Selain sarang burung, basikal, dan buaian. Ada lagi tempat menarik nak bergambar sekeluarga.
Tak tahu kenapa bila tengok pic ni, aku terbayang Vietnam.
Sedikit kegagalan kerana kakiku tak masuk dalam frame.
Masa ni suamiku mula berkicau.
Walaupun berkicau, sempat lagi layan sekeping.
Satu lagi gaya seperti di The Chamber yang aku apply di sini.
Macam ni aku set. Tripod direndahkan dan telefon dicondongkan menaik. Dan postur badan terutamanya kaki mesti betul.
Hasilnya. Kan nampak tinggi belaka tu.
Harta kesayangan pinjaman Allah. Moga diberi izinNya pinjam sampai aku tutup mata.
Belakang tabir.
Sekeping.
Seronok tengok anak-anak happy.
Cari pasal.
Buatlah apa gaya pun, janji awak happy. Bila suami happy, isteri dapat banyak manfaat.
Tak sempat nak bergaya di buaian tu. Masa sangat mencemburui kita.
Ingatkan ke sini sekejap. Rupanya hampir dua jam, itu pun tak sempat nak terjah semua tempat. Kami datang kategori awal ni, tak perlu beratur lama nak rakam gambar di spot-spot tertentu. Kalau peak hour, mungkin cecah tiga ke empat jam.
Kawasan ni amat luas. Suasana dan persekitaran sangat best. Tapi sebab kalut nak ambil gambar sana sini begitu begini, kurang penghayatan. Ada rasa nak datang lagi ke sini, pakai baju kurung berkain batik, sambil mengusung cangkul ke. Baru feel nak ambil gambar.
Macam kakak patung ni.
Semua props yang kakak patung pakai boleh disewa. Ada satu kiosk untuk pengunjung pilih, mix n match. Nak keluar baru kami perasan hal ehwal props untuk disewa. Kalau perasan awal pun aku tak rasa kami akan sewa haha. Harga sewa munasabah. Just nice orang jawa kata.
Okay, you pilih siapa? Dia atau saya.
Selesai bergambar di Kg Agong, jom ke Kelantan ikut Grik. Sekali lagi, Allah izinkan kami makan tengahari sambil celup kaki dalam sungai yasss. Kenangan manis, dan tidak dirancang pun. Rezeki Alhamdulillah.
Kembali Jalan Jalan 2019 untuk lebih banyak kisah-kisah benar.
No comments:
Post a Comment