Showing posts with label jalan-jalan 2020. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan 2020. Show all posts

Thursday, 28 May 2020

Seronoknya 2020



Kesempatan Allah Kurnia. Alhamdulillah.

Acara Tahunan : Hari Keluarga Opah Nora&Atok Napiah
Keluarga Kecil Kami Jalan Jalan

Hujung Minggu
Batu Kikir N9 : Teratak Zaaba
Terachi N9 : Makam Tuan Tulis

Kembara Cuti Sekolah Awal Tahun
~stay safe stay home covid mco in memories~

Kembara Cuti Sekolah Hujung Tahun
-not yet-

Dating Dua
Kayuhan Mingguan : Bukit Langkap
Kayuhan All Time Favourite : Route Kambing Pendek
Kayuhan All Time Favourite : Bukit Pilah Bike Park

Kerja Trip
-not yet-

Me Time
-not yet-

Setakat Mac 2020, ini dulu tempat yang Allah izinkan aku/kami kunjungi. Dalam senarai ada banyak lagi ni, terutamanya sekitar Negeri Sembilan. Istana Seri Menantilah terutamanya ehmmm... Moga Allah izinkan kelak, bila masa yang terbaik itu tiba. Tidak mengapa, aku/kami sedia menunggu. Asalkan Malaysia bebas. Seluruh dunia bebas.

Bebas dan belajar. Alhamdulillah.

Tuesday, 28 April 2020

Teratak Za'ba

Kawan yang duduk KL pun dah sampai Teratak Za'ba.
Jom set satu hari pergi Teratak Za'ba.
Bila nak pergi Teratak Za'ba?
Hujung minggu ni jom...

Asyik menyebut aje tapi tak gerak-gerak pun. Dari 2015 sampai la, sebut tak sudah. Sampailah aku kena pindah kerja ke Banting. Barulah serius sikit plan nak ke situ. Akhirnya, mestilah sampai. Tengok tajuk post pun dah tahu kahkah


Teratak Za'ba. Siapakah beliau?


Ikut pembacaan info dalam teratak, ini bukan teratak sebenar beliau. Katanya lagi, tapak rumah sebenar ada dekat sekitar sini. Tujuan Teratak Za'ba ini dibina adalah untuk memberi penghormatan atas sumbangan beliau kepada bahasa kebangsaan kita, Bahasa Melayu. Haaa... kan aku dah taip macam ayat dalam buku teks Sejarah. Semangat ni semangat...

Binaan teratak seperti rumah tradisional Minangkabau, memang cantik. Rasa nak sebiji rumah macam ni juga, kalau dapatlah. Dan masuk teratak ni percuma ja. Jom masuk jom.

Tingkap rumah tradisional. Unik dan sangat instagrammable.

Mengintai dari kekisi tingkap.

Inilah Pendeta Za'ba. Macam pernah nampak dalam buku teks. Nama beliau lain, ini ialah gelaran.

Di ruang ni banyak menyimpan barang peribadi beliau. Berkeping-keping gambar yang aku rakam, tapi ini je yang aku kongsi. Sebab... bila aku nak ke bahagian dapur, baru ternampak kertas pemberitahuan di dinding. Dilarang ambil gambar disini. Oppsss... Maafkan saya. Ke maksud larangan ni untuk gambar bahagian dapur ja? Atau sebenarnya kami patut masuk ikut pintu dapur? Ke macam mana? Keliru sedikit.

Akan tetapi, disebabkan kepatuhan kami sangat tinggi, selepas baca aku simpan kembali telefon pintarku. Bila sekadar membaca, maka sebentar sajalah kami disini. Cuaca pula sangat-sangat baik tengahari tersebut. Boleh bayangkan? 

Oh, siapakah Pendeta Za'ba? Beliau datang dari keluarga yang berilmu. Jadi tidak hairanlah jika beliau sendiri sangat cintakan ilmu. Susur galur beliau pun bukan calang-calang. Beliau banyak beri sumbangan untuk persuratan melayu. Orangnya sangat merendah diri, kerana tawaran gelaran ini awalnya pernah ditolak oleh beliau sendiri. Kali kedua, baru beliau terima. Tulisan beliau cantik dan klasik.

Itu ja yang aku ingat hasil pembacaanku di sini. Nak tahu lebih jemputlah datang Batu Kikir, tak pun boleh google ja. Musim MCO ni, google je lah. Lebih baik.

Ditangga teratak.

Depan sikit, nasiblah semuanya beri kerjasama. Panas berdeting ni.

Sekeping lagi di bawah panas terik mentari. Puas hati aku yasss.

Alhamdulillah tercapai hajat nak ke Teratak Za'ba, akhirnya. Siap berpakaian sedondon. Punya semangat, takkan tak rakam gambar kenangan, kan? Sebenarnya on the way balik Pilah dari Temerloh. Ada hari keluarga Opah Nora. Dah alang-alang ada sesi bergambar dengan baju raya di hari keluarga, singgahlah sekejap dengan bergayanya di sini. 

