan pegangan akidah? Hehe

Aku pernah mempersoalkan takdir, tapi namanya nak menyalahkan takdir Alhamdulillah dan Insha Allah aku tak nak buat ah.  Tapi terfikir-fikir jugalah apakah alasan yang mencorakkan hidup kita sebenarnya.

Macam tak aci je kalau aku sorang yang pikir. Meh kita pikir sama-sama...nak?

Wednesday, 18 February 2015

Kembara ke Alive 3D Art Gallery Port Dickson N9

Salam dari Senaling,
 
Ada hikmah aku tumpang kasih Family Day (citer di sini) orang rupa-rupanya. Gara-gara ter excited nak jumpa kawan-kawan lama cum excited nak pi holiday, kami telah bertolak awal dari rumah. Jam 11 dah sampai Port Dickson padahal kawan-kawan yang lain sedang na...na...na... kat umah golek guling atas katil. Cis...
 
Namun, dapat juga aku pergi ke Alive 3D Art Gallery disebabkan terawalnya aku ke sana. Seprais betui bila aku wasap geng N9, tanya apa yang best kat Port Dickson selain pantai, durang bagitau ada  Alive 3D Art Gallery kat situ. Tak tau pula aku kat N9 pun ada. Setakat  Alive 3D Art Gallery I-City Selangor atau Pulau Pinang, aku nampak lama da kawan-kawan update di wall Facebook.
 
 Alive 3D Art Gallery ni terletak berhampiran dengan Giant PD. Lokasinya senang nak di cari. Lepas jumpa Giant PD, cari rumah kedai kat sebelah kanan dengan...
 
...pic besar ni kat depan galeri. Okay?
 
Alah, navigation system kan ada. Apa de hal? Bayaran masuk RM20 tuk seorang dewasa dan RM15 tuk seorang kanak-kanak. Kanak-kanak yang free haruslah tidak melebihi 90 cm. Kos untuk simpan kasut berjumlah RM10 per loker, sebab masuk galeri ni haruslah berkaki ayam.
 
Sebelum masuk galeri, aku dah psiko Amni dan kembar Amin, Iman supaya sporting kalau aku suh durang bergaya. Waima disuruh baring atas lantai pun, wajib kena ikut. Kalau sumer pun nak malu, memang buang duitla namanya.
 
Apa kah lagi objektif dan misi utama ke sini kalau bukan untuk bergambar kan? Walau pun berkamera kan kamera fon 8MP.
 
Durang angguk-angguk, macam faham. Nanti kat dalam kita tengok k...























 
Nah, belanja korang 21 dari 127 keping gambar. Prestasi Amni maintain, tapi prestasi kembar menurun mengikut masa. Dah hujung-hujung tu start ajak balik. Dah leh agak perangai durang akan jadi macam tu. Lansung tak seprais. Orang pun dah start ramai. Bersimpang siur nak amik gambar masing-masing. Nasib baik kami sampai agak awal tadi.
 
Tips kat sini aku nak kasi tau supaya berbaloi-baloi dengan harga yang korang bayar ialah :
1. Psiko anak-anak anda kaw-kaw punya supaya mereka akan bagi kerjasama yang ta berbelah bahagi.
2. Ahli keluarga yang tak sporting dan pemalu adalah tak digalakkan ke sini. Bayangkan, masa korang berbaring bergaya, orang penuh kot kat sekeliling nga amik turn nak bergambar jugak.
3. Sila sediakan riak muka yang bersesuaian dengan cara bergambar.
4. Kat dinding galeri ni, penuh ngan contoh-contoh cara macam mana nak bergambar supaya nampak real. Kalau lebih kreatif, lebih bagus.
5. Sila bertolak ansur. Ada sesetengah port adalah port feveret macam pic meniti atas titi dan pic di kerusi merah tu. Agak-agak dah dapat pic yang real, beredarlah dari situ laju-laju. Kalau rasa nak berlama lagi, bagi chance kat orang lain. Pastu amik sekali lagi kat situ. Macam yang kami watlah. Siap beratur macam nak beli Choconut Shake di Pantai Klebang pulak.
 
Alhamdulillah, kami tak berjumpa ngan geng-geng mementingkan diri sendiri di sini. Semuanya sangat prihatin seperti kami juga. Ehemmm...
 
Kami dah sampai ke Alive 3D Art Gallery akhirnya...Yess...!

Saturday, 31 January 2015

Kembar dan Kenangan Enam Tahunnya

Salam dari Senaling,

Dah hampir dua jam aku duk mengadap laptop ni dengan niat asal nak update citer sal anak-anak. Tak tau apa nak mula. Idea jumud tak berfokus. Ingat nak wat cabaran 30 hari berblog so aku ada mende nak tulis kat sini. Tapi cabaran (anjuran kelab Ben Ashaari) tu dah berlalu rupanya.

