Monday, 20 April 2020

Deq Na aka Kakak Ratna Kahwin

Seorang lagi anak saudara suami mendirikan rumah dan tangganya. Dan kenduri pertama untuk Abang Unos dan Kak Nor. Biasanya kenduri pertama meriah. Bila meriah, maka banyak makanan. Bila meriah dan orang Jawa, maka banyaknya makanan ganda dua. Begitu? Yaaaaa... begitu.

Tapi maaf, entah apa yang merasuki ku... malas sungguh aku nak merakam gambar lauk pauk pada hari bersejarah itu. Makan ja aku tak malas. Nasi minyak, nasi putih, masak lemak pisang dan ikan masin, daging masak kari, ayam goreng, sambal tahun, sambal tempoyak, sambal belacan dan sambal kelapa bersama ulam-ulaman, laksa, cendol, apam balik, bubur pulut hitam... haaaa banyak kan aku kata makanannya.


Ratna dan suami ketika majlis akad nikah.

Ratna adik beradik dan ibu kandung.


Kami takde, masih dalam perjalanan balik dari Kuala Pilah masa ni.
 
... semua ni bakal menyusul. Terhampir yang paling kanan. Insha Allah.

Hari kejadian. Dua pasang pengantin terus. Aku suka tengok penjimatan macam ni haha.
 
Pelamin pun cantik.


Bersama jurufoto tersohor Kampung Hujung Rintis, Ijam Panjang.


 
 

Pengantin bersama bibik-bibik dan paman-pamannya.
 

Antara waris tertua.



Letak sekali harung semua gambar waris. Semenjak aku tahu blogspot.com (kini dikenali sebagai blogger.com) diambil alih google, dapat unlimited storage. Bertambah mudah kerja kemaskini blog sekarang. Takde tapis punya gambar. Habis semua sekali aku upload, lagi-lagi gambar dari Whatsapp, saiz kecil.

Suruh suami taip sendiri entri tamau. Nanti bila baca entri, dia gak yang excited. Untung ada MCO. Alhamdulillah aku ada masa terluang lalalalalaaaaa...

Satu-satunya gambar dengan kehadiran aku. Itu pun kepala teleng. Kenyang sangat gamaknya.

No comments:

Post a comment