Aku syak, keluarga yang melawat Teratak Za'ba tadi kagum dengan semangat yang kami tunjukkan. Nasib je lah, Ayah dan kembar tak pakai sampin dan tengkolok siap keris tersisip di pinggang haha.

Ayah pula memberikan kerjasama untuk singgah walau pun awalnya agak keberatan, kerana faktor cuaca. Atau sebenarnya ingin membalas budi? Mungkin?

Alangkan tepi jalan pun berhenti, takkanlah di Teratak Za'ba tak boleh. Kan bang... kan? 😝

Monday, 27 April 2020

Hari Keluarga 2020 : Aktiviti II

Sukaneka.

Biasanya ada JK Sukaneka. Ada satu tahun tu aku yang handle. Hari keluarga tahun lepas di Kanchong Darat, aku tak ingat siapa bertanggung jawab. Yang aku ingat, semangat nak menang aku tu membara-bara sampai boleh bawa gaduh oooo haha

Tahun ni, lain! Selain upah katering untuk sediakan juadah sarapan, makan tengahari dan malam, kami juga telah sekalikan pakej sukaneka dalam homestay kami. Semua sekali atas batu jemala pihak homestay. Acara apa, peralatan sukaneka dan hadiah pun homestay uruskan.

Kali ni punya hari keluarga memang betul-betul cuti yeay.

Antara acara yang dipertandingkan :

Boling Kelapa
Kerusi Muzik
Isi Air Dalam Botol (untuk kanak-kanak)
Semakin Jauh Semakin Sayang (untuk pasangan suami isteri)

Seperti biasa... semua dapat hadiah. Tapi tetap juga masing-masing mengilai-ngilai excited, menggunakan silap mata, membahan serta psiko kumpulan lain. Nak menang punya pasal.

Pesaing utama.

Multiracial.

Tak tahu ni hadiah untuk keluarga yang mana. Sis keliru ehmmm 

Yang paling tenang (masa terima hadiah ja)

Paling havoc.

Haaa kumpulan ni aku ingat, menang acara isi air dalam botol.

Sukaria sukaneka bergelak ketawa seronok-seronok, tahu-tahu ja...

... makan time.

Kami happy ya Allah. Terima kasih.

Sambung membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya 😊

Sunday, 26 April 2020

Hari Keluarga 2020 : Homestay Desa Murni, Temerloh

Terletak dalam Kampung Murni, kampung yang dibina oleh kerajaan Pahang bagi penempatan mangsa banjir. Kakak homestay yang cerita, aku ulang apa dia kata ja. Homestay ini pula letaknya dalam kampung bersimpang siur baru jumpa. Tapi susahnya nak jumpa lokasi tepat belum boleh lawan The Bungalow, Melaka. 

Bermula tahun 2018, gaya hari keluarga kami bertemakan - setempat dan mesti ada unsur air. Setakat ni air yang dimaksudkan ialah swimming pool. Keputusan diputuskan berdasarkan mesyuarat tiga empat jam ya. Don't play-play... 

Sejarahnya, homestay komersial yang pertama (atau hampir pertama) di Malaysia.

Hasil bacaan artikel, keratan akhbar/majalah ditampal. Kira elegan jugalah homestay Desa Murni dengan sentuhan tradisional. Pujian aku bagi tinggi/sangat tinggi untuk keluasan dan interior-yang tradisional dan eksotik. Selesa memang selesa. 

Bahagian luar depan homestay.

Ini beranda bilik atas. Luas ya amat.

Kerusi hot instragrammable.

Kawasan Desa Murni ni luas dan boleh menempatkan sehingga 500 orang.

Echah ditemui cuba-cuba... Naik chah!

Kawasan menonton di bawah, atas pun ada tapi tak banyak channel.

Sesi housekeeping. Kawasan kami solat berjemaah ni di bahagian atas rumah. Sumpah luas.

Pejabat ala cowboy town wow

Dapurnya lengkap peralatan memasak, peti ais, dapur. Tak berapa nak rakam gambar sangat sebab...

... kami tak memasak (untuk pertama kalinya)! 

Katering ja yeay. Kiranya ini peningkatan/perubahan dari hari keluarga yang lepas lepas. Insha Allah akan dikekalkan. Jimat masa dan tenaga. Masa terluang boleh disalurkan kepada sesi bersembang dan membawang. Lebih tenang, tak terkejar nak masak itu ini begitu begini. Lebih relax percutian keluarga 2020. 

Barulah betul-betul berehat. 
Barulah betul-betul berbaloi.

Alhamdulillah. Seronok!

Sambung membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya 😊