Sunday 26 April 2020

Hari Keluarga 2020 : Ziarah Pak Lang Padang Piol

Ulangtahun hari keluarga yang ke 10. Sedekad rupanya. Baru tahu hari ini, masa aku menaip ni haha

Hari keluarga tahun ni dikelolai Nurhidayah @ Ida. Lokasi di homestay Desa Murni, Temerloh Pahang. Setahun merancang (seperti biasa) dengan persetujuan Opah Nora merangkap pengerusi, dan persetujuan kami adik-beradik.

Alhamdulillah Allah permudahkan, Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan untuk tahun-tahun seterusnya, jika ia benar-benar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga dunia akhirat. Aamiin ya Rabb.

Ikut perancangan setahun, yang jauh seperti keluarga Along, Aika, Ida, mak dan Adik akan gerak awal sehari. Lepak mana? Lepak rumah, samada rumah Mak Long di Jengka 11 atau rumah arwah Mak Lang di Jengka Padang Piol. Call sana sini (sebab cuti Tahun Baru Cina) untuk confirm-kan di mana.

Kami rasa lepak di rumah Mak Long lebih selesa sebab Mak Long masih ada, tapi Allah kata di rumah arwah Mak Lang terbaik.

Berkumpul Alhamdulillah. Eh matching pula mak kita dengan Pak Lang.

Empat keluarga yang kami kira kilometer paling jauh ja tidur rumah Pak Lang. Seram ramai-ramai takut tak terlayan dek Pak Lang. Itupun nasib anak menantu Pak Lang dari Perlis balik kampung, ada jugalah yang tolong-tolong masakkan patin tempoyak yums. Dua kali masak, sekali malam, sekali siang. Rezeki yang sampai awal la kan. Alhamdulillah kenyang dan sedap! Jadi boleh lupakan Go Bang Maju atau Kancil Patin.

Tiga keluarga lagi sepatutnya sampai sebelum solat Jumaat keesokannya. Tapi seperti biasa sebuah keluarga tak dapat sampai pada waktunya sebab mengikut kitaran jam Dhaka... kot hehe. Dah faham tak mengapalah, janji semua tiba dengan selamat.

Usai solat Jumaat, sama-sama kami gerak ke homestay Desa Murni di Temerloh. Terima kasih Pak Lang dan keluarga. Panjang umur kita berjumpa lagi.

Seronok jumpa orang-orang tua sekali-sekala. Jumpa Pak Long dan keluarga pun setahun sekali. Tanda masih ingat. Tanda masih sayang.

Sambung membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya 😊

No comments:

Post a Comment