Sudahnya hati berbolak balik. Nak follow ke ta nak? Rasanya, manusia lalang cam aku yang kurang istiqamah ni baik tayah ikut kot.  Taip ja ikut hati. Ecehhh wahhh...Taip ikut hati kunun. Tu yang jadi cenggini. Tak terupdate lansung.

Idea sebenarnya ialah nak bagitau kembar dah habis sekolah tadika. Sudah nak masuk darjah satu tahun depan.

Hari Konvokesyen mereka





Hari tu Amin jer yang sporting nak bergambar molek-molek macam ni. Iman? Ehmmmm...



Nasib ada juga satu gambar Iman jadi imam di PASTI Ar Raihan. Di hantar via wasap oleh cikgunya.
 
Teringat pulak cerita sal PASTI Ar Raihan, Taman Bukit Delima, 72000 Kuala Pilah ni masa mula-mula aku nak cari skul untuk kembar. Perghhh siap poskod aku letak. Apa tadi? Oh...Aku kan dicampak ke Kuala Pilah untuk bertugas di sini mulai Jun 2014. Menggelabah cari sekolah untuk persediaan anak-anak nak berpindah. Mendapat status ibu tinggal ni menyebabkan aku mencari alternatif termudah untuk aku layan segala macam benda.
 
Termudah tuk aku ialah sekolah anak-anak haruslah dekat dengan tempat kerja dan tempat tinggal. PASTI ni duk betul-betul depan tempat aku bekerja. Fuhhhh...tak fikir panjang dah. Terus call Cikgu Ila (kawan ada simpan nombor cikgu tu) bagitahu nak masukkan anak belajar kat PASTI.
 
Cikgu Ila suruh pergi sekolah untuk bagi macam-macam mende. Tahu tak? Aku cari skul ni tak jumpa untuk pertama kalinya. Mata dikaburi syaiton gamaknya. Yang aku nampak hanyalah deretan rumah kedai yang sepi. Kali kedua aku cari baru jumpa.
 
Serius, keadaan persekitarannya tak macam sekolah. Patutlah aku tak jumpa. Tapi sebab nak dekat punya pasal aku belasah je lah. Kawan-kawan pulak bagitau cikgu-cikgunya baik. Cukuplah point tu tuk menyedapkan hati walau pun luarannya...errrr
 
Don't judge a book by its cover k...Not good...
 
Hari-hari persekolahan kembar berlalu di PASTI dengan jaya, gembira dan bahagianya. Mahu tahu sesuatu? Betullah apa dikata oleh kawan-kawan. Luarannya memang sangat ta best, jangan kata Little Caliph atau Genius Aulad, dengan TABIKA KEMAS pun tak terbanding. Yang pasti, kasih sayang dan rasa cinta cikgu-cikgu terhadap anak didiknya di sini bersepah, berterabur dan berselerak merata-rata.
 
Bayangkan, kalau hari-hari di PASTI,  kembar akan request "Boleh tak amik kami lewat sikit bu...". Aku melirik ke arah jam FOSSIL ku yang dah berapa kali retak cerminnya. Dah lewat rasanya ni, tapi masih minta diambil lewat lagi?
 
Bahgia kembar di sini, Alhamdulillah. Moga kebahagian itu berkekalan hingga ke SK Tunku Kursiah, dan moga cinta-cinta di PASTI Ar Raihan yang berselerak itu akan berkekalan jua hendaknya bagi generasi yang akan datang.
 
Di hari pertama persekolahan mereka.
 
Oh, dah 1 Februari 2015 rupanya hari ni. Yes! Aku Berjaya perap citer ni selama 2 bulan. Yes!
 
Aku berjaya update blog weiiii...MuahMuah. Sayang diri sendiri. Bye korang.
 

Monday, 1 December 2014

Wanna Practise This!


Yes, I Love You Amni, Amin, Iman!

The latest pic...How fast time flies away.
 
Pendek ja entri, tapi tacink..Dah.Tata.
Oh, kredit pic atas sekali kepada www.lifehack.org.


Thursday, 23 October 2014

Nature and Us. Awesome!

Salam dari Senaling,

Weekend kami masa duk Puchong adalah berkisarkan IOI Mall, Giant, Tesco, Subang Parade, 1Utama, dan  MidValley. Masa duk Banting, kisah-kisah kami berkisahkan bukit dan pantai laks. Bukit Jugra, Bukit Makam, Pantai Klanang, dan Pantai Morib. 

Hiking Bukit Jugra...

Cycling Bukit Makam
Skang duk Kuala Pilah...shopping mall, bukit dan pantai kini berubah kepadaaaaaa...air terjun dan gunung. Subhanallah...Indahnya dunia...*______* (mata bersinar macam Sailor Moon)

Ulu Bendul... First time bawa Amni, Amin dan Iman mandi air terjun.

Disebabkan Negeri Sembilan ni kaya dengan jeram dan gunung, maka kami plan lepas Ulu Bendul, kami nak gi Jeram Toi kat Rembau lak. Beriya plan baik punya last weekend nak ke sana. Dah la agak jauh Jeram Toi compare ngan Ulu Bendul. Sampai sana sekali tu, tutup daaaaa... Haih, frust abis. Masa tu membebel la juga sal apa tutup. Kalau nak wat maintenance pun, takan yang nature pun kena tutup juga. Bebel punya bebel, tak juga leh masuk. 

Lastnya kami balik Pilah je lah...

Gi Ulu Bendul lagi...

Tapi kali ni kami jalan jauh ke dalam sket. Kasi feel lain sket sebab gi tempat yang sama.

Seronok jugak. Tapi rasa macam membazir masa ke Jeram Toi sebab Ulu Bendul ni 14km jer dari Pilah. Ngam habis mandi, hujan turun. Syukur sebab masa tu kami dah ada kat toilet standby nak siap-siap. Dalam keta buka WhatsApp. Sekali tu ada member inform, Jeram Toi ada kes kencing tikus. Oooooooo...tu la pasal tutup eh? Buang air liur aku membebel tadi.

Moral citer, sentiasalah bersangka baik k...^_^
Bye!

Friday, 3 October 2014

Kompilasi Citer Kembar

Salam dari Senaling,
 
Minggu ni gigih aku kemas-kemas semua gambar dan video dalam henfon. Bluetooth masuk PC. Barulah jumpa gambar dan video kembar yang aku rasa awesome tuk aku letak kat blog. Wat kenangan anak-anak bila dah besar nanti. Cloud computing katakan...meh la gunakannya semaksima mungkin. Jommmmm...
 
Video ni dorang rakam sendiri. Masa ni, nga heboh ngan video makcik yang pakai tuding kelip2 melampau tu. Dorang wat parody video tu, tapi guna towel...

Video ni pulak dorang pakat-pakat rakam bila ayah belikan kereta baru. Very the excited twin masa ni.
 
 
 
Ni kisah beberapa tahun yang lalu...Masa Hari Terbuka TASKA KMS. Yang pasti waktunya ialah selepas 5 hari Abah a.k.a Atok dorang meninggal dunia.


Nak highlight part ni sebenarnya. Siap pegang tangan tu. Biar dorang tahu betapa dorang is very supportive with each other. Jadi nanti bila dah meningkat dewasa, jangan korang berebut bakal isteri pulak k.
 
Ingat tu! Amaran!
 
Awat hang kalut? Anak hang baru 6 tahun kot...^_^
 
Tu aje. Timakasih sebab baca sampai habis.

Monday, 4 August 2014

Citer 7 Syawal

Salam dari Senaling,

Selamat Hari Raya kepada pembaca blog I yang budiman. Tah sapa nak bacakan...tapi yang pasti bestfriend I yang kat Jugra tu mesti baca punya, dengan ucapan khas...

"Dah dapat idea ke nak nyanyi lagu raya apa kat majlis sambutan Hari Raya kolej nanti?"

Apa-apa pun, tataplah dulu pic kembar dan 'lapik'nya di malam raya...


Pic malam raya, nak ke rumah Opah ada majlis sket. Tahun ni, tah kenapa tada mood nak amik pic. Sudahnya sumer pic raya 2014 kelam-kelam dan blur-blur belaka. Bajet minta lampu picit dan miksroskop kalau nak tengok dengan jelas kekdahnya. 'Lapik' a.k.a sampin tu aku beli warna selamat, iaitu warna yang leh matching ngan sumer baju raya kembar mungkin untuk 3 tahun akan datang. Nak kata warna kedekut pun aku redha ja. 

Semalam lepas lunch, aku sibuk basuh pinggan dan Iman sibuk melantak rambutan dan langsat betul-betul kat belakang aku.

Tetiba...

"Ibu, tolong kopekkan rambutan ni..."
"Jap, ibu nak siapkan sikit lagi pinggan ni"
"Ibu, tolong..."
"Jap...jap..."

Sambil aku wat final touch kat sinki...Aku pusing dan bersedia nak kopek rambutan tuk Iman...Sekali...

Besar tu punya rambutan, nak kopek pa nya? Pandai lak kau buat lawak ya dik...Hehe

Tu jelah citer di Syawal yang ke 7. Selebihnya sibuk basuh, sidai, lipat simpan baju dari kampung. Anyway terima kasih baca sampai habis dan untuk pengetahuan sumer pic di atas adalah hasil lakonan semula...^